sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 10 May 2011

INDULGENT COKLAT VANILLA











Projek kkzu untuk hari IBU...projek nak menghabiskan whipping cream jugak..lame dah tersadai kat petisejuk, lebih2 buat kek costemer, ape pun kek ni sedap,lembut dan seksi, waaaaa, adik beradik dengan indulgent jugak..





Di adaptasi dari : Resepi Indulgent Citarasawan


ANYWAY...SELAMAT HARI EMAK....buat semue

Bahan kek:

(A)

100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila

(B) (untuk meringue)

5 biji putih telur
70 gm gula kastor

Cara buat kek:

1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.

2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.

4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.Masak care kaedah double boiler untuk mendapatkan kek yng lebih lembab.

***
Filling : Mousse Coklat Hitam :
300gm chocolate masakan hitam
3 kuning telur (di pukul dahulu)
3 putih telur (di putar hingga kembang)
90gm gula kastor
3/4 tbsp mentega
370ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp + 1/4 tsp gelatin
70ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). 
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, 
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek

Monday, 9 May 2011

APAM GULA HANGUS



Waaaa, kkzu pun tak ketinggalan mencube APAM GULE HANGUS ni, sangat2 GEBU dan LEMBUT.Bukak saje pengukus terharu nengok apam nye tersembul gebu.
say TQ kepade ZURIANA LATIP atas resepi dan step step nye ini.



Rujukan :  Zuriana Latip 

BAHAN BAHAN

2 biji telor
1 cwn gula
1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cwn tepung gandum(ayak) bersama soda bikarbonat..

cara cara

1. Masak gula hingga keemasan ( jadikan gula hangus )dan tutup api dan campurkan degan air 1cwn, hati2 akan terpercik ,pasang kembali api dan kacau hgga sebati dan sejukkan
2. Mixer telor,susu,minyak dan marjerin ..saya mixer hingga adunan betul2 kembang dan putih...(adunan tk mengembang sangat tauu..)
3. Masukkan gula hangus ,pastu masukkan tepung dan soda yang di ayak tadi, mixer hingga sebati 
4. Masukkan ke  dalam acuan papercup higga penuh, baru apam akan tersembul gebu.
5.Panaskan kukusan higga air mendidih dan masukkan kueh apam.
6. Penutup kukus di balut kain dan lapik kan dengan lesung atasnya supaye wap tak keluar
7.Kukus selame 15 minit.


*DALAM GAMBAR ACUAN SIZE 8..

***UNTUK MENDAPATKAN APAM YNG MEMBULAT AIR KUKUSAN GELEGAK DENGAN API YANG PERLAHAN..KALAU API TERLAMPAU BESAR NANTI APAM AKAN MEREKAH ATAU JADIK APAM 'KERANG' LAK....

Sunday, 8 May 2011

APPLE PIE


KKZU mengepie lgi sebab ade permintaan dari my FRIENDS....so selamat mencube...


SWEET PASTRY CRUST ..say TQ to SASHA RAHMAT for the recepies.

1/4 cup gula kastor
1/2 cup mentega
1 egg (pukul sikit)

mula2 beat butter + sugar bila dh kembang sikit baru add telur...
tp jgn terlebih pukul ..cuma biarkan telur dgn butter tu bersatu aje

masukkan 11/2 cwn tepung dgn 1/2 sudu kecil garam (garam & tepung ni ayak dulu ),
guna ujung jari utk satukan menjadi doh

bila dah jadi doh simpan dlm plastic/cling wrap then simpan dlm fridge 20mins.


kakzu bakar selame 20 minit.keluarkan dari oven..



INTI NYE...



 hirisan 4 ke 5 biji epal atau secukupnya  
1/4 cup gula kastor(klu nk manis bole tambah),
sedikit cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis),
1 sudu besar lemon jus
.gaul rata.

custard mixture
dimangkuk yg lain campurkan 
3/4 cup susu cair,
1/4 castor sugar,
3 kuning telur,
1 sudu kecil tepung kastard  
1/2 sudu esen vanila

bahan2 diatas kacau perlahan je.

susun hirisan epal tadi ke crust yg dah siap dibakar

lepas tu bole ler dituang custard mixture yg dipukul tadi...:)

bakar selama 20 mins suhu 160'c to 180'c atu sehingga custardnye dah masak.

CHOCOLATE TART



CHOCOLATE TART...keekee...sukehati je tuko filling nye...say thankyou to PUTERI MANJE atas step2 untuk buat bekas tart nye...

BAHAN-BAHAN ( 30 KEPING )
• PASTRY 
• 200G BUTTER 
• 100G GULA AISING 
• 360G TEPUNG GANDUM
• 1BIJI TELUR + 1 BIJI KUNING TELUR(DIPUKUL MANJA SEDIKIT)
• ½ SUDU KECIL ESEN VANILA

CARA-CARA PASTRY

1. PUKUL BUTTER DAN GULA SAMPAI KEMBANG. 

2. MASUKKAN TELUR SEDIKIT DEMI SEDIKIT. PUTAR SEKEJAP JE

3. MASUKKAN TEPUNG SAMPAI JADI DOH. GUNE HUJUNG JARI AJE.

4. RATAKAN SETEBAL 1/2 CM DAN TERAP DALAM ACUAN. SETIAP SATU DOH PASTRI 20 GM

5. CUCUK DENGAN GARFU SUPAYA TIDAK KEMBUNG. DAN BAKAR SELAMA 10MIN ( ATAU SEHINGGE MASAK ) PADA SUHU 180C. KELUARKAN DARI OVEN. SEJUKKAN SEBENTAR DAN BOLE LERR DIISI DENGAN SOS COKLAT.


SOS COKLAT

bahan2
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung/kelape
air 1/4 cawan

kesemua bahan ni masak atas double boiler..kepekatannye bole adjust nak pekat mne..

**************************
***************************************
ATAU BOLE JUGE IKUT RESEPI INI....untuk pastrinye

SWEET PASTRY CRUST ..RESEPI SASHA RAHMAT
1/4 cup gula kastor
1/2 cup mentega
1 egg (pukul sikit)

mula2 beat butter + sugar bila dh kembang sikit baru add telur...
tp jgn terlebih pukul ..cuma biarkan telur dgn butter tu bersatu aje

masukkan 11/2 cwn tepung dgn 1/2 sudu kecil garam (garam & tepung ni ayak dulu ),
guna ujung jari utk satukan menjadi doh

bila dah jadi doh simpan dlm plastic/cling wrap then simpan dlm fridge 20mins.


kakzu bakar selame 20 minit.keluarkan dari oven...letak inti coklat.

HAPPY MOTHERS DAY



KEK sempene hari IBU...INDULGENT CAKE


KKZU ucapkan SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUE....for my moms and my self also...