Sunday, 3 April 2011
TALAM SERIMUKA CUSTARD
Talam serimuke custard name di beri. Gelaran kueh lame lagi kueh trsdisional di beri gelaran.Sangat sesuai di hidang bile bile mase aje.Penyedian yang memerlukan kesabaran dan ketilitian.Insyaallah akan menjadik kueh talam yang lemak manis ini tapi awas jangan makan berlebihan kerana kandungan pulut akan membuat perut dan ulu hati akan merase pedih kalau tak tahan makan pulut.Tetapi kueh ini kalau rase sepotong tak cukup tauu, pasti nak lagi..
BAHAN BAHAN
Lapisan bawah
700 gm pulut..rendam 6 jam
600 ml santan
1/2 tsp garam
1. Toskan beras pulut ..masukkan dalam loyang petak 10 x 10 yng dialas plastik.
2. Masukkan santan yang dicampur garam.Kukus hingge pulut kembang.Bile dah masak tekan bagi padat.
Bahagian atas ( CUSTARD )
100 gm tepung custard ( gune tepung custard YELLOW yang di jual di bakery )
800 ml santan (yang dicampur dengan jus air pandan)
300 gm gula
4 telur
1/2 tsp garam halus
1 tbsp perase pandan
pewarne hijau
20 gm tepung gandum
CARE CARE
1. Satukan kesemua bahan
2. Kacau sebati dan tapis kan
3. Masak atas api hingge naik wap ( jangan sampai membeku )
4. Tuang keatas lapisan bawah tadi
5. Kukus selame 20 minit
***untuk mengelakkan adunan atas masuk kedalam pulut..letak hanye sesenduk dulu..ratekan..bile dah keras baru tuangkan semue.
Label:
Kueh Talam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment