sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 25 April 2015

Dapurkakzu class membaking






 Pasangan Anak & ibu
Yusnani & Sakinah
12 april 2015
ccmc, rvc & coklat indulgent


Hai..!!
Jika nak hadir dan nak coba membaking walaupun x pernah membaking. boleh laa menghadiri kelas di DAPURKAKZU
Whatsap ( 017 6331252 )  kkzu ye jika nak hadir . Sebelom itu  KLIK JADUAL TERKINI untuk melihat harga dan jenis jenis kek ya

 

Tuesday, 21 April 2015

KEK COKLAT KUKUS abc


KEK COKLAT  KUKUS abc

Salam..
Hai..!!

Agak lama kkzu x letak ape2 resepi kat blog dan page DAPURKAKZU.Kebizian melanda dan agak sebuk dengan tempahan kek dan kelas di dapurkakzu .Terima kasih di atas sokongan anda semua.
Kakzu beri nama kek coklat kukus ABC kerana penyediaan nya semudah abc...123 gitu
Resepi ini di share oleh rakan sekolah lama kakzu NORLIA yang menetap di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

KEK COKLAT  KUKUS abc

BAHAN BAHAN

bahan A
1 CAWAN GULA HALUS
1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN SUSU PEKAT
1 CAWAN MINYAK JAGUNG
1 CAWAN SUSU CAIR
 * SEBATIKAN DAN MASAK ATAS DOUBLE BOILER ( AGAK2 5 MINIT )
* SEJUKKAN ( SUAM KAN )

bahan B
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2  CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI ( SELF RAISING FLOUR )
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 SUDU KECIL SODA BIKABONATE
* AYAK

3 BIJI TELUR
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA

CARA CARA

1. KOCOK KAN TELUR ( GUNA SENDUK ATAU WISH )
2. MASUKKAN  bahan A. KACAU SEBATI
3. MASUKKAN bahan B DAN ESEN VANILLA. KACAU SEBATI HINGGA ADUNAN BERSATU
4.MASUKKAN KE DALAM ACUAN YANG DI SUKAI ( SAPU MINYAK ATAU GRIS )
5. KUKUS SELAMA 1 JAM ( TUTUP BAHAGIAN ATAS  ADUNAN DENGAN ALUMINIUM FOIL ) UNTUK MENGELAKKAN AIR MENITIS
6. SIAPPPPP
7. TUANG GANACHE ATAU SOS COKLAT

*********************
 BAHAN GANACHE

200 GM COKLAT MASAKAN
150 GM UHT WHIPPING
MASAK ATAS DOUBLE BOILER
SEJUKKAN DAN BIARKAN GANACHE MEMEKAT.


BAHAN SOS COKLAT

1 CAWAN SUSU PEKAT
1 CAWAN SERBUK KOKO
1/2 CAWAN GULA ICING
1/2 CAWAN MINYAK JAGUNG
1/2  CAWAN AIR

SATUKAN KESEMUA BAHAN DAN MASAK ATAS DOUBLE BOILER HINGGA KEPEKATAN YNG DI INGINI.

TIPS
GUNA CAWAN YANG SAMA UTK SEMUA SUKATAN
BOLEH KUKUS DALAM BEKAS PLASTIK KECIL2

< SELAMAT MENCUBE DARI DAPURKAKZU >





 



Monday, 20 April 2015

Class report ( DAPURKAKZU )

 Hai..

Jika rasa2 nak buat kek boleh laa hadir ke dapurkakzu ye
Boleh whatsap kkzu 017 6331252
Boleh masuk kelas berkumpulan atau kelas perseorangan
klik jadual untuk cek harga dan jadual yng anda nak hadir.






FADHINITA, ZARFIZAH, AMIRAH & HAFIZAH
11 APRIL 2015
RVC, COKLAT INDULGENT, RUSSIAN CAKE & OREO BLUEBERRY CHEESECAKE
FROM SEREMBAN, BBM & PAJAM