sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 23 September 2012

Yummy Dummy Cakes


hai

YUMMY DUMMY CAKES

By ; DAPUR KAKZU

BAHAN BAHAN KEK
5 biji telur kuning
125 gm gula castor
150 ml air @ susu segar
75 ml minyak jagung
40 gm serbuk koko ~ ayak
165 gm tepung kek @ self raising flour ~ ayak
1/2 tsp baking powder ~ ayak
1/2 tsp baking soda ~ soda bikabonate ~ ayak
1 tsp esen vanilla

5 biji telur putih
75 gm gula castor
1 tsp krim tar tar

Satukan bahan ayak dan ayak sekali  dalam 1 bekas
Satukan telur kuning, air @ susu segar , minyak dan gula castor dan putar selama 10 minit
Masukkan bahan ayak dan ketepikan.
Dalam bekas kering yang lain tanpa ade air walau setitik pun, putar putih telur, gula castor dan krim tar tar hingge menjadi kental ~ meringue
Satukan ke dua dua adunan dengan kaedah kaup balik dengan menggunakan senduk @ spatula.
Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inci dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam pada suhu 170 C.
Setelah masak segerakan keluarkan kek dari loyang dan masukkan ke dalam kotak dan salotep kan kotak tersebut supaya spounge kek ini melembab di dalam kotak.

BAHAN BAHAN MOUSE COKLAT
370 gm non dairy whipping cream
75 gm serbuk koko
120 gm gula icing
1/2 cawan air suam
1 1/2 tbsp serbuk gelatin
100 ml air panas

Putar whipping hingga kental dan  berkrim.
Satukan gelatin dan air panas, kacau hingga gelatin larut
Satukan serbuk koko dan gula icing, masukkan air suam dan kacau perlahan hingga sebati.
Akhir sekali satukan whipping dengan bancuhan serbuk koko dan gelatin. kacau kaup balik perlahan.
Bahagikan mouse coklat kepada 2 bahagian

CARA MELAPIS KEK
Potong kek kepada 3 bahagian.
layer kan 1 bahagian lapisan mouse coklat dan letak kek di atasnye.
Letak 1 lagi lapisan mousse coklat dan tutup denag kek yang terakhir.
Akhir sekali tutup kek dengan lapisan freshcream ( putar 300 gm non dairy whipping )
Biarkan kek mengeras di dalam petisejuk selama beberapa jam.
Tuang lapisan ganache di keseluruhan kek

RESEPI GANACHE
300 gm coklat masakan
250 gm uht whipping cream

Masak atas double boiler.

NOTES : UNTUK GANACHE JANGAN GUNE NON DAIRY WHIPPING CREAM YE , AKAN MEMBUATKAN GANACHE MANIS SOKMO NANTI.










6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan Kak Zu,
    cantik & sedap kek dalam blog ni.

    ReplyDelete
  3. Erm...nampak pun sedap...boleh la buat untuk birthday anak saya bulan 10 ni...apapun, tq sudi berkongsi resipi :)

    ReplyDelete
  4. hai laskar pelangi..wahhh nostalgia nama mu...

    hai marsita..nice to see you..
    salam kenal juge dari kkzu..

    insyaallah cendana..kek yng mudah nak sediakan...

    ReplyDelete
  5. choc indulgence ke ni kak?? tergoda diler tgk...

    ReplyDelete