Nengok pun dah tahu coco mousse brownies lemak berkrim.Ade rase macam kek asikrim .Harus di masukkan dalam petisejuk dan sedap di jadikan sebagai desert.
RUJUKAN : puteri manja
BAHAN BAHAN
KEK
• 90G BUTTER
• 130G GULA HALUS
• 2 BIJI TELUR
• 100G TEPUNG GANDUM
• 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
• 2 SUDU BESAR SERBUK KOKO
CARA-CARA
1. PUKUL BUTTER DENGAN GULA SEHINGGA KEMBANG/PUTIH.
2. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR. PUKUL LAGI DALAM 3-4 MINIT.
3. AYAK TEPUNG, BAKING POWDER DAN SERBUK KOKO KE DALAM NO.2 TADI. KACAU RATA.
4. MASUKKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG. KEMUDIAN BAKAR DENGAN SUHU 190 DEGREE SELAMA 12-15 MINIT.
5. BILA DAH MASAK, KELUARKAN DARI OVEN DAN BIARKAN SEJUK.
ATAU
Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila
Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
CHOCOLATE MOUSSE
• 140G COKLAT MASAKAN
• 1 SUDU BESAR GELATIN
• 100ML AIR
• 2 BIJI TELUR PUTIH
• 200G WHIPPING CREAM
• 40G GULA HALUS
* double kan adunan untuk mousse yang lebih tebal
CARA-CARA
PENYEDIAAN MOUSSE
1. MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 100ML AIR. BIARKAN DALAM 5 MINIT HINGGE 10 MINIT.BILE DH KEMBANG CAIRKAN GELATIN GUNE KAEDAH DOUBLE BOILER...KACAU PERLAHAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN DENGAN KAEDAH 'DOUBLE BOWL' (GUNA 2 PERIUK, 1 PERIUK LETAK AIR DAN 1 PERIUK LETAK COKLAT. PERIUK YANG ADA COKLAT NI, LETAK PULAK KE DALAM PERIUK YG ADA AIR. KEMUDIAN PANASKAN SEHINGGA COKLAT CAIR).
3. BILA COKLAT DAH CAIR, PADAMKAN API DAN KELUARKAN PERIUK COKLAT DARI PERIUK YG ADA AIR TADI. MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT CAIR. KACAU SEHINGGA GELATIN SEBATI DENGAN COKLAT TADI. BIARKAN SEHINGGA SEJUKKAN.
4 . PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG ATAU SEHINGGA BERTANDUK.( KALAU DITERBALIKKAN BOWL, TELUR X JATUH). SAMBIL PUKUL TELUR TU, MASUKKAN GULA SIKIT DEMI SEDIKIT.
5 . DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA JADI KRIM.
6 . SATUKAN KESEMUA BAHAN DENGAN KAEDAH KAUP BALIK. KACAU PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA SEBATI. TUANGKAN ADUNAN INI KE DALAM LOYANG BROWNIES. SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEHINGGA MOUSSE KERAS DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN.
7 . SEBELUM DIHIDANGKAN TU, BOLEH DIHIAS DENGAN SERBUK KOKO DIPERMUKAAN MOUSSE
No comments:
Post a Comment