sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 10 April 2013

Jemput makan ~ menu kampung jadi pilihan

Ikan merah masak lemak
Pucuk ubi goreng
sup tahu lembik
sambal tempoyak
ikan masin & ulaman

 hai...

Sekali sekala dapat memasak kkzu tak akan lepaskan peluang makan bersama walaupun kini kami sangat jarang makan bersama sebab anak anak dah banyak urusan memasing dan kkzu juge agak sebuk di  DAPUR.
Menu kampung selalu menjadi pilhan kami sekelurga.
Bab pinggan lama ni kkzu ambil di rumah mak ,, dulu masa arwah opah ade ,, lagi banyak barang barang lama tetapi tak tau kemana hilangnye .
Semoga menu menu ini menjadi inspirasi kalau kebuntuan nak masak masak bile cuti nanti ye..insyaallah
Selamat menjamu seleraaaaaaa..


 Pucuk manis dan betik muda masak bening ( orang jawa tauu laaa kan )
sayur taugeh
ikan masin sepat
ikan tenggiri goreng
sambal belacan/belimbing


 Telur itik masak lemak cili api
ayam goreng berempah
pucuk ubi rebus & goreng
sambal belacan
ikan masin

Kerang rebus
ikan merah goreng
pucuk paku goreng cili api
sambal bacang
ikan masin gelama ( peveret kkzu tauu )



Ketam masak lemak cili api
terung kecik masak taucu
tauhu jepu goreng ber udang
sambal tempoyak
ikan masin & petai


ikan sardin sambal
telor goreng berinti ( telur bungkus )
sayur bayam cendawan masak bening


pucuk manis masak lemak putih campo labu
sotong goreng kunyit
ikan tenggiri goreng
ikan masin
ulaman & sambal belacan


ikan baung masak tempoyak
sayur taugeh goreng kicap
ikan masin bagok bersambal
sambal jering ikan bilis
sambal belacan


ketam masak lemak
sayur bening ( rebus )
sambal bacang
ikan tenggiri goreng
ikan masin

kerang rebus
ketam masak lemak cili api ( peveret gilerr kkzu tauu )
ulaman
ikan masin & sambal belacan


ikan bakar
sambal hijau
sayur kacang buncis goreng
sayur bening
ikan masin

telur ayam masak lemak cili api
ikan sadin berkuah
ulan kacang panjang
sambal belacan
ikan bilis goreng ber bawang


LALA tumis cili api
sup tauhu lembik & ayam ball
ikan merah goreng
tempe goreng
sambal belacan ( mesti mauuu )


Masak lemak putih pucuk manis campur keledek
LALA tumis cili api ( peveret anak anak kkzu ni )
ikan kembong goreng
ulaman & sambal belacan


Cara kkzu masak LALA..

1 kilo LALA
3 biji ulas bawang putih ~ tumbuk
20 biji cili api/padi ( ANGGARAN ) ~ tumbuk
sedikit belacan ~ tumbuk
3 biji bawang merah ~ tumbuk
sedikit serbuk kunyit ~ beri warna je
1 helai daun kunyit ~ carik carik
air secukupnye ~ buat kuah
gula dan garam secukup rasa laaa ye.

CARA CARA
Bahan tumbuk boleh di tumbuk sekali dalam lesong batu ( satukan bahan dan tumbuk hancur )
Tumis sedikit minyak ( 3 sudu besar ) dalam kuali
Masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan LALA,,kacau jap dan masukkan air
Masukkan daun kunyit , serbuk kunyit, garam dan gula.
Masak laaa LALA sehingga IANYE MASAK




Ikan kembong masak lemak cili api  pekat
sambal sotong
ikan berlada
ulam jantung
sambal belacan

RESEPI SAMBAL SOTONG

6 ekor sotong besar ~ di potong kecil kecil
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
* tumbuk kasar
1 cawan cili mesin
1/4 cawan cili sos
 garam dan gula secukup rasa
1 labu bawang besar ~ belah dua dan hiris

' Sang kan '  sotong dalam kuali sehingga sotong mengeluarkan air nye dan toskan.
Tumis bahan tumbuk dengan 1/2 cawan minyak, masak hingga naik bau
Masukkan cili mesin dan tumis sehingga cili menjadi garing.
Masukkan cili sos
Masukkan sotong dan sesuai kan rasa garam dan gulanye.


~~ SELAMAT MEMASAK DAN MENJAMU SELERA YE ~~

4 comments:

  1. Ayoo...semua sedap2 kak zu masak...tringat masakan emak..huaaa

    ReplyDelete
  2. SRC beselera sangat makan menu kg macam gini..sedap sangat.mau bertambah nasi lagi tu..hehe..

    ReplyDelete
  3. as salam k zu....nanti singgah umah ye amik award...

    ReplyDelete
  4. Sedappnyee k.zu...lama x makan lauk2 kmpung yg cenggini..hehe..

    ReplyDelete