sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 30 May 2014

KEK BUTTER takmau manis


hai...

Kek butter kurang manis nama di beri tetapi entah laa ye dek, bile makan macam manis je...hahaaa
Saja menggodak kek butter  sempena nak melayan tekak yang memang suke makan kek kosong.
Nak beritau juga kan , nak melabel kan trade mark dapurkakzu kekadang takda masa tapi entah laa kan..depe ni suke benar ambil  gambar yang tak berlabel pastu boh atas nama sendiri, tak laa kisah kan sangat kan, allah lagi tau segala nya tetapi biarlah sesuatu gambar masakan tu atas air tangan sendiri, kan lebih manis.Macam gambar kek karamal dan apam merkah @ aka apam senyum kkzu punya tauuu...

BUTTER CAKE KURANG MANIS
Adunan ni kkzu adun untuk loyang bersize 10 inci.

BAHAN BAHAN
400 gm butter 
280 gm gula castor
1 tsp ovelette
7 biji telur ( size gred B )
400 gm tepung gandum * ayak
3 tsp baking poder * ayak
100 gm susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan susu cair
1 sudu kecil coklat emulco /paste
1 sudu makan esen vailla

CARA CARA
Putar butter , ovelette dan gula hingga kembang dan gebu
Masukkan susu pekat
Masukkan telur satu persatu ( kocok telur dahulu satu persatu )
Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung gandum yang bercampur baking powder ( ayak )
Ambil 1/3 adunan dan masukkan serbuk koko, coklat paste dan susu cair.Kacau sebati
Sediakan loyang 10 inci yang telah di gris.
Masukkan adunan tidak berwarna 2 sudu besar
Masukkan adunan coklat 1 sudu besar
Ulang sehingga habis.
Taburkan coklat chips secukup rasa
Panaskan oven 10 minit pada suhu 170
Bakar kek selama 1 jam 15 minit.( api atas dan bawah )

** tips membakar
Suhu kepanasan oven dan masa membakar bergantung pada oven memasing
Selepas 40 minit membakar bahagian atas kek akan menjadi sedikit garing, buka pintu oven dan lapik bahagian atas kek dengan aluminium foil dan teruskan membakar hingga kek masak

No comments:

Post a comment