sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 7 April 2011

APPLE PIE...


Sebut mengenai pie...masih baru dalam dapo Kakzu...maklum lerr lidah sambal belacan kan...heeee..tapi Kakzu tabik spring kat bnglong TW sebab melobi sughuh buat pie ni...haaaa..kan dah reti buat pie...meh skodeng rsepi...jom jom..


APPLE PIE ..resepi from HANIELIZA,

Bahan Inti 
4 biji epal hijau [potong dadu] 
100 gm gula perang 
1/sk serbuk kayu manis 
2 s/b tepung gandum ] 
3 s/b air ] bancuh 

Cara 
1. Masukkan epal dan gula perang dalam periuk dan masakkan sehingga layu. 
2. Masukkan serbuk kayu manis dan kacau rata. 
3. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kcau rata. 
4. Sejukkan. 

Bahan Doh 
200 gm majerin 
50 gm shortening 
50 gm gula icing 
400 gm tepung gandum 
2 -3 s/b air sejuk petiais [cold water] 

Hiasan 
kuning telur 

Cara 
1. Masukkan tepung gandum, majerin dan shortening dala mangkuk. 
2. Ramaskan sehingga menjadi saperti serbuk roti. 
3. Masukkan air sejuk sedikit demis edikit dan gaulakn rata. 
4. Rehatkan doh selama 20- 30 minit dalam petisejuk. 
5. Keluarkan doh dan ambil sebesar bebola ikan. 
6. Masukkan dalam acuan pie dan buatkans saperti kulit pie. 
7. Bakar dalam oven suhu 180 selama 10 minit. 
8. Keluarkan dan masukkan inti epal. 
9. Leperkan doh dan buatka saperti jalinan atas mangkuk pie. 
10 Sapukan kuning telur. 
11. Bakar lagi selama 10 minit dan kelihatan kekuningan

@


SWEET PASTRY CRUST ..RESEPI SASHA RAHMAT
1/4 cup gula kastor
1/2 cup mentega
1 egg (pukul sikit)

mula2 beat butter + sugar bila dh kembang sikit baru add telur...
tp jgn terlebih pukul ..cuma biarkan telur dgn butter tu bersatu aje

masukkan 11/2 cwn tepung dgn 1/2 sudu kecil garam (garam & tepung ni ayak dulu ),
 guna ujung jari utk satukan menjadi doh

bila dah jadi doh simpan dlm plastic/cling wrap then simpan dlm fridge 20mins.


kakzu bakar selame 20 minit.keluarkan dari oven...letak inti pie..bakar lagi 20 minit...kakzu buat 2 adunan resepi sasha ni.


No comments:

Post a Comment