sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 12 July 2013

CORAT coret kkzu


Hai..

Assalamualaikum..

Dah masuk hari ketiga berpuasa,,kkzu agak terpeleot sikit dari landasan.Belom lagi rajin nak buat dan berxperimen koi raya buat tatapan.Lesu di bulan ramadhan,,tapi tu lahh kan  kalau badan rasa sihat sepanjang hari , tak macam lah orang berpuasa kan.
Esok sabtu ,  ahad dan selasa  ade kelas berjalan. Apa salahnya belajar buat kek di bulan ramadhan kan asalkan cukup tenaga nak mengodak mixer dan menahan nafsu dari bau bauan kek.Alah tuu orang yang buat koi raya buat jualan ok je kan..
KKzu lainnnnn,,kene simpan energy untuk aktiviti di surau dari solat isyaq hingga tengah malan. Bile lagi nak menambah ilmu kan kalau  bukan di bulan yang mulia ini..Insyaallah yang baik nya sambunglah sepanjang tahun.
Sebab tuu kkzu tak buat koi raya buat jualan sebab dah tahu badan kkzu takkan dapat menampung keletihan,,Bagilah pada mereke mereka yang masih kuat.Cuma oder kek untuk hari raya dah mula masuk,,insyaallah akan mula membaking berdikit dikit sebab kengkawan yang oder kek akan balik kampung tak serentak.Oder untuk bulan ramadhan pun ade,,kebetulan hari lahir tersayang jatuh pada bulan julai.
Insyaallah kkzu akan masukkan jadual belajar untuk lepas raya. Mungkin akan bermula 1 SEPTEMBER 2013.
Teringat kenangan lalu, masa anak anak kkzu masih kecik,,,kkzu dah menggetel karipap buat jualan.Seingat kkzu, kkzu dah jual maruku, biskut raya, nasi lemak , aiskrim malaysia, kueh kueh, mengasuh kanak kanak, menjahit langsir..akhirnya titik noktahnya kkzu dah jumpa ape yang kkzu suka iaitu buat KEK.Alhamdulillah allah telah kurniakan sedikit bakat buat hamba nya yang serba kekurangan ini.
Insyaallah cuti hari raya nanti kami akan pulang berhari raya di Ipoh dan Tanjung malim ( mertua ).Mungkin tak lama sangat sebab anak no 2 dan masuk kerje awal dan kkzu juga ade tempahan kek kawin seminggu lepas raya.
Apa..!!! rumah terbuka,,hahaaahahaa..setiap tahun tak pernah plan tetapi akan terjadi juga majlis makan makan untuk kejiranan kkzu yang memang ramai dan tamah ramah.Yang pasti  majlis untuk adik bradik dan ipar duai berasingan sebab kalau boleh datang beraya siap nak bergolek golek sekali,,baru lah meriah kan.
Haaaa apa...!! untuk rakan fb belom lagi plan sebab ramai sangat tetamunya...haaaa inysaallah kalau ade rezeki nak sangat jemput dan di jemput..

Ok laaa ya..kkzu sampai disini..esok dah mula masuk dapur setelah 3 hari bergolek golek sakan peluk bantal..hujan lak tuu  pagi pagi ,,adoiiii.







No comments:

Post a Comment