sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 11 June 2016

IFTAR RAMADHAN KAMI

 lemak rebung
sambal totok jawa
ayam kampung goreng
ulaman
sambal belacan



Selamat berbuka puasa semua
menu kani..
kari ikan bawal
peria katak goreng rangup
ulaman
ikan bilis sambal
pucuk ubi goreng




 Menu kami pertama ramadhan
ikan merah masak sup
sambal ikan merah
sambal totok jawa
terung berlada
SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA







BADAK BERENDAM

RESEPI DARI RAKAN FB

Bahan Inti –

1/2 biji kelapa parut
2 sudu besar gula pasir
gula melaka secukupnya
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar tepung gandum
1 helai dauh pandan – ikat simpul

Bahan Kuih Badak –

2 cawan tepung pulut
1 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau

Bahan Kuah Santan –

3 cawan santan
3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, ikat simpul

Cara Membuat:

Inti Kelapa –

1. Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang manis, tambah lagi ketulan gula melaka.

2. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat, senang dibuat bulat.

1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.

2. uli bersama pewarna hijau

3. Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.

4. Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam mangkuk atau cawan.

Kuah Santan –

1. Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.

2. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.

2 comments:

  1. Salam singgha kak zu ,semua sedap sedap menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu wanie...selamat berbuka puasa

      Delete