sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 2 April 2011

MACARON



 MACARON

SUMBER :   AZLITA MASAM MANIS

 Rasanya agak cruncy, manis manis sedikit, rasa kacang.
Nak buat tak susah mana cume kene pada step yang betul dan cara adunan dan olahan yang betul. Itu saja.
Bahan yang ringkas dan mudah.
Jika nak dapatkan macaron yang cantik harus di keringkan betul betul macaron yang siap di picit atas dulang pembakar.
 Ini adelah resepi yang ringkas  dan mudah.
Ade 2 cara 1 ialah menggunakan air gula panas ( ITALIAN METHOD ), 1 lagi menggunakan gula icing ( FRENCH METHOD )

BAHAN BAHAN

2 biji putih telur ( suhu peti ais )
30 gm gula castor
 50 gm almond powder ( x perlu ayak sbb x boleh di ayak) ( kalau boleh di ayak sila kan ayak ) hihi
90 gm  gula icing ( ayak )
1/2 tsp serbuk vanilla
1 tbsp tepung jagung

Putar putih telur sekejap, masukkan gula castor .Putar hingga menjadi meringue lembut
Satukan gula icing, serbuk almond, serbuk vanilla dan tepung jagung dalam mangkuk ( BAHAN A )
Masukkan  BAHAN A dan kaup balik sebati
Bahagikan kepada 2 bekas dan warnakan.
Masukkan adunan ke dalam plastik piping . Gunting hujung nya
Picit adunan ke atas loyang yang telah di alas dengan kertas ( bergantung besar mana picitan anda )
Biarkan adunan mengering 2 jam atau lebih, bergantung tahap kekeringan adunan macarons
Bakar selama 15 minit pada suhu 150
Bila dah sejuk picitkan coklat nutella @ peanut butter creamy dan cantumkan macaros

** MACARONS CEPAT SEJUK selepas di bakar
**JIKA MACARONS MELEKAT DI KERTAS BERMAKNA MACARON ANDA TAK CUKUP KERING