sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 27 April 2011

KEK LAPIS PANDAN




Aneka kek yang boleh kite hasilkan mengikut citerase.Kek layer pandan antare senarai kek lame yang telah ade kan.Mase zaman kkzu sekolah lagi kek ini dah di jual di kedai kedai kek.Mase zaman itu jarang sangat nak jumpe kedai kek melayu @ homemmade bakers seperti sekarang kan.


Rase kek yang lembut di tambah dengan bau pandan antare kek feveret . Tahan agak lame jike disimpan didalam petisejuk.Selalunye kkzu akan memenuhkan piring piring kecil dan akan di beri pade jiran jiran kkzu sorang sikit.






RUJUKAN : mat gebu / my resepi

KEK SPOUNGE..


• 5 biji telur Gred A 
• 160 g gula 
• 125 g tepung gandum* 
• 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 
• 75 g minyak jagung 
• 15 g ovallate 
• 1 camca teh paste pandan 
• 2 camca besar susu segar/cair
pewarne hijau

• BAHAN2 UNTUK KASTARD:- 
• 1050 gm santan (1 kotak santan ditambah air )
• 225 gm gula 
• 10 g serbuk jelly  (kakzu gune serbuk agar2 )
• 1 camca teh paste pandan 
• 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau) 
• 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis) 
• Secubit garam 
pewarne hijau

Cara-cara 


KEK


1. Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata. 

2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega. 

3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping. 

LAPISAN KASTARD:


1. Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

 
LANGKAH SETERUSNYA:


- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard. 


- Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering. 


- Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..

No comments:

Post a Comment