sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 15 December 2018

BOKO UBI KAYU



Rasa tergugat tak iman korang
Tapi awas ye kueh ni hanya utk orang takda angin dalam badan
Takda gastrik @ gerd
Apa itu gerd ?
gerd ialah asid yang berkumpul di.bahagian dada yng akan menyebabkan korang sesak nafas berpunca dari pemakanan yng tak sihat contohnya banyak makan makanan berminyak dan lemak
Banyakkan minum air putih sekurang2 nya 3 liter sehari
Yang bebas sihat takde penyakit angin makan la puas2
Ada yng kisah makan ubi kayu...ada yng tak kisah ..terpulang masing2 ye
Nak bagitau kueh ni memang layan habiss kalo makan
sedap gilerrr...sejuk je masuk tekak
Beza antara boko ubi dan talam ubi serta lepat ubi..boko ubi sangat lembut
Cara kzu ye...Resepi olahan dari group MAHN


bahan 1
3 kilo ubi kayu di parut dan perah air
jika nak mudah guna pemarut kelapa...ubi lebih halus
Akan dapat 10 cawan parutan ubi atau 130 gm setiap cawan


bahan 2
1200 gm gula melaka atau separuh gula merah dan separuh gula melaka
2  cawan gula pasir
1 helai daun pandan
800 gm air
Masak sehingga gula larut dan tapis dan suamkan
Tuang kat dalam parutan ubikayu dan kacau sebati
Masukkan dalam bekas 4x4 ...setiap bekas 200 gm
kukus selama 30 minit


bahan 3
2 kotak santak kotak (200 gm x 2 )
8 cawan air (guna cwn metrik )
1 stengah cawan tepung beras
2 tsp garam
Masak atas api hingga pekat
Sendukkan ke atas ubi kayu ( 100 gm @ sesenduk)
Boleh senget2kan bekas utk meratakan nya.Jangan ratakan dengan sudu..nnti tak licin cantik
Sejukkan jap..cepat2 tutup supaya tak terdedah di udara..nti merekah
Terus makan atau sejukkan dalam petisejuk
Penyimpanan lama dalam petisejuk

notes boleh je nak kurangkan gula

kbye muaaah
kkzu

Untuk lebih 40 jenis kelas pjj online kek kek dan biskut boleh WA kkzu
017 6331252