sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 5 May 2011

BUTTER CAKE



butter cake (tradisional )yang telah kkzu ALUNAN KASIH kan...


bahan bahan


1 cawan butter dalam tin
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri ( self raising flour )
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan whipping cream


Putar butter dan gula hingge kembang.
Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu ( kocok dulu telur )
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Akhir sekali masukkan whipping cream
Bakar selama 1 jam @ sehingge masak dengan suhu 180 


**whipping boleh digantikan dengan susu segar/susu  cair

URAP DAUN SILOM

urap daun silom

bahan bahan

seikat daun silom di potong kecik kecik
1/2 cawan kelape parut di goreng sebentar

*10 biji cili api
*1 cawan ikan bilis @ udang kering  digoreng garing
* 1 inci sedikit belacan
semua bahan bertande  *  di tumbuk kasar

10 biji bawang kecik di hiris nipis
air perahan limau nipis
garam dan gule (sesuaikan rasenye )

Kesemua bahan ni di gaul sebati dan bole dimakan  begitu saje.

TELUR BUNGKUS



Kalau kite makan di kedai Tomyam selalu kite oder kan, lepas ini boleh cube yer, anak2 kkzu cukup suke telur bungkus ini...


1 batang lobak merah  ( potong dadu ) @ 1 cawan mix vege
1 biji buah tomato  (potong dadu )
1 biji bawang besar  ( potong dadu )
2 keping isi ayam ( cincang dadu )
daging hiris kecil kecil 
udang ( potong kecil )
2 sudu besar cili mesin 
2 sudu besar sos tomato 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap 
1 sudu kecil gula 

1 sudu kecil lade putih

bawang putih ( cincang )



CARE CARE


1.Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.Masukkan kesemua sos dan goreng sebentar

2. Masukkan pula kesemua sayuran dan bahan bahan rencah
3. Masukkan gula dan lade putih.Kacau sehingge ianye cukup masak.
4. Pecahkan telur 3 biji, tambahkan sedikit garam dan lade putih

5. Panaskan kuali hingge betul betul  panas, letak sedikit minyak, tebarkan telur tadi dan masukkan inti yng dimasak tadi, bungkus kan telur ,terbalikkn dan angkat.

PAJERI NANAS






BAHAN BAHAN


Sebiji nanas masak dibelah kecik2.
*5 biji bawang kecil
*5 ulas bawang putih
*seinci halia
5 tangkai cili kering di kerat 2
1 sudu kecil biji sawi
2 peket kecil serbuk kari
2 sudu besar cili mesin
1 cawan santan pekat ( letak air je pun bole kalo tkmo gune santan )
kerisik 1/2 cawan ( nak lebih pun boleh )
**3 kuntum bunge lawang
**1 batang kecil kulit kayu manis
**5 biji buah pelage
**4 kuntum bunge cengkih
daun kari

gule secukupnye ( pajeri kene letak gule lebih skit )


care2


Tumis bahan * yang dihiris nipis2...goreng hingge kekuningan Masukkan bahan **, daun kari, biji sawi dan cili kering.
Bile dah naik bau dan kekuningan masukkan rempah kari dan cili mesin, masak hingge naik minyak
Kemudian masukkan santan dan nanas tadi....bole tambah air.
Masukkan gule secukupnye...sesuaikan rase garam dan manisnye.
Akhir sekali masukkan kerisik.
Masak hingge nanas empuk dan kuah menjadi pekat.

KETAM MASAK 3 RASE




BAHAN BAHAN

5 ekor ketam
2 biji tomato (belah 4 )
1 cawan nanas kiub dalam tib
10 biji cili api ( di ketuk )

bahan tumbuk
2 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu udang kering ( rendam dan tumbuk )

bahan perise
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
garam



CARE CARE

1. Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak, kacau hingge garing, 

2. Masukkan udang kering dan cili api.Masukkan cili mesin(kalau nak pedas) dan bahan sos.Masukkan air secukupnye.
3. Masukkan ketam dan biar sehingge ketam masak

4. Sesuaikan rase masin dan manis nye
5. Akhir sekali masukkan tomato...

Wednesday 4 May 2011

TALAM SUJI



TALAM SUJI


RESEPI : CHEF AZIMAH




Lapisan bawah


140 gm tepung suji
20 gm tepung gandum (3 tbsp )
2 biji telur
pewarne lemon yellow
120 gm gula pasir
750 ml santan cair 
1/2 tsp garam


care care


1. Campurkan kesemua bahan didalam periuk bersame tepung suji dan pewarne kuning. 
2. Kacau sebati dan kacau atas api sederhane hingge separuh masak ( pekat ).
3. Masukkan didalam loyang 10 x 10 yng dialas plastik
4. Tekan tekan sikit adunan ni bagi rate.
5. Kukus selame 20 minit.


Lapisan atas


2 biji telur
700 ml santan pekat
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam
150 gm tepung gandum
60 gm gula pasir
200 gm gule melake
1 tsp coklat emulco


Care carenye


1. Cincang gule melake.Blender kesemue bahan dan masak atas api hingge naik wap
2. Tuangkan keatas lapisan pertame tadi dan kukus selame 30 minit @ sehingge masak.

SAMBAL JERING



Aduyaiiii, fresh dari dalam kuali tauu, ade beza rase jering yang dah di masak sambal dengan yang mentah. Actually kkzu tak makan jering mentah buat ulam tuu, tak tauu laaa puas dah ku cube gigit gigit jering tuu, terase kelatnye walhal bagi sesetengah orang pembuka selera tu kan.


Bile jering tua di masak sambal ni , mase nak goreng jering ni baunye mak aiii sampai jiran sebelah pun boleh jenguk kepale ke dapur kkzu tauuu, punye la kuat baunye tetapi bile dah siap masak macam gini fulamak makan sampai bepeloh  you. Taktau la pulak sape yang tak penah makan atau memang tak suke makan jering sambal ni..


bahan bahan


20 biji jering cambah (jering tua ) yang dibuang kulit dan dipotong kecil2..goreng hingge empuk
cili mesin 1 mangkok
*bawang kecil 5 biji
*bawang putih 4 ulas
cili sos 5  sudu besar
1 cawan ikan bilis digoreng garing
1 biji bawang besar hiris.


tumbuk bahan *.
Tumis bahan tumbuk dengan minyak..bile dah garing masukkan cili mesin..masak hingge cili garing
Bile cili dah garing masukkan gule secukup rase.
Masukkan cili sos dan sedikit air.sesuaikan rase masinnye
Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan jering tadi.

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP




bahan2

5 keping ikan tenggiri 
1/2 cawan cili mesin
1/4 cawan cili sos
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap
2 inci halia di ketuk 

3 biji bawang putih di cincang
1 labu bawang besar hiris
10 biji cili api di ketuk
1 biji tomato di belah2
gula secukup rase

care2


1. Gaul kunyit dan garam pade ikan.Goreng hingge garing dan ketepikan

2. Tumis halia dan bawang putih hingge garing
3. Masukkan cili mesin .Tumis cili  hingge garing

4. Masukkan sos cili,sos tiram dan kicap.Gaul seketike 
5. Masukkan air sikit untuk mengelakkan kuah menjadi kering .
6. Masukkan gula secukup rase,bawang hiris ,buah tomato dan cili api ketuk.
7. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul sebati.

Sambal Udang




UDANG SAMBAL

Care kkzu masak sambal udang ni simple je...alahai udang kalau masak ape pun manis nye akan keluar kan, hatta di goreng dengan garam dan kunyit pun dah sedap, apelagi kalau diolah dengan pelbagai masakan. Actually pagi tadi kkzu makan dengan nasi lemak, kenyang sampai ke petang daaa....

bahan bahan

udang setengah kilo
2 cawan cili mesin 
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1/2 cawan cili sos

Tumbuk bahan *
Tumis bahan tumbuk dengan minyak
Bile dah naik bau masukkan cili mesin..masak hingge cili garing
Masukkan gule.sos cili.dan sedikit air ( ikut kepekatan )
Masukkan udang dan sesuaikan rase masin dan manisnye.

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILIAPI


SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

BAHAN BAHAN

3 cawan santan
5 batang kacang panjang
1/2 kilo siput di kerat ujungnye (KALAU TAK KERAT HUJUNG NYE ALAMATNYE TAK DAPAT SEDUT LERR)

**
10 biji cili api
3 biji bawang kecil
**tumbuk hancur

2 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit ( koyakkan )
1 keping asam keping

Siput direbus dan ditapis airnye.
Masukkan kesemua bahan kecuali kacang panjang
Masak sehingge kuah mendidih, bile kuah dah mendidih baru masukkan sayur
Rase keseuaian masin, manis dan masamnye .

MUFFIN CHOC CHIPS


MUFFIN KOPI COKLAT CIP / CHOCOLATE RICE

Bahan A

350 g tepung gandum
3 s/k baking powder
1/2 s/k garam
200 gm gula perang

Bahan B
150 ml minyak jagung
250 ml susu kopi..[akak gunakan dutch lady]
1 s/k nescafe
1 biji telur [dipukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

coklat cipS /chocolate rice secukupnya
kertas muffin

Cara

1. Panaskan oven pada suhu 180'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan senduk kayu.
5. Alaskan kertas muffin dalam muffin tray atau muffin/pie mould.
6. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
7. Bakar selama 20 minit.

Tuesday 3 May 2011

KARI IKAN TENGGIRI


KARI IKAN TENGGIRI


5 keping Ikan tenggiri 
1/2 peket besar rempah kari ikan 
1 biji bawang besar  (hiris )
15 ulas bawang putih ( hiris )
1 inci halia  ( hiris )
1 sudu besar halba campor
2 sudu besar cili mesin/serbuk cili
daun kari
2 biji buah tomato ( belah 4 )
5 biji kacang bendi
air asam jawa secukupnye


care2


1. Tumis bahan hiris  dan halba campor hingge kekuningan.
2. Masukkan daun kari dan rempah kari serta cili mesin,masak hingge naik minyak
3. Masukkan air dan air asam,ikut kepekatan bile menambah air
4. Masak hingge kuah gelegak,masukkan ikan dan sayuran
5. Sesuaikan rase masin dan masamnye


***bole tambahkan daun ketumbar hiris

SUP IKAN MERAH

Makanan sihat lagi menyihatkan.


BAHAN BAHAN


5 keping  ikan merah ( kepale ikan lagi sedap )
2 labu bawang besar
2 inci halia 
5 biji bawang putih 
2 keping asam keping
1 sudu besar serbuk lade hitam
1 sudu kecil lade putih
4 biji buah pelage 
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunge lawang
1 sudu besar rempah soto
daun sup hiris
air secukupnye
4 biji buah tomato di belah 4


CARE CARE
1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan air secukupnye kedalam periuk ( ikut nak kuah banyak mane )dan masukkan bawang yang di blender tadi.
3.Masak hingge kuah gelegak dan masukkan ikan, buah pelage,kulit kayu manis, buah pelage,lade hitam, asam keping  , rempah soto dan lade putih
4. Akhir sekali masukkan buah tomato dan  daun sup dan sesuaikan garam dan bahan perase
5. Goreng bawang kecil hiris dengan sedikit minyak hingge garing dan masukkan  ke dalam sup tadi.( masukkan minyaknye sekali )

IKAN BAWAL 3 RASE



bahan bahan

1 ekor ikan bawal
1 labu bawang besar ( potong dadu )
10 biji cili api (potong kecik2)
1 biji tomato buah ( potong dadu )
1/4 tin nanas dalam tin  ( potong dadu )

Bahan Tumis

1inci halia cincang

3 ulas bawang putih cincang
1cawan cili mesin
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan cili sos
2 sudu besar tomato sos
minyak untuk menumis

care care

1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng hingge garing dan ketepikan 

2. Tumis halia dan bawang putih cincang hingge kekuningan dan masukkan cili mesin , masak hingge garing
3. Masukkan sos tiram,cili sos dan tomato sos
4. Masukkan bawang besar cincang, cili api, buah tomato dan buah nanas.Sesuaikan rase garam dan gulenye.
5.Masukkan air ikut kepekatan yang di sukai
6.Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rate.

IKAN KELI MASAK BERLADE



Anak anak kkzu memang suke masakan ikan keli berlade ini berbanding kkzu yang kurang gemar ikan ikan tasik.Nak masaknye mudah aje asalkan care membasuh dan proses membuang lendirnye di lakukan dengan betul.Care kkzu boleh basuh ikan tersebut dengan air basuhan beras @ lumur ikan dengan tepung gandum @ lumur ikan dengan perahan limau kasturi.Jom kite dapur masak masak hidangan lauk tengahari...


bahan bahan


6 ekor ikan keli  (dibasuh bersih dan dibasuh dengan air limau kasturi supaye lendir2 ikan keli tuu hilang dan tak berbau hanyir.)
1 cawan cili mesin
5 ulas bawang putih
5 biji bawang kecil
air asam jawa
daun kari
2 tbsp cili sos


care2


1. Goreng ikan keli hingge garing...biarkan minyak betul2 panas baru masukkan ikan dan tutup penutup kuali sebab ikan keli akan memercik.
2. Tumbuk bawang kecil dan bawang putih hingge lumat Bahan 
3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumis bahan tumbuk
4.  Bile  dah naik bau masukkan cili mesin dan masak hingge cili garing.
5. Masukkan daun kari,cili sos,air asam,gula dan garam.
6. Akhir sekali masukkan  ikan dan gaul rate.

IKAN KERAPU 3 RASE



IKAN KERAPU 3 RASE, sedap woooo. kalau nak makan kat kedai seafood ni mahal tauu, meh cobe masak masak kat dapur nakkkkk..



bahan bahan

1 ekor ikan kerapu
1 labu bawang besar ( potong dadu )
10 biji cili api (potong kecik2)
1 biji tomato buah ( potong dadu )
1/4 tin nanas dalam tin  ( potong dadu )

Bahan Tumis

1inci halia cincang

3 ulas bawang putih cincang
1cawan cili mesin
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan cili sos
2 sudu besar tomato sos
minyak untuk menumis

care care

1. Gaulkan ikan kerapu dengan kunyit serbuk dan garam.Goreng ikan hingge garing dan ketepikan 
2. Tumis halia dan bawang putih cincang hingge kekuningan dan masukkan cili mesin , masak hingge garing
3. Masukkan sos tiram,cili sos dan tomato sos
4. Masukkan bawang besar cincang, cili api, buah tomato dan buah nanas.Sesuaikan rase garam dan gulenye.Masukkan sedikit air ikut kepekatan sambal yang disukai.
5.Masukkan ikan tadi dan gaul rate.