sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 6 April 2011

ORANGES CAKES




Oranges cakes .Sedap di makan dan rase nye masam dan manis.Boleh di juga di letak buah buah limau segar di dalam nye.


spounge kek


Bahan kek:
(A)
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila 

2 tbsp oren paste dan 1 tbsp sunquick

(B) (untuk meringue)

5 biji putih telur
70 gm gula kastor

Cara buat kek:

1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.Akhir sekali masukkan paste oren.

2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.

4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.

5. Setelah masak, biarkan kek seketika di dalam oven. Sejuk sebelum terbalikkan. Setelah sejuk, bolehlah dipotong lintang 2-3 lapisan.




KTOPPING

1.500 gm WHIPPING CREAM RICH'S GOLD LABEL

2. Putar whipping hingge menjadik soft peak dan kental
3. Potong  kek kepade 3 bahagian
4. Lapiskan dengan whipping dan orange filling dan hias lah ikut care anda.

No comments:

Post a Comment