sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 1 August 2012

lauk ramadhan


Menu simple dan serba ringkas aje untuk berbuka puasa.. Bukan ape kalau banyak sangat makanan memang takkan perabih.

ayam masak asam pedas
sup tauhu lembik dan fishball
ulaman
sambal belacan


SUP TAUHU LEMBIK

2 ketul tauhu lembik
1 peket bebola ikan @ ayam
daun bawang ~ hiris kecil
2 biji bawang kecil ~ hiris
2 biji bawang putih ~ hiris
lada putih
1 kiub ayam
air secukupnye

Tumis bawang kecil dan bawang putih dengan sedikit minyak
Masukkan air secukupnye dan kiub ayam
Bile dah gelegak masukkan bebola ikan dan tauhu lembik
Akhir sekali masukkan garam , bahan perasa dan lada putih
Tabur daun bawang.

Menu serba ringkas juge tapi yang paling menangkap selera , petai ngan sambal belacan lerrr.

lemak pucuk ubi
paru sambal
ikan kerisi goreng
ulaman
petai

LEMAK PUCUK UBI

1 ikat pucuk ubi ~ rebus dan potong kecil
4 cawan  santan sederhana pekat
20 biji cili api ~ tumbuk halus
2 biji bawang kecil ~ tumbuk halus
1 keping asam keping
serbuk kunyit
ikan bilis ~rendam sekejap dan tumbuk
1 batang serai ~ ketuk
garam dan gula

Satukan 3 cawan santan, ikan bilis, pucuk ubi,serai, cili api , bawang merah , asam keping dan serbuk kunyit
Masak hingga bahan bersatu dan gelegak.
Sesuaikan garam dan gula
Akhir sekali masukkan lebihan santan tadi dan masak sekejap lagi.


No comments:

Post a Comment