sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 20 March 2012

CARROT CAKES WALNUT versi 4


Antare kate kate dari Chef Ezani <  Bagi pendapat saya, resepi carrot cake ini adalah yang paling best sekali. Saya jumpa resepi ini semasa saya belajar di university dulu untuk saya buat kek hari jadi kawan saya. Selepas bertahun-tahun saya membuat kek ini, saya dah olahkan ikut cara saya sendiri. Untuk pengetahuan semua, kek ini lah yang membawa tuah kepada saya semasa ujibakat Masterchef :)


TAHNIAH BUAT JUARA MASTER CHEF  MALAYSIA NO I. ( Insyaallah kkzu menyimpan hajat nak jumpe master chef Malaysia ini , Kami duduk setaman seksyen je lain lain )

RESEPI SEPENUHNYE DARI CHEF EZANI ( Master Chef Malaysia )


Ayak semua bersama-sama dan ketepikan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda  

2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis                
1 sudu kecil garam



Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
4 biji telur
1  1/3 cawan gula
1 ½ cawan minyak sayuran
2 ¾ cawan lobak merak diparut
1 cawan kelapa kering
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar 
  

1. Panaskan oven ke suhu 165°c.
2. Sediakan bekas pembakar (resipi ini unutk kek 10x10inci atau 13x8inci,atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau  buat cupcakes! Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.




Aising cream cheese
200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
2 ½ cawan gula aising, diayak
1 sudu kecil esen vanila

1. Dengan pemukul elektrik, pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan aising kembang.
2. Ratakan aising ke atas kek.

* Nota:
Kek ini boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 2 minggu.

2 comments:

  1. kek carrot ni berat nye berape yer?

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap,
    Jemput ke blog saya www.rehanswardrobe.blogspot.com

    ReplyDelete