sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 26 October 2012

Daging goreng manis


Hai..
Assalamualaikum..

Selamat hari raya aidil adha buat semua umat islam seluruh dunia.
Ape kata tambah 1 lagi hidangan atas meja dengan hidangan daging goreng manis ni disamping hidangan wajib rendang ayam @ daging.
Insyaallah di tempat kkzu di bandar bukit mahkota akan melakukan ibadah korban  pada esok hari sabtu di perkarangan surau al mujahirin.Tahun ini kami para kumpulan muslimah di tugaskan untuk memasak sup tulang dan gulai kawah, manakala kaum lelaki di tugaskan untuk menyembelih dan memotong daging dan di agihkan kepada seluruh penduduk sekitar, Saban tahun bilangan lembu yang akan di korban kan bertambah nampaknye. Tahun ini adelah yang paling banyak iaitu sebanyak 8 ekor lembu.Alhamdulillah.

Daging goreng manis

800 gm daging ~ hiris nipis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/ 2 cawan kicap manis
1/2 cawan cili mesin
2 labu bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
2 inci halia ~ hiris
2 biji cili masak ~ hiris memanjang
minyak untuk menumis

Basuh dan hiris daging
Perap daging dengan garam, gula dan serbuk kunyit selama 1 jam @ lebih
Panaskan minyak dan tumis daging yang di perap tadi. Kecilkan API dan masak sehingga daging empuk. ~ tutup kuali supaya daging masak dengan cepat dan berjus  , tidak perlu masukkan air.
Setelah daging empuk masukkan cili mesin, gaul beberape minit.
Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih, gaul rata.
Masukkan kicap manis dan cili masak.
Gaul sebati dan boleh laaa di hidang bersama nasi panas.





Tuesday 23 October 2012

cakes 31

 COKLAT CHEESE MOIST CAKE

 RVC

 KAPKEK RVC




 COKLAT MOIST

 KAPKEK



 RVC KAPKEK

 RVC

 KEK COKLAT MOIST NO 5

 RVC

 KAPKEK RVC

KEK KARAMEL

Sunday 21 October 2012

Buat kek di DAPURKAKZU


Hai !!!

belajar buat kek di DAPUR KAKZU...
20 OKTOBER 2012 ~ RVC DAN KEK KARAMEL

1. Syarina
2. Aishah
3. Fuziah

Kek akan di belah 3 dan di bahgai sama banyak sebab datang 3 orang.Tapi memadai sebab potongan kek yang agak besar juga.


kek karamel dari Aien.

Ini lak kek coklat cheese moist cake ( CCMC ) , antara kek paling di sukai. Di letak dalam bekas sebab nak mengeraskan ganache mengambil masa 12 jam kalo nak membentuk sebiji kek. Haiiii kalo nak dok umah kkzu sampai malam  boleh lerr tunggu., heeee. Tapi kalau nak buat kat umah nanti buat dalam loyang petak @ bulat base ( loyang boleh buka ) supaya bile dah keras sepenuhnye boleh laaa di keluarkan da akan jadik sebijik kek.

Aien dan kek !!!

Insyaallah nanti ade rezeki jumpa lagi ye pada sesi yang lain.
KLIK DI JADUAL TERBARU untuk keterangan lanjut dan menempah tempat ye.


Ini adelah coklat cheese moist cake ( CCMC )  yang  telah di keluarkan dari loyang base.Boleh aje nak deco ape2 tema.