sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 10 August 2016

KEK LAPIS DURIAN COKLAT YANG AWESOME



n




Kak zu nak share resepi kek lapis durian yang awesome ni.
Resepi kkzu cedok dari FB tapi sory sangat tauuu sbb kkzu x tahu lak sape pengirim resepi ni sebab masa tu kkzu copy paste resepi
Apepun kkzu doakan pada pengirim resepi ni murah rezeki dunia akhirat
First trial dari kkzu...hurmmm seronok tak terkata sbb kkzu adelah peminat makan kek lapis.

KEK LAPIS DURIAN COKLAT

BAHAN BAHAN

10 biji telur grade A
150gm gula castor
1 tbsp ovalette
450gm butter
250 gm susu pekat manis
1 cawan isi durian dimesin halus dgn 90ml susu segar.
2 tsp esen vanilla (boleh guna esen durian)
2 tsp pewarna kuning
200 gm tepung hongkong*
50gm tepung jagung*
Bhn bertanda * diayak

CARA CARA
Telur, gula dan ovalette diputar hingga kembang dan pekat.
Dalam bekas lain putar butter, susu pekat dan esen vanilla hingga berkrim.Masukkan isi durian,dan gaul sebati. Masukkan adunan tepung sedikit sedikit ke dalam adunan butter
Satukan kedua bahan telur dan butter.
Masukkan pewarna kuning, sebatikan.
Masukkan 3 senduk kecil ke dalam loyang yng telah di gris pada DASAR loyang sahaja.. Lapik dengan kertas baking paper
Untuk lapisan pertama bakar guna api dan bawah selama 5 minit menggunakan loyang 8x8x3
Untuk lapisan kedua bakar selama minit menggunakan api ATAS sahaja
Ulang sehingga habis dengan menggunakan api ATAS sahaja
Untuk lapisan terakhir bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 20 minit

*Tekan padat dengan menggunakan penekap setiap lapisan selepas kek masak supaya kek menjadi padat
* Susun coklat button BERRYLS pada setiap lapisan ketiga dan tutup dahulu dengan adunan barulah kek di bakar utk menggelakkan coklat mencair
* Setiap lapisan membakar selama 5 minit sahaja ( bergantung pada oven masing masing )

~~ SELAMAT MENCUBA DARI DAPURKAKZU ~~




No comments:

Post a Comment