sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 29 October 2014

CEKODOK KEMBONG


CEKODOK KEMBONG

Sebenar nya kan kzu dah makan cekodok ni masa kkzu zaman bebudak sekolah lagi, bertahun dah cekodok kembong ni wujud, tapikan dah puluh tahun  juga tak buat cekodok kembong. Ade 2 resepi, 1 pakai air panas je 1 lagi pakai yis mauripan.
Masa nak bancuh dan bulat bulat kan cekodok ni , sorang sorang tanya , mak nak buat ape tu, alahai anak, mentang mentang lah mak hari hari dok buat kek, sekali sekali dok uli cekodok , pelik gamak nye deme.
Pada kzu sedap di makan waktu sejuk, kalo panas agak lembik isi dalam nya.

SUMBER :  ZUNAIDAH

BAHAN BAHAN

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat
sedikit garam

Satukan  kesemua bahan di atas, kacau sebati ( AKAN JADI SEPERTI DOH )
Biarkan suam jap
Basahkan tangan dan ambil sejemput doh cekodok, bulat bulat kan.Letak kan di atas kertas berminyak ( pembungkus nasi lemak kan berminyak ) atau masukkan terus ke dalam kuali.
Goreng sehingga kekuningan ( kacau selalu supaya masak sebati )


1 comment:

  1. simple resepinya kak..terasa nak cuba buat utk sarapan anak2 esok pagi:)

    ReplyDelete