sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 1 February 2013

Rainbow cake ~ kek pelangi

 hai...!!

Assalamualikum..

haaaaa teruja tak nengok kek yang berkaler kaler ini. Tak susah sangat nak buat nye cume memerlukan sedikit kesabaran nak meghasilkan nye hingge selesai siap sebiji kek.Wajib bakar satu persatu selama beberapa minit tetapi awas jangan over bake , nanti kek akan jadi kering dan bile dah siap bakar kesemuanye baru lah di letak topping yang pelbagai variasi topping boleh di realisasikan pada kek renbo ini.
Yang filling kaler hijau ( kiwi filling ) suke suka aje kkzu nak letak sebagai penambah warna.Boleh gune pelbagai versi kek tetapi kek renbo yang ini kkzu gune adunan butter cake dari blog kesayangan ramai  Mat Gebu. 
Terima kasih banyak ye mat GEBU, banyak resepi resepi mat gebu yang menjadi pilihan.
Kek ini menggunakan loyang 8 inci , kalau you ols nak gune loyang 9 boleh buat kiraan dengan menjadikan adunan ini satu adunan setengah.Tapi untuk resepi ni adelah sedikit godaman yang dibuat mengikut bahan bahan yang ade kat dapur dan kesesuain kek.
Kek yang menjadi pilihan ramai kalau nak celebrate majlis gempak gitu, bile terpotong aje kek tu mesti tetamu akan kate wahhhhh cantiknyeeeee,,gitu lah lebih kurang..heee
Jom kite mulakan membakar kek pelangi.


BAHAN BAHAN

300 gm butter ~ buttercup dalam tin emas ~ kalau nak gune jenama lain redah aje ye.
1 tsp gliserin ~ pelembab kek
200 gm gula castor
5 biji telur
1 tsp ovelette
1 tbsp esen vanilla
280 gm tepung superfine ~ ayak
1 tsp double action baking powder
20 ml susu segar

CARA CARA

Putar butter dan glicerin hingga kembang dan gebu ~ putar agak lama juge sebab takde kandungan gula di dalam nye.
Bile butter dah betul betul kembang masukkan tepung bercampur baking powder. Putar sekejap aje.
Dalam bekas lain putar telur, gula dan ovelette hingga kembang dan gebu putih serta likat pekat.
Satukan bahan butter dan adunan telur.Putar sebati tetapi  jangan lama sangat.
Masukkan esen vanilla dan susu segar.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap satu dengan kaler yang berlainan.~ jenis kaler yang di gunakan ialah kaler cecair.( ungu, biru, hijau tua, oren, kuning & merah )
Bakar satu lapisan selama 15 minit setiap satu atau bergantung pada kepanasan oven masing2.
Bakar sehingga habis 6 kaler.

Topping
Ade pelbagai topping yang boleh di gunakan.Antaranya freshcream, buutercream, cheesecream @ ape ape aje topping yang di sukai

A ) 100 gm lemon filling ( pilihan )

370 gm cheesecream
70 gm gula icing
Putar cheese dan gula icing hingga lembut

300 gm non dairy whipping anchor
Putar hingga kental

Satukan cheese dan whipping , adun  kaup balik hingga menjadi adunan yang sebati dan halus ~ awas ye topping ini alah dengan cuaca yang panas.
Untuk penggunaan lemon filling boleh masukkan kesemua filling ke dalam adunan cheese ( kaup balik bersama tadi ) atau campurkan dengan 150 gm adunan topping yang sudah siap dengan lemon filling untuk layer di lapisan kek sahaja. Selebihnye topping untuk sapuan luar kek.

B) 500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gula icing ~ ayak
Putar hingga adunan bersatu dan lembut

~ SELAMAT MENCUBE DARI DAPURKAKZU ~










3 comments:

  1. MESTI DI CUBA RESEPI INI.. SEDAPNYE...

    ReplyDelete
  2. kak zu..nk tanya..untuk topping, bahagian B tu digunakan untuk apa?sapu luar kek ke?

    ReplyDelete
  3. salam kak zue.. kalau dalam sukatan cawan camne ye? saya tak de penimbang .. huhu

    ReplyDelete