sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 5 April 2011

COTTON CHEESE CAKE VERSI 1



Hai semue, hari ni Kakzu masukkan 1 lagi resepi cotton cheese kek, yang paling penting MERINGUE nak kene betul putarnye dan patuhi pantang larangnye insyaallah baru kek menjadik dengan jayenye, ape2 kek kalau ade MERINGUE kek pasti akan naik tinggi dan gebu.lihat di sini  ye petua bagaimane nak menghasilkan meringue.


Japanese cotton cheese cake


BAHAN BAHAN
4-5 keping cheddar cheese 
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter


Cara-caranya:

1. Koyak2kan cheese kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. Masak degan api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter,tutup api.

2. Asingkan telur putih dan merah. Pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan cheese  tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dalam bekas yang telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

6.teknik membakar bain marie atau steam bath sebab cheese sangat lembut dan mudah terbakar.



notes ; DOUBLE KAN ADUNAN UNTUK MENDAPATKAN KEK YANG LEBIH BESAR.





 kek ini kkzu telah salut dengan freshcream iaitu dengan menggunakan non dairy whipping cream yang di putar hingge kental @ soft peak.Rasenye lagi pasti terangkat youuuu...


 Dimakan dengan blueberry filling @ strawberry filling, nyummm nyummmm

No comments:

Post a Comment