sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 9 April 2011

MALAYSIAN CHEESE COKLAT KEK

Lagi himpunan kek coklat...versi kukus...sesuai sangat pade kawan2 yang belom ade oven yerr.



SUMBER : FB NORALINA ZAINAB


ha haaaaaa.....cheese nye sekerat sekerat.......yang sebenarnye cheese tu kene menutup semue kek tuu...tapi caye la kek coklat ni memang moist...takyah letak topping pun sedap...

bahan2


bahan A
1 cawan serbuk koko
...1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

bahan B
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

bahan C
3 biji telur

care2

masukkan bahan A dalam periuk dan panaskan hingge gula larut..sejukkan

putar bahan C hingge kembang..masukkan bahan A..dan gaul rate

tepung gandum digaul bersame soda bikarbonate dan baking powder..pastu diayak.masukkan kedalam bahan A dan C..MASUK SEDIKIT DEMI SEDIKIT..

masukkan kedalam loyang yng disapu minyak dan dilapik kertas foil aluminium.
kukus selame 1 jam..@ hingge masak...tutup loyang dngn aluminium foil lbih baik...

bahan2 cheese...resepi azie mazidah

250 gm cheese cream
1 telur
1/2 cawan gula
1 sudu makan jus lemon

pukul sampai kembang...letak keatas adunan kek..letak perlahan lahan...kak zu punye cheese ciput je...tu yng jadik corak gitu..

KEK COKLAT MOIST


KEK COKLAT GANACHE

KEK COKLAT BANJIR


SUMBER : SALINA ( MY LOVELY NEIGHBOURS )


JOM nengok himpunan kek coklat kakzu, sebut saje kek coklat ramai yang dah terror dan ade pelbagai versi kek coklat kan.Kakzu sangat sangat suke dengan adunan kek ini. Kalau nak cube.. sile sile....

BAHAN BAHAN

3 biji telur
1 3/4 cawan gula


1 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu kecil baking powder
***kesemua bahan ini di ayak

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas gelegak

care2

1. Pukul telur hingge kembang

2. Masukkan susu cair dan tepung yang telah di ayak tadi.
3. Masukkan minyak masak
4. Akhir  sekali masukkan air panas.
5. Masukkan dalam loyang size 9 inci dan bakar selame 1 jam pade suhu 170 C.
6. Boleh juge di bakar di dalam acuan bengkang dan bakar di atas dapur memasak dengan api yang paling perlahan.


TOPPING SOS COKLAT

bahan bahan


1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung/kelape
air 1/4 cawan



CARE CARE

Kesemua bahan ni di masak atas double boiler, kepekatannye boleh adjust nak pekat mane..


STRAWBERY CHILLED CHEESECAKE

Anda suke cheese....lagi satu varisai cheesecake...unbake tak perlu dimasak...godak godak aje resepi ni...rase cheese nye tak la kejam sangat...ala ala rase icecrean skit...



STRAWBERY CHILLED CHEESECAKE

dasar biskut
200 gm biskut digestive
100 gm butter

cairkan butter dan gaul pde biskut yng telah dihancurkan.tekan kan keatas loyang size 9.masukkan dalam petiais selame 20 minit.

bahan kek..

250 gm ciskrim
200 gm whipping cream
1 sudu kecil lemon emulco...sunquick pun bole...belasah je
11/2 sudu besar gelatin + 100 ml air panas...kacau hingge larut.
60 gm gula halus
buah peach 1 tin
strawberry filling

putar whipping hingge jadik krim.
putar cis dngn gula hingge kembang..masukkan gelatin,lemon paste..putar sebati.
campurkan whipping putar dan kaup balik perlahan
masukkan dlm loyang...8 inci
sejukkan dlm petiais hingge keras.

****bole hias ikut kreativiti...
bole tambah buah lain2 jugak.


mule2 letak adunan..pastu letak filling ..tabur buah peach..letak adunan sampai abis..dalam adunan pun bole letak buah peach potong dadu.

Thursday 7 April 2011

APPLE PIE...


Sebut mengenai pie...masih baru dalam dapo Kakzu...maklum lerr lidah sambal belacan kan...heeee..tapi Kakzu tabik spring kat bnglong TW sebab melobi sughuh buat pie ni...haaaa..kan dah reti buat pie...meh skodeng rsepi...jom jom..


APPLE PIE ..resepi from HANIELIZA,

Bahan Inti 
4 biji epal hijau [potong dadu] 
100 gm gula perang 
1/sk serbuk kayu manis 
2 s/b tepung gandum ] 
3 s/b air ] bancuh 

Cara 
1. Masukkan epal dan gula perang dalam periuk dan masakkan sehingga layu. 
2. Masukkan serbuk kayu manis dan kacau rata. 
3. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kcau rata. 
4. Sejukkan. 

Bahan Doh 
200 gm majerin 
50 gm shortening 
50 gm gula icing 
400 gm tepung gandum 
2 -3 s/b air sejuk petiais [cold water] 

Hiasan 
kuning telur 

Cara 
1. Masukkan tepung gandum, majerin dan shortening dala mangkuk. 
2. Ramaskan sehingga menjadi saperti serbuk roti. 
3. Masukkan air sejuk sedikit demis edikit dan gaulakn rata. 
4. Rehatkan doh selama 20- 30 minit dalam petisejuk. 
5. Keluarkan doh dan ambil sebesar bebola ikan. 
6. Masukkan dalam acuan pie dan buatkans saperti kulit pie. 
7. Bakar dalam oven suhu 180 selama 10 minit. 
8. Keluarkan dan masukkan inti epal. 
9. Leperkan doh dan buatka saperti jalinan atas mangkuk pie. 
10 Sapukan kuning telur. 
11. Bakar lagi selama 10 minit dan kelihatan kekuningan

@


SWEET PASTRY CRUST ..RESEPI SASHA RAHMAT
1/4 cup gula kastor
1/2 cup mentega
1 egg (pukul sikit)

mula2 beat butter + sugar bila dh kembang sikit baru add telur...
tp jgn terlebih pukul ..cuma biarkan telur dgn butter tu bersatu aje

masukkan 11/2 cwn tepung dgn 1/2 sudu kecil garam (garam & tepung ni ayak dulu ),
 guna ujung jari utk satukan menjadi doh

bila dah jadi doh simpan dlm plastic/cling wrap then simpan dlm fridge 20mins.


kakzu bakar selame 20 minit.keluarkan dari oven...letak inti pie..bakar lagi 20 minit...kakzu buat 2 adunan resepi sasha ni.


KEK CAWAN...

Hai...ari ni Kakzu buat kek cawan ...rsepinye masih same..saje nak ulang tayang...heeeee...special for my friends...



cupcakes strawbery..

Bahan2nya:-
3 biji telur diasingkan putih & kuning
110 gm (3/4 cup) gula castor 
125 gm (1 1/4 cups) tepong gandum (ayak bersama 1 teaspoon baking powder
1 tablespoon susu pekat
7 tablespoon (1/2 cup) minyak jagung (minyak masak pun oklah)
1 tablespoon strawberi paste..@ ape2 aje paste

Panaskan oven. 
Pukul putih telur hingga gebu kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. 
Pukul hingga jadik meringue baru masukkan kuning telur kesemuanya. 
GUNE KAEDAH KAUP BALIK...
Masukkan tepong , gaul. Masukkan susu, minyak jagung, essen.Gaul hingga sebati.

Masukkan kedlm loyang ataupun papercup .
Bakar dgn suhu 170 deg. C selama 1/2 jam ataupun masak.

MASUKKAN separuh adunan kedalam pepercup..

toping kek

500 gm cream well
100 gm butter
250 gm gula icing
esen vanilla
pewarne...untuk hasil ori..gunekan pewarne khas untuk icing.

*** buat stengah adunan pun cukup dah...

putar krimwell dan butter hingge kembang..bru masukkan gula icing (gune snow powder lbih baik..sangat2 halus)
UNTUK BUNGE DAN DAUN

250 GM CREAMWELL
350 GM GULA ICING
PUTAR CREAMWELL HINGGE KEMBANG..MASUKKAN GULA..GAUL SKEJAP JE.

Wednesday 6 April 2011

KEK LAPIS HAWFLAKES

KEK LAPIS PERISE PANDAN

PERISE COKLAT

Kek lapis yang kkzu tampilakan ini ialah variasi kek lapis yang paling mudah nak membuatnye.Di kukus selapis selapis dan hasilnye kek yang amat gebu dan  lembut.


RESEPI ; KONGSI RESEPI


bahan bahan

A)
5 biji telur
225 gm gula castor
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovelett
secubit garam

B)
1 sudu teh baking powder
220 tepung gandum
c)
150 ml susu cair
100 ml minyak


 




care care


1. Putar telur, gula dan ovelette hingge kembang dan gebu.
2. Masukkan esen vanilla dan secubit garam
3. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak berselang seli dengan susu cair.
4. Masukkan minyak .Kacau kaedah kaup balik.
5. Bahagikan kepade 9 bahagian dan letak paste dan kaler yang di sukai
5. Panaskan kukusan dan kukus selapis demi selapis.Setiap lapisan kukus selame 10 minit.Lapisan yang terakhir kukus selame 25 minit.



PERISE STRAWBERRY

ORANGES CAKES




Oranges cakes .Sedap di makan dan rase nye masam dan manis.Boleh di juga di letak buah buah limau segar di dalam nye.


spounge kek


Bahan kek:
(A)
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila 

2 tbsp oren paste dan 1 tbsp sunquick

(B) (untuk meringue)

5 biji putih telur
70 gm gula kastor

Cara buat kek:

1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.Akhir sekali masukkan paste oren.

2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.

4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.

5. Setelah masak, biarkan kek seketika di dalam oven. Sejuk sebelum terbalikkan. Setelah sejuk, bolehlah dipotong lintang 2-3 lapisan.




KTOPPING

1.500 gm WHIPPING CREAM RICH'S GOLD LABEL

2. Putar whipping hingge menjadik soft peak dan kental
3. Potong  kek kepade 3 bahagian
4. Lapiskan dengan whipping dan orange filling dan hias lah ikut care anda.

COCO MOUSSE BROWNIES

Nengok pun dah tahu coco mousse brownies lemak berkrim.Ade rase macam kek asikrim  .Harus di masukkan dalam petisejuk dan sedap di jadikan sebagai desert.


RUJUKAN : puteri manja


BAHAN BAHAN


KEK


• 90G BUTTER
• 130G GULA HALUS
• 2 BIJI TELUR
• 100G TEPUNG GANDUM
• 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
• 2 SUDU BESAR SERBUK KOKO

CARA-CARA

1.  PUKUL BUTTER DENGAN GULA SEHINGGA KEMBANG/PUTIH.
2. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR. PUKUL LAGI DALAM 3-4 MINIT.
3. AYAK TEPUNG, BAKING POWDER DAN SERBUK KOKO KE DALAM NO.2 TADI. KACAU RATA.
4. MASUKKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG. KEMUDIAN BAKAR DENGAN SUHU 190 DEGREE SELAMA 12-15 MINIT.
5. BILA DAH MASAK, KELUARKAN DARI OVEN DAN BIARKAN SEJUK.



ATAU


Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.




 CHOCOLATE MOUSSE

• 140G COKLAT MASAKAN
• 1 SUDU BESAR GELATIN
• 100ML AIR
• 2 BIJI TELUR PUTIH
• 200G WHIPPING CREAM
• 40G GULA HALUS
 * double kan adunan untuk mousse yang lebih tebal
CARA-CARA



 PENYEDIAAN MOUSSE


1.  MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 100ML AIR. BIARKAN DALAM 5 MINIT HINGGE 10 MINIT.BILE DH KEMBANG CAIRKAN GELATIN GUNE KAEDAH DOUBLE BOILER...KACAU PERLAHAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN DENGAN KAEDAH 'DOUBLE BOWL' (GUNA 2 PERIUK, 1 PERIUK LETAK AIR DAN 1 PERIUK LETAK COKLAT. PERIUK YANG ADA COKLAT NI, LETAK PULAK KE DALAM PERIUK YG ADA AIR. KEMUDIAN PANASKAN SEHINGGA COKLAT CAIR).
3. BILA COKLAT DAH CAIR, PADAMKAN API DAN KELUARKAN PERIUK COKLAT DARI PERIUK YG ADA AIR TADI. MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT CAIR. KACAU SEHINGGA GELATIN SEBATI DENGAN COKLAT TADI. BIARKAN SEHINGGA SEJUKKAN.
4 . PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG ATAU SEHINGGA BERTANDUK.( KALAU DITERBALIKKAN BOWL, TELUR X JATUH). SAMBIL PUKUL TELUR TU, MASUKKAN GULA SIKIT DEMI SEDIKIT.
5 . DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA JADI  KRIM.
6 . SATUKAN KESEMUA BAHAN DENGAN KAEDAH KAUP BALIK. KACAU PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA SEBATI. TUANGKAN ADUNAN INI KE DALAM LOYANG BROWNIES. SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEHINGGA MOUSSE KERAS DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN.
7 . SEBELUM DIHIDANGKAN TU, BOLEH DIHIAS DENGAN SERBUK KOKO DIPERMUKAAN MOUSSE



Tuesday 5 April 2011

BLUEBERRY CHEESE CAKES







Antare cheese cakes pilihan Kakzu...agak gebu dan lembut....

Bahan-bahan: 
200 gm biskut marie + 150 gm butter cair..@
200 gm biskut digestive + 100 gm butter

* Kisar kering biskut marie. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang. Sejukkan dalam petiais selama 20minit or so. 

Isian kek: 
250gm cream cheese 
40g gula halus 

30gm tepung gandum 
3 biji kuning telur 
150gm yogurt asli ...saye letak whipping cream 100 gm.

3 biji putih telur 
60gm gula halus 

250 gm pie blueberry filling (ade bijik2 skali )

Cara-cara: 
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati. 
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati. 
3. Masukkan 3 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati. 
4. Tambah yogurt asli dan putar hingga licin. 
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang. Masukkan gula 
dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas. 
6. Sapukan inti strawberry (atau jem strawberry) ke atas dasar kek biskut marie tadi. 
Kemudian tuangkan adunan cream cheese. 
7. Bakar pada suhu 160 drj di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 60 minit atau sehingga kekuningan. 
8.Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau semalaman. 

bgi pendapat kakzu..antare cheesekek pilihan.

STRAWBERY CHEESE CAKES...


Kakzu gelarkan kek ni pra pio cheese cake sebab rase cheesenye tk la kejam sangat....ade jugak penggemar kek yng tk sukakan bau cheese yng kuat kan...w/pun sebenarnye cheesecakes mempunyai rase yng unik..jom kite cube kek yng satu ni...


STRAWBERRY CHEESE CAKE ...resepi dari rakan KR...Annis Marianne

Bahan A -Base Biskut 
120 gm biskut chipsmore ...saye gune 200 gm oreo + 100 gm butter..( biskut marie n digestive pun bole)
2 s/b butter 

Cara 
1. Mesinkan halus biskut. 
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal. 
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak. 
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.... saye masuk dlm petiais je...20 minit

Bahan B - Filling 
250 gm krim keju 
70 gm butter 
120 gm fresh cream ..whipping cream
120 gm gula halus ..masukkan separuh pde putih telo..untuk meringue
50 gm tepung jagung 
30 gm tepung superfine 
1 s/teh esen vanilla 
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur] 
2 s/b blueberry filling ...strawberry pun bole

Topping: 
Filling blueberry.. saye gune strawberry
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek 
atau dalam tin dari supermarket. ] 

Cara: 
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ... 
2. Pukul putih telur sehingga naik gebu seperti buih sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyak atau air.] 
3. Pukulkan keju krim, butter, gula dan fresh cream/whipping cream sehingga gebu. 
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata. 
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung. 
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata. 
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan. 
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata. 
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base. 
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit 
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam. 
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi. 
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

****saye letak strawberry...
****untuk oven gas...letak air dibhgian bawah je..
**** bakar care double boiler
****dalam gamba loyang size 7.