sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 29 November 2012

Ikan siakap masak merah buah peach



Hai

aCtually kan mata kkzu dah ngantuk tapi tetap nak share resepi ikan siakap masak merah buah peach.
Kesian ikan ni tauuu, mula mula kkzu taknak masak sebab badan dah penat, pastukan hantar laa kat kedai suruh pekedai masak kan 3 rasa, pastukan pekedai tuu kata tak sempat sebab ramai costemer, pastukan anak kkzu pun merajuk tak nak hantar ke kedai lain, pastu kan mak dia dah laaa malas penat nak masak, akhirnye kan mak die pun dengan rela hati nye masak la demi anak anak tercinta nak makan malam. Dah laa siang siang beli aje nasi bungkus.Semuanye gara gara mak die makin sebuk sejak due menjak ni.Gitu laa storinye.

Mari kite lihat bahan bahan nye yang sangat senang nak carik.

Sumber : DAPURKAKZU

BAHAN BAHAN

1ekor ikan siakap besar ~ gaul garam dan kunyit ~ goreng dalam minyak yang panas hingga betul betul garing
1 cawan cili mesin
1/4 cawan sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 labu bawang besar ~ potong dadu
4 ulas bawang putih ~ cincang
1 inci halia ~ cincang
1 biji buat tomato ~ potong dadu
10 biji cili api ~ hiris kecil
3 potong buah peach ~ half peach ~ potong dadu
gula, garam secukup rasa

Goreng ikan
Lebihan minyak goreng ikan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
Masukkan cili mesin dan masak hingge cili garing.Masukkan gula secukup rasa
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
Kemudian masukkan air ikut kepekatan ~ kkzu buat sedikit cair supaya sos tidak terlalu pedas dan berkuah.
Masukkan buah tomato, cili api , bawang besar dan buah peach.
Sesuaikan rasa garam dan gula nye.


1 comment: