Friday, 24 August 2012
The Famous Amer Chocolate Chips Cookies
eeeeikkkk masih nak buat biskut raya lagi ke...hurrmmmm boleh juga kan kalau ade kelapangan masa yang terluang. Kkzu pun baru je menggoreng maruku, maklum lerr masa bulan ramadhan hari tuu badan tak berapa nak larat. Biskut ini pulak sebenarnye dah lama buat cume sekarang baru nak upload gambarnye serta resepinye sekali.Alah boleh aje buat bile bile masa untuk kudapan, tak semestinye masa raya aje kan.
Resepi kkzu cedok dari MAJALAH SAJI ogos dari CHEF AMER.
Boleh cube untuk mempelbagaikan koleksi biskut chips yang mempunyai pelbagai versi.
BAHAN BAHAN
250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 tsp esen vanilla
1 biji telur
1 telur kuning
60 gm almond nibs
40 gm oat
250 gm cip coklat
BAHAN AYAK
300 tepung gandum
10 gm serbuk koko
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonate
50 gm susu tepung
CARA CARA
Putar mentega ,gula, gula perang dan vanilla hingga sebati
Masukkan telur kuning, telur dan putar sebati
Masukkan campuran tepung
Masukkan kekacang, oat dan cip coklat , gaul sebati
Gaul doh hingge menjadi doh yang lembut
Sudukan adunan ke dalam loyang @ cubit cubit sebesar ibu jari
Bakar di dalam oven selama 20 minit pada suhu 170 c.
SELAMAT MENCUBE ~ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KKZU SEKELUARGA, SEMOGA ANDA CERIA CERIA SELALU DI SAMPING KELUARGA TERCINTA ~
Label:
Cookies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment