sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 6 April 2022





 


PUDING KOKO MILO by dapurkakzu
Sedapnya ya ampun🎉
.
LAPISAN PERTAMA
10 gm serbuk agar agar
100 gm gula
120 gm milo
2 tbsp serbuk koko
1 tsp creamy vanilla
1/4 tsp garam
800 gm susu full cream
Satukan serbuk agar2, garam, gula, serbuk koko dan milo
Kacau sebati
Masukkan susu sedikit sedikit dan kacau hingga sebati
Masakkan di atas api hingga mendidih
Sentiasa kacau ya
Bila dah mendidih tutup api dan terus mengacau sehingga hilang wap panas
Tuangkan ke dalam acuan size 23 cm
Guna senduk ya
Biarkan puding mengeras
.
LAPISAN KEDUA
10 gm serbuk agar agar
100 gm gula
700 gm susu full cream
100 gm susu cair
1 tsp creamy vanilla
1/2 tsp garam
Satukan serbuk agar agar, gula, garam, susu cair, susu full cream dan esen vanilla
Kacau sebati dan masakkan di atas api hingga mendidih
Sentiasa kacau ya
Bila dah mendidih tutup api dan terus mengacau sehingga hilang wap panas
Tuangkan ke atas lapisan kedua
Guna senduk ya
Sebelum tuang adunan cucuk2 cakar kan dengan lidi atas permukaan puding supaya puding kekal melekat di antara lapisan
Biarkan puding mengeras
.
LAPISAN KETIGA
5 gm serbuk agar agar
50 gm gula
70 gm milo
1 tbsp serbuk koko
1/2 tsp creamy vanilla
1/4 tsp garam
400 gm susu full cream
Satukan serbuk agar2, garam, gula, serbuk koko dan milo
Kacau sebati
Masukkan susu segar sedikit sedikit dan kacau hingga sebati
Masakkan di atas api hingga mendidih
Sentiasa kacau ya
Bila dah mendidih tutup api dan terus mengacau sehingga hilang wap panas
Tuangkan ke atas lapisan ketiga
Guna senduk ya
Sebelum tuang adunan cucuk2 cakar kan dengan lidi atas permukaan puding supaya puding kekal melekat di antara lapisan
Biarkan puding mengeras
Sejukkan di dalam petisejuk
.
NOTES
1. Guna serbuk agar2 puding akan jadi lebih firm dan mengeras serta tidak ber air
Tahan di suhu bilik agak lama
.
2. Jika nak guna loyang petak boleh guna size 8 @ 9
Boleh basahkan dulu acuan ya
.
3. Serbuk agar2 boleh di beli bakery dan kedai runcit
Jenama swallow globe
.
4.Gula boleh adjust ya ikut kemanisan masing2
Selamat mencuba ya😘


Nak belajar PJJCLASS ONLINE DAPURKAKZU BOLEH KE FB ZURAINI ALIAS II

No comments:

Post a Comment