sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 3 September 2014

Ikan bilis Cili api petai


Hai..!!
Saja saja hari ni sedikit free dapat la masak masak utk keluarga, amboii 3 jam gak laa masa utk memasak lauk pauk antaranye sambal sotong, ikan bilis ciliapi, lemak sayur pucuk manis, sayur bayam masak bening ( rebus ).
Kzu jarang dapat masak tengahari sbb sebuk dengan aktiviti kelas dan oder kek.Biasanye tengahari kami akan makan lauk bungkus je.
Saja nak share resepi yang kzu rasa semua pun tahu masak menu ni kan.

BAHAN BAHAN

Rm3 ikan bilis ( siang kan )
rm2 cili api ( sengenggam ) agak agak la kan kalo tak nak pedas
1 biji cili masak
2 labu bawang besar ( hiris )
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 keping asam keping
4 papan petai ( ambil isinya )
gula garam minyak secukupnya

CARA CARA

Goreng ikan bilis hingga garing. Toskan
Goreng bawang besar hingga layu. Ketepikan
Goreng petai sekejap. Ketepikan
Blender bahan  kering  ~ cili api,cili masak  belacan dan bawang putih
Tumis baham blender dengan lebihan minyak  gorengan tadi hingga garing
 Masukkan gula dan garam
Masukkan asam keping
Masukkan ikan bilis, bawang besar dan petai..Gaul sebati
Siapppp..!!




No comments:

Post a Comment