sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 14 November 2015

JOM BELAJAR MEMBAKING !!






JAUH DATANG DARI SEGAMAT ,JOHOR SEMATA MATA NAK HADIR KELAS DI DAPUR KAKZU...
HABIBAH & AYU ( PASANGAN IBU & ANAK )
2 JENIS KEK ( RAINBOW CAKE DAN COKLAT INDULGENT )
8 NOV 2015


Nak hadir boleh WHATSAP KKZU ye 017 6331252
Kelas personal atau kelas Berkumpulan
Selasa hingga jumaat ( KELAS PERSONAL )
Sabtu atau Ahad ( KELAS GROUP )
 INFO LEBIH LANJUT BOLEH klik jadual dan harga

Tuesday 10 November 2015

DAGING DENDENG


 HAI...
Salam buat semua...

Ade sedikit waktu terluang malam  cenggini, kkzu nak share resepi DAGING DENDENG resepi dari kakak ipar kakzu , lebih di kenali dengan nama Mak Anjang.Sangat pandai memasak dan masakan dari air tangan nya memang superb, masak ape pun sedapppp power gitu.
Actually menu ni di masak oleh anak kkzu Along @ Muhammad Ridhwan sebab nya kkzu sangat busy hari ni menyiapkan tempahan kek..kzu hanya beri arahan pada along  step by step nak buat nya..

Pepagi kkzu tertanya lak, nak masak ape hari ni eeeikkk, kan cuti umum so kene la ade menu spesel kan, konon laa kzu boleh masak kan,  pastu terpacul laaa perkataan DAGING DENDENG.Mak eeeihhh angkat tangan siap2 serender sbb x cukup masa...Along kata no problem, along masak...hahaaaa ok jalannnnnn...kebetulan along memang dah lama teringin nak makan menu ni ..MEH NAK SHARE ..
Resepi ini tahan lama  dan insyaallah sedap , sesuai di makan dengan nasi panas2, lemang, pulut, ketupat dan mcm2 laaa..

DAGING DENDENG
1 kilo daging @ 11/2 kilo daging ( rebus, hiris nipis dan tumbuk leper )
1 kilo bawang besar ( hiris nipis dan goreng sehingga menjadi  bawang goreng rangup )
9 batang serai ( hiris nipis dan goreng hingga kekuningan

*6 ulas bawang putih
*2 inci halia
*1 labu bawang besar
* 2 inci lengkuas
BAHAN * di blender

1 botol kecil kicap MANIS kipas udang
1 cawan cili mesin
air asam jawa

CARA CARA
1 Goreng sebentar daging tadi dengan sedikit minyak  ( pilihan ~ x goreng pun boleh )
2 Masukkan minyak,  Tumis bahan blender dan cili mesin hingga naik bau dan garing ( jika ade minyak menakung boleh buangkan )
3 Setelah cili sudah cukup masak , masukkan air asam jawa dan  kicap ( habis kan ) Pekat kan kuah dahulu
4 Setelah kuah pekat masukkan daging, bawang goreng, serai goreng. Gaul rata
5.Sesuaikan rasa nya ( manis dan masin sudah ade dalam kicap )
6 Siap utk di HIDANG

# Nak pedas boleh tambah kan cili padi dan tambahan sukatan cili mesin