sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 13 April 2022






 

PUDING CENDOL by dapurkakzu
Makan sejuk sejuk layannns sangat ni
Buat hantaran kawin pun lawa
Buat kepala meja raya pun lawa
.
BAHAN BAHAN
.
LAPISAN PERTAMA
5 gm serbuk agar agar
200 gm gula
400 gm/ml air
200 gm santan kotak
200 gm cendol ( siap tapis airnya )
1 tsp garam
2 helai daun pandan
CARA CARA
Masak air , daun pandan. gula dan serbuk agar2 ke dalam periuk sehingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan garam dan santan
Masak lagi hingga santan mendidih kecil
Sentiasa kacau ya
Angkat dan teruskan mengacau sehingga hilang wap panas
Keluarkan daun pandan dan masukkan cendol dan kacau sebati
Isikan ke dalam acuan size 23/24 cm yang telah di basahkan dengan air masak
Guna senduk ya supaya puding tidak berbuih
Biarkan seketika sehingga puding sedikit mengeras
Cakar2 kan dengan lidi supaya lapisan kedua dapat melekat dengan sempurna
.
LAPISAN KEDUA & KETIGA
10 gm serbuk agar agar
200 gm gula melaka ( cincang kecil )
60 gm gula perang
400 gm santan kotak ( 2 kotak santan )
800 gm/ml air
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan
.
CARA CARA
1. Satukan serbuk agar agar, gula melaka , gula perang dan air serta daun pandan
Kacau sebati dan masakkan di atas api hingga mendidih
Bila dan mendidih asingkan 300 gm untuk lapisan kedua
2. Tuang guna senduk 300gm air gula melaka ini ke atas lapisan pertama tadi
Biarkan mengeras seketika dan cakar2 kan dengan lidi supaya lapisan ketiga dapat melekat dengan sempurna nanti
3. Baki air gula , keluarkan daun pandan dan masukkan santan pekat dan garam
Kacau lagi sehingga mendidih
Bila dah mendidih tutup api dan terus mengacau sehingga hilang wap panas
Tuangkan ke atas lapisan ke dua
Guna senduk ya
Jika tuang sekaligus nanti puding akan berbuih
Keraskan puding sehingga mengeras
Boleh masukkan ke dalam petisejuk
.
NOTES
1. Guna serbuk agar2 puding akan jadi lebih firm dan mengeras serta tidak ber air
Tahan di suhu bilik agak lama
.
2. Jika nak guna loyang petak boleh guna size 10
Basahkan dulu acuan ya supaya puding senang di keluarkan
.
3. Serbuk agar2 boleh di beli bakery dan kedai runcit @ shopee
serbuk agar2 Jenama swallow globe
.
4.Gula boleh adjust ya ikut kemanisan masing2
.
5. Jika ada buble di bahagian atas puding buangkan ya
.
6. Jika nak guna santan dari perahan kelapa pun boleh ya
Pastikan ianya pekat
Selamat mencuba ya

BERMINAT NAK JOIN CLASS ONLINE DAPURKAKZU

FB : ZURAINI ALIAS II
IG : DAPURKAKZU
FB PAGE : DAPURKAKZU

No comments:

Post a Comment