sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 4 February 2012

MARHABBAN DAN KAKZU

Assalamualaikum buat teman teman kkzu seluruhnye...kkzu baru je balik dari 1 majlis di BANDAR SRI PUTRA iaitu majlis qeqah dan marhabban...uummmm,  sangat bersyukur di beri kesihatan yang baik makenye dapat menghadiri majlis yang bermanfaat ini. Selain dapat berjumpe teman teman sekumpulan yang rate ratenye veteran veteran belake, dapat juge mengalunkan surah yassin,marhabban,selawat keatas rasulullah s.a.w.
Boleh dikatekan riadah kkzu di hujung minggu .Dapat juga menghayati zikir2 melalui alunan nasyid yang dialunkan....Jom layan gambar2 sekitar majlis ye....


Majlis qatam AL QURAN


Majlis cukur jambul di BANYAN CLOSE



Kawan kawan setaman



Jom layan gambar gambar sekitar majlis kumpulan yassin sepanjang tahun....

Friday, 3 February 2012

SEMUE REZEKI DATANGNYE DARI ALLAH SWT

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui
Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT.
Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.
Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.
Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.
Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.
Sememangnya ada orang me­ngadu kepada saya bahawa pre­mis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-­olah telah ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.
Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai con­toh ada ketika kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.
Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.
Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.
Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.

Thursday, 2 February 2012

CARROT MUFFIN

SUMBER ; INSPIRED BY / DIILHAMKAN OLEH FB KONGSI RESEPI DAN FB JUNE AHMAD


LOBAK MERAH MUFFIN

195 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikabonate
1 cawan lobak merah parut ( perah layang airnye )
2 biji telur
100 gm gula perang
200 gm minyak jagung
1/4 sudu kecil garam
60 gm kismis hitam
60 gm walnut cincang

bahan hiasan
coconut hawaian/kelape kering dalam tin
pewarne oren
satukan kelape dan pewarne oren

CARE CARE
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikabonate
2.Kocokkan telur, masukkan gula dan putar sebati sahaja ( tak perlu putar kembang )
3. Masukkan minyak jagung, tepung, walnut dan kismis.Kacau sebati



4. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin dan bakar muffin selame 30 minit pade suhu 180 darjah




Wednesday, 1 February 2012

TRIPLE MUFFIN COKLAT


Penyediaan muffin yang sangat mudah .Bak kate 1,2,3 siap.Boleh menambah kekacang juge ke dalam muffin.Ade pelbagai jenis muffin bole kite pelbagaikan.Ucapan dari kakzu 'SELAMAT MENCUBE ' dan nikmati lah keenakan muffin coklat yang gebus ini...

SUMBER;  ISPIRED BY / DIADAPTASI DARIPADE  CHEF HANIELIZA


TRIPLE MUFFIN COKLAT

BAHAN BAHAN

110 gm mentega ( cairkan )
200 gm susu segar
50 gm coklat masakan
100 gm gula perang
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 gm tepung gandum
30 gm koko powder
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikabonate
100 gm coklat chips

bahan hiasan
coklat chips hitam putih

CARE CARE

1.Ayak tepung gandum,baking powder dan soda bikabonate
2.Cairkan coklat masakan dan susu segar atas double boiler
3.Kocokkan telur dan gula ( kacau perlahan )
4. Masukkan susu segar bercampur coklat masakan dan mentega cair ke dalam adunan telur
5.Masukkan tepung bercampur koko powder, coklat chips dan esen vanilla. Kacau sebati
6. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang di sukai dan taburkan coklat chips
7. Bakar selame 30 minit pade suhu 180 darjah.

***untuk mendapatkan muffin yang membonjol isikan cup hampir penuh.