sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 19 June 2011

LIGHT CHEESE CAKE

macam iglu lerrr pun ade..


Haaaa inilah projek nak menghabiskan cheese pun ye, cheese cream ni kalau  di simpan dalam petisejuk biase kat romah kite ni tahan seminggu je, lepas tuu keluar ler kulat, daripade membazir kat tong sampah , baik ngap masuk mulut, jalan jalan  kat blog azlita aziz, terjumpe pulak resepi ni, eeeihhhh nengok bahan2 nye macam same jek dengan JJCC ( japanese cotton cheese cake ) cume sukatan dan bahan2 ade sikit beze, bile kek dah siap dan masuk ke mulut emmmm rupenye rasenye tak same. Kek ini lebih lembab dan soft. Kkzu tak deco2 pun sebab takat nak makan makan je..




Rujukan : azlita aziz

LIGHT CHEESE CAKE



Bahan-bahan

• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment