Wednesday, 4 April 2012
TALAM LAPIS LABU
Buah labu di masak lemak putih campur sayur pucuk manis memang sedap.Cicah pulak dengan sambal belacan cili api dan ikan sadin hidup goreng.Mau meletop menu tu kalau makan tengahari di atas pangkin.Tetapi hari ini labu di buat kueh talam yang akan menambah lemak manis buah labu itu sendiri .Resepi dari YATIE memories .Sedang elok aje bancuhan kueh ini, tak lembik tak keras, tak tawar tak manis sangat , sungguh ngam adunan nye.Terime kasih buat YATIE ye.Izinkan kkzu berkongsi resepi di sini pula ye.
RUJUKAN ; yatiememories
BAHAN BAHAN
bahan A
2 cawan air
1 1/4 cawan gula
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan di simpul
bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air
bahan C
1/2 cawan santan pekat
bahan D
1 cawan labu ( direbus dan lecek )
1 sudu besar pewarne kuning ( kkzu tambah )
CARE CARE
1. Masak bahagian A hingge gula larut.Ketepikan dulu
2. Dalam mangkuk lain sebati kan bahan B.Gaul rate dan masukkan bahan A ke dalam B.
3. Satu bahagian di masukkan bahan C ( santan ) dan satu lagi bahagian masukkan bahagian D ( labu ) ~ kkzu blender supaye lebih halus.
4. Bahagikan pula setiap bahagian pade 3 bahagian supaye dapat same banyak lapisan nye.
CARE MASAK KUEH
1. Panaskan kukusan .
2. Masukkan adunan labu ke dalam loyang yang telah di alas plastik dan kukus selame 7 minit.
3. Lapiskan pula adunan santan dan kukus selame 7 minit.
4. Ulang sehingge habis 6 lapisan dan lapisan yang terakhir kukus selame 20 minit.
5. Bile kueh telam masak biarkan sejuk dahulu barulah di potong menggunakan pisau plastik.
notes ; boleh menggunakan loyang 10 ( bulat ) @ loyang 8 ( petak )
Label:
Kueh Talam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
asslm Kak Zu...
ReplyDeleteramai juga hari ni yg mlapis...
mesti sedap talam labu ni...xpenah buat lg..
waalaikumsalam honey...cobe lah ye, pasti puas hati punyeeee..
ReplyDeleteAssalamualaikum KakZu,
ReplyDeletealahai cantiknya talam lapis labu akak ni.geram tngk..kemas je potongannya..tq sudi mencuba..
Waalaikumsalam yatie, haii nengok lerr sape cikgu nye..heee..
Deletesame2 yatie..tq juge sudi share resepi ye..
Assalamulaikum KakZu ChocoAni ziarah dan follow ya..suka nya tengok koleksi kuih talam di blog Zu ni.. sedap sedap Ani suka kuih talam baru mula nak cuba belajar buat..
ReplyDelete