sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 1 September 2016

Dapurkakzu JOM BELAJAR






KELAS BERTIGA
KAMI BAKE 4 JENIS KEK HAVOC
BLUEBERRY CHEESECAKE
KEK COKLAT MOIST
FUDGE BROWNIES
WALNUT CARROT CAKE
AZANORA...ZARINA...ZALIFAH
24 OGOS 2016
 Kek utk di bawak pulang







KAMI BAKE 4 JENIS KEK
9.30 PAGI HINGGA 4 PETANG
MAHFUZAH
KAK NOREHAN
AYU
ZURAIDAH
KAMI BAKE CCMC...RAINBOW CAKE ROSES...RUSSIAN CAKE...PANDAN GULA MELAKA CUPCAKE

Kelas berlangsong di BANDAR BUKIT MAHKOTA, BANGI
Kelas berkumpulan bermula jam 9.30 hingga jam 4 petang
Rehat makan ( di sediakan ) dan rest solat
Nak hadir boleh WHATSAP KKZU 017 6331252
RM 250 utk seorang belajar 4 jenis kek

Kelas terdekat pada 3 & 4 september 2016

KLIK JENIS KEK DAN SENARAI HARGA KEK BELAJAR


Monday, 29 August 2016

KEK COKLAT CHEESE LAVA BERHANTU

Kek dalam bekas senang nak makan dan jual



COKLAT CHEESE LAVA @ KEK BERHANTU

Walaupun kkzu sangat bz tetap tidak melepaskan peluang mencobe kek berhantu ini, Kek coklat nya adelah kek coklat IBU DUIT..Topping atas boleh di pelbagaikan mengikut kreativtti masing2.
Boleh jual dah ni dalam bekas kecil kecil.Sangat sesuai di buat dalam bekas , bukan dalam bentuk kek sebiji kerana kek ni perlukan lapisan lava ganache tu, baru kek ade uummpphhh.

BAHAN BAHAN

KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak

CARA CARA
Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar


250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek

COKLAT LELEH
 300 gm coklat masakan
 300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella

Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat

STEP MELAPIS KEK BERHANTU !!

1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK
4 KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA


~ SELAMAT MENCOBA  ~