INTAI INTAI DAPOR KAKZU.TERIME KASIH KERANE SUDI MENJENGAH KE DAPUR KAKZU INI. HANYE BERKONGSI RASE DAN DI HARAPKAN AGAR IA NYE DAPAT MEMBERI SEDIKIT IDEA DAN MANFAAT KEPADE TEMAN TEMAN SEKALIAN.

sila lah KLIK ye

TERIME KASIH KAK ZU UCAP KAN

Monday, 26 January 2015

Mari buat cakes !!




 Hai...
Kelas berlangsung di rumah kkzu di Bandar bukit mahkota, bangi.
Jika nak tahu details kelas boleh klik JADUAL TERBARU 

 Whatsap kkzu jika nak hadir ya utk pengesahan tempat ( 017 6331252 )

 Rohaya

No taukeh koi raya tauu & Maznah pun sama

 
 haizi taukeh kedai roti dari gombak
Seekor kumbang penyeri taman dapur kakzu selain dari 4 anak lelaki kkzu..

 NO ~ CHERAS
MAZNAH ~CHERAS
ROHAYA ~ CHERAS
HAIZI ~ SELAYANG
18 JAN 2015
MARBLE CHEESE BROWNIES, COKLAT INDULGENT,OREO BLUBERRY CHEESECAKE & RVC


Mekasih ye semua sudi hadir di dapurkakzu
Di harapkan dapat manfaatkan ilmu membaking hingga ke jannah
Selamat makan kek dan selamat membaking
MOTTO kkzu ' bukan tak pandai tapi tak biasa aje "
Kalo dah hari2 membaking insyaallah semua kek jadik cantik dan gebu deboom dan licin lepaan nya. 

Tuesday, 20 January 2015

Class report ( DAPURKAKZU )


Meroses..
 
 hAHAHAA gaya paling terbaik dari DAYAH & SHIKIN 
Hadir ke kelas sempena cuti umum...kite selangor tak cuti eeihhh.Negeri sembilan cuti pada 14 jan 2015.

Hai..
Class report pada minggu yang lalu..hanya gambar berbicara sekitar kelas di dapurkakzu
Nka hadir boleh whatsap kkzu ya 017 633 1252 .
Boleh datang kelas personal atau kelas berkumpulan.
 KLIK JADUAL INI dan boleh pilih date nak hadir ..


 
CIKGU HIDAYAH & CIKGU SHIKIN ( NILAI )
14 JAN 2015
RUSSIAN CAKE & RAINBOW CAKE ROSES


 NOORBAITI DARI KAJANG
16 JAN 2015
MARBLE CHEESE BROWNIES, OREO BLUBERRY CHEESECAKE & SPOUNGE CAKE FRESH CREAM


MARBLE CHEESE BROWNIES, OREO BLUBERRY CHEESECAKE & SPOUNGE CAKE FRESH CREAM

Saturday, 17 January 2015

dapurkakzu cakes

 RUSIIAN CAKE
 BLACK FOREST CAKE

 WALNUT CARROT CAKE

hAI..
Nak oder kek boleh whatsap kkzu ya 017 6331252
Kami delivery ke sekitar lembah kelang dengan cas yng minima.
BOLEH KLIK SENARAI HARGA dan jenis jenis kek .
Terima kasih kepada semua yng sudi mengoder dan bakal mengoder kek ya.

 KEK COKLAT MOIST
SIZE 18X9


RVC
RED VELVET
18X 9
 KEK KARAMAL

 KEK COKLAT MOIST

 KEK COKLAT MOIST

 KEK COKLAT MOIST

RUSSIAN CAKE

Wednesday, 14 January 2015

TOMYAM PERIUK

TOMYAM PERIUK

Suka suka nama tomyam periuk, makan ketika baru masak lagi ngam.Masukkan segala jenis seafood lagi la kow kow.Yng penting ini bukan tomyam banyak sampah.Eikkk ape hal lak tu.Deme yang kata, kalo makan kat kedai ,tak semua la kan banyak sampah dari isi . Puas dok selak selak kuah, tak jumpa sea food nya, yang banyak jumpa bawang holand. Entah la dek, gamak nya sewa kedai mahal , gaji pekerja mahal, bahan mentah mahal, bak kata segala nya mahal lah.
Haaaa TOMYAM home made di jamin banyak isi, ate sendiri masak kan.


sumber : dapurkakzu



BAHAN BAHAN 
* Anggaran sahaja ya, bergantung pada kuantiti dan keseuaian rasa anda *

10 cawan air
5 batang serai ( hiris serong serong )
2 biji buat tomato ( belah 4 )
20 biji cili api ( ketuk )
5 helai daun limau purut ( carik kan )
1 biji bawang holand ( hiris nipis )
4 kiub tomyam nor ( pilihan )
2 sudu besar jus limau
1/2 cawan susu cair
garam & gula 

2 ketul dada ayam ( hiris nipis )
5 ekor sotong ( potong kecil )
10 ekor udang
daging hiris ( siap rebus )

CARA CARA
Panaskan air hingga gelegak, masukkan serai, rebus selama 5 minit
Masukkan ayam,sotong, udang & daging
Masukkan bawang cili api, buah tomato
Masukkan kiub tomyam ( pilihan ) dan jus limau'
Masukkan susu cair
Sesuaikan garam dan gula dan rasa masam tomyam
Akhir sekali masukkan daun limau purut.






Monday, 12 January 2015

Mari belajar membuat cakes



 Hai..
KELAS personal maknanya belajar kek sorang2, bawak balik kek semua 3 biji.
Nak belajar 2 jenis kek juga boleh ( rm 400 buat 2 kek )
Jika belajar 3 kek ikut harga jenis kek
Jika nak hadir boleh whatsap kkzu 017 633 1252
klik JADUAL TERBARU untuk melihat jenis kek dan date

 proses menuang ganache


NURUL ( PERSoNAL KELAS )
SRI KEMBANGAN
7 JAN 2015
RVC, COKLAT INDULEGENT & RAINBOW CAKE ROSES

Sunday, 11 January 2015

Mari membuat kek di DAPURKAKZU

Cikgu  Hidayah



 Ila

 Hai..
gambar gambar sekitar kelas pada minggu yang lalu
Terima kasih ya.
Ade yang datang sejauh dari sabah, alhamdulillah, kkzu berharap agar semuanya aktif membaking selepas belajar asas membuat kek.
Jika anda nak hadir boleh whatsap kkzu 017 6331252 dan KLIK JADUAL TERBARU ~ boleh pilih date nak hadir ~


 KAK RAHMAH, ILA & HIDAYAH
4 january 2015
coklat indulgent, walnut carrot cake, ccmc & rvc

** ade berempat tetapi hanya bertiga dalam gambar
 

 Semua kek boleh di bawak pulang

 coklat indulgent & walnut carrot cake

 ccmc & rvc

Kak rahmah, ila & Hidayah
4 january 2015
coklat indulgent, walnut carrot cake, ccmc & rvc

 

 

Saturday, 10 January 2015

Bergedil ayam & beehun sup

 Hai..
kkzu nak share resepi beehun sup home made yang tak seberapa ini..
Kzu hanya akan buat beehun sup jika ade permintaan dari anak anak bile mereka rasa nak makan .
Anak kkzu yng bongsu sangat suka makan sup..tambahan ada cili api kicap yang pedas berasap tu.
Kzu selalu dengar orang  kata pedas sampai telinga berdengung, mak aiii memang betul ungkapan tu bile akak tergigit cili api bila makan nasi goreng hari tu, memang sampai bisu suara .Sebab nya umur dan menginjak 40 an ni lidah dah tak tahan makan pedas2.
Sukatan bihun sup ini  kkzu tak berapa nak sukat, almaklumla kan masak di rumah, campak2 je bahan nya..ek elehhh..

BAHAN BAHAN KUAH


Kaki ayam
dada ayam ( 2 ketul besar )
* rebus hingga empuk dan lembut
sukatan air agak2 nak kuah banyak mana

2 labu bawang besar
5 biji bawang putih
2 inci halia
* blend halus

bahan A
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil lada putih
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
asam keping

2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah sup
* jadkan pest ~ bancuh  dengan air

garam
minyak menumis

cara cara
Keluarkan isi ayam .
Gaul dengan garam dan kunyit. goreng dan siat halus ( untuk di makan bersama bihun )
Masukkan bahan blender ke dalam  air rebusan tadi.
Masukkan paste rempah, bahan A, masak hingga gelegak.
Sesuaikan rasa garam dan bahan perasa nya.
Akhir sekali goreng bawang besar hiris hingga garing , masukkan ke dalam sup.

* bahan rencah
bihun siap rebus
daun sup
cili kicap
bawang goreng
begedil




BERGEDIL AYAM

BAHAN BAHAN

Isi ayam  secukupnya
blend hancur @ tumbuk hingga hancur

10 biji ubi kentang
buang kulit , potong nipis, gaul garam dan kunyit, goreng hingga empuk

1 labu bawang besar
cincang halus

daun sup & daun bawang
racik halus

2 keping biskut lemak
tumbuk hancur

1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil lada putih
minyak utk menggoreng
1 biji telur ~ kocok

Satukan kesemua bahan kecuali telur.
Gaul sebati , bulat bulat kan
Panaskan minyak, celup bergedil ke dalam telur dan goreng hingga kuning keemasan