sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 24 November 2011

KEK BUAH KUKUS



Kali terakhir kakzu buat kek kukus ni hampir 20 tahun dulu...waaaaaa, lamemye, ingat lagi tuu mase tinggal kat sungai way, rumah kayu atap zink...kalau hujan setitk pun dah berbunyi atap tuu, seronok mase tu sebab tanggungjawap tak besar macam sekarang, mase tuu anak anak masih bayi dan penghuni rumah tak ramai macam sekarang.Sekarang lagi seronok sebab anak anak dah besar panjang.

Balik kepade cerite kek kukus ni, kakzu punye resepi tak tau entah kemane ghaibnye, ni kakzu teropong kat blog MAT GEBU, izinkan kakzu letak resepi kat sini ye MAT GEBU, blogger yang tersohor dan tak lokek berkongsi ilmu masakan..Nampak macam tak same jek kek nye..heheeeee...huaahuaahuaa....yang pasti ngukusnye 4 jam adek2 ku...dan khabarnye kek ni tahan berbulan bulan lamenye..

KEK BUAH KUKUS

BAHAN-BAHANNYA 

375 g buah2an campuran (mix fruit) 
250 g mentega @ BUTTER
300 g tepung gandum* 
1 camca teh sodium bicarbonate* 
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) 
3 biji telur gred A 
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar') 
150 g gula pasir (untuk gula hangus) 
1/4 cawan badam keping (flakes almond) kakzu tk letak
1 biji pala, diparut (nutmeg) kakzu tak letak


care care


Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. 


Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.

Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.

Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. 


Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....




2 comments:

  1. As'salam kak Zu fv dgn kek buah kukus...suka dgn baunya juga....nnt boleh lah cuba resepi ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak. Saya suka kek buah. Kalau nak oder nak tempah mcm mana ye?

    ReplyDelete