sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Cheese cake. Show all posts
Showing posts with label Cheese cake. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

Oreo Cheesecake

 hAI..!!
nAK Share resepi cheesecake yang pio cheese ni. Tanpa tepung , hanya cheese dan whipping bahan utama nye.Khas utk peminat cheese yang tegar okeh.
First time makan kat rumah ADIK kkzu sempene befday nye pada 31 ogos hari tu.Adik kkzu yng baking pada mulanye.Walhal kkzu memang tak berapa nak makan sangat pio cheesecake ni sbb rasenye yng agak kejam,hahaaa gitu.Tetapi rupenye sedap sihhh tapi awas ya hanya utk penggemar tegar cheese.Kek nye memang rendah ketot tetapi berbaloi la sbb makan tak perlu la seketol besar, memadai potongan yang kecil.Agak2 sebiji kek boleh makan 20 orng kalau tak pelahap la..hee




Mari semak bahan bahan nya

oreo cheesecake ( loyang base @ spring foam )

SUMBER ;  mybakingworksHOP

BASE BIKUT 
200 gm biskut oreo tanpa inti di hancurkan ( 2 peket )
50 gm butter anchor ( akak derhaka ckit ~ 80 gm butter )di cairkan
Satukan biskut dan butter , gaul rata
Tekan padat ke dalam loyamg 9inci @ 8 inci
Masukkan dalam petisejuk hingga keras ( cara sendiri )

BAHAN KEK
750 gm cheesecream ( philadhepia jadik pilhan )
130 gm gula castor
1./2 tsp esen vanilla
3 biji telur
200 gm uth whipping anchor
15 keping biskut oreo tanpa inti ~ belah 4 ( nak letak lebih pun boleh )

CARA CARA
 Putar cheese dan gula hingga lembut ( cheese dah di lembutkan pada suhu bilik )
Masukkan telur satu persatu , esen vanilla dan whipping cream
Akhir sekali masukkan biskut ( kaup balik sahaja )
Masukkan adunan kek ke dalam loyang tadi
Bakar dengan kaedah air di bawah ( steambath ) pada suhu 170 selama 1 jam ( kkzu bakar 1 jam 20 minit )
menggunakan api bawah sahaja.( gunakan air panas gelegak )
Setelah siap di bakar biarkan kek menyejuk di dalam oven.
Kemudian sejukkan kek didalam petisejuk beberapa jam sebelom di alihkan ke papan kek.

Untuk penyedap rasa boleh di hiaskan dengan ganache di atas kek.
200 gm coklat masakan ( berryls )
150 gm uht whipping cream
Masak atas double boiler dan biarkan gancahe memekat , baru tuang ke atas kek.

** kek di dalam gambar bersize 9 inci



 Kaedah yng kkzu gunakan utk membakar kek ini

Dibawah loyang kkzu telah meletakkan tungku besi.utk mengelakkan air masuk ke dalam loyang walaupun telah di balut dengan aluminium foil.

~ SELAMAT MENCUBE DARI dapurkakzu ~

Tuesday, 15 January 2013

Blueberry Oreo Cheesecake


hai..!!

jumpe lagi..

Mari kite makan cheesecake nak..!! untuk kkzu makan sepotong kecik cukup dah sebab pio cheesecake ni sangat lemak dan padu rasanye.Lagi satu resepi yang lain menggunakan ' meringue " sedikit berlainan versi dan rasa dan kek nye agak tinggi sedikit dari pio cheesecake ini tapi dari segi ketulenan nye ini memang pio. cume kite boleh laaa olah kan dengan menambah ape2 buah segar seperti strawberry @ blueberry di dalamnye.

Sumber : Dapurkakzu

BAHAN BAHAN

Base ~ tapak kek
180 gm biskut tiger ~ boleh juga nak tukar kepada biskut lain seperti digestive, lemak, marie
110 gm butter
50 gm almond nibs ~ pilihan
Cairkan butter dan masukkan biskut yang telah di hancurkan. Masukkan almond nibs.
Kacau sebati
Tekan padat di dalam loyang base ( loyang boleh buka ) size 9 inci.
Masukkan dalam petisejuk sebentar

500 gm creamcheese ~ pilihan kkzu philadhepia
2 cawan gula castor ~ boleh kurangkan pade yang tak suka sangat manis
2 biji telur
100 gm uht whipping cream anchor
40 gm tepung gandum
1 peket biskut oreo hitam ~ buang inti nye
1 tsp lemon jus ~ pilihan

Filling blueberry secukupnye ~ boleh juge gune filling berlainan seperti strawberry




CARA CARA

Biarkan creamcheese di suhu bilik beberapa jam.Bile cheese sudah lembut, putar kan cheese dengan gula castor hingga lembut.
Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati dan lembut
Masukkan jus lemon, whipping cream dan tepung gandum yang telah di ayak.
Masukkan biskut oreo yang telah di patahkan empat ~ kaup balik sahaja

Sediakan loyang yang telah berisi biskut tadi.
Letak sedikit filling dan ratakan pada atas biskut.
Masukkan kesemua adunan cheese.
Picitkan filling blueberry yang telah di masukan kedalam plastik piping ke atas adunan.. Lorekkan dengan mengunakan lidi.
Bakar selama 20 minit hingga 30 minit pada suhu 170 c.
Sejukkan kek dan boleh laaa di makan sambil tutup mata,

~ SELAMAT MENCUBE ~

~

Monday, 2 July 2012

Chocolate Orange Cheesecakes


You alls nak cube tak cheese cakes ini, uuuhhh tidak ,,, kkzu buat aje tapi makan ciput je sebab pioooo cheese tuu kek ni....ooowwww siape yang suke gilerrrr cheese boleh buat aaaarrrrr....

SUMBER : My Secret Recepies Book ( Chef Amy Heng )

BAHAN BAHAN
bahagian base
180 gm biskut tiger @ seangkatan dengannye ~ biskut lemak, digestive,marie
50 gm almond nibs
120 gm butter ~ cairkan

Satukan bahan dan tekan ke dalam loyang loose base tin 9 inci.
Masukkan dalam petisejuk sementara kite siapkan bahan kek

bahan kek
750 gm creamcheese
80 gm gula perang
250 gm coklat masakan ~ masak atas double boiler hingga cair
250 ml uht whipping cream
50 ml sunquick
30 gm tepung jagung
4 biji telur
2 biji parutan kulit limau ( oren )

CARA CARA

Putar creamcheese dan gula perang hingga lembut .
Masukkan whipping uht dan sunquick
Masukkan coklat masakan dan gaul sebati
Masukkan tepung jagung dan akhir sekali masukkan telur serta parutan kulit oren
Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi.
Bakar adunan cheesecake ini care double boiler selame 1 jam pade suhu 160 C.
Bile kek telah masak biarkan kek di dalam oven beberape jam.
Sejukkan kek di dalam petisejuk selama beberape jam lagi .

Tips ~ bile kek telah sejuk keluar kan dari loyang base dan tolak perlahan lahan ke papan kek.



CARE BEGINI ~ DALAM GAMBAR ~ TIDAK PERLU MEMBALUT LOYANG DENGAN ALUMINIUM FOIL DAN AKAN MENGHINDARKAN AIR DARI MASUK KE DALAM LOYANG KEK.


Monday, 26 March 2012

JAPANESE COTTON CHEESECAKES WITH TOPPING

Kek ini telah di oder oleh costemer kkzu dari UPM..Melihat kepade ayat power atas kek sudah pasti untuk yang tersayang kan.Sedap di makan bersame filling.


 Kek yang baru siap di bakar, belum pakai baju lagi. kek masih togel.Kek ini apebile di bakar akan naik tinggi tetapi apebile di keluarkan dari oven kek akan menurun sedikit.



Part ini yang paling penting dalam penghasilan japanese cotton cakes  iaitu MERINGUE iaitu adunan putih telur dan gula halus.Putar sehingga adunan tidah jatuh apebile di terbalikkan.Ramai yang tanye mengape kek mereke padat aje..inilan jawapannye..



Bahagian ini ialah campuran meringue dan adunan cheesecream.dan bahan bahan lain.Putar kaedah kaup 
balik sahaja.

by ; Chef zam
rujukan ; sasha rahmat

RESEPI NYE KLIK DI sini.


.

Wednesday, 16 November 2011

KEK KEJU DURIAN



Antare cheesecakes pilhan.Tak rugi mencube nye ,Insyaallah sedap tauu, bau dan rase duriannye walla pio. Kepade  peminat durian, inilah masenye mempelbagaikan buah durian anda...makan ketike sejuk sejuk..fffuhhh mesti makan sampai pejam mate...

BAHAN BAHAN

200 gm biskut digestive
100 gm butter
* hancurkan biskut dan masukkan butter cair.Kacau sebati dan tekan padat ke dalam loyang 7 x 7 .Sejukkan dalam petisejuk selame 20 minit.

25O gm cheesecream
250 gm non dairy whipping cream
250 gm isi durian
100 gm gula castor
2 sudu besar madu
2 tbsp gelatin halal
60 ml air panas

CARE CARE

1. Putar whippingcream hingge kental dan softpeak.Simpan dalam petisejuk sebentar
2. Putar cheesecream , gula dan isi durian hingge kembang dan lembut
3. Cairkan gelatin dengan air panas.Kacau hingge gelatin larut.Masukkan gelatin ke dalam adunan keju
4. Campurkan adunan keju dan whipping putar tadi dan kacau dengan kaedah kaup balik perlahan.
5. Tuang dunan ke dalam loyang loose tin yang boleh di buka bawah nye.
6. Simpan dalam petisejuk selame 5 jam.







Sunday, 19 June 2011

LIGHT CHEESE CAKE

macam iglu lerrr pun ade..


Haaaa inilah projek nak menghabiskan cheese pun ye, cheese cream ni kalau  di simpan dalam petisejuk biase kat romah kite ni tahan seminggu je, lepas tuu keluar ler kulat, daripade membazir kat tong sampah , baik ngap masuk mulut, jalan jalan  kat blog azlita aziz, terjumpe pulak resepi ni, eeeihhhh nengok bahan2 nye macam same jek dengan JJCC ( japanese cotton cheese cake ) cume sukatan dan bahan2 ade sikit beze, bile kek dah siap dan masuk ke mulut emmmm rupenye rasenye tak same. Kek ini lebih lembab dan soft. Kkzu tak deco2 pun sebab takat nak makan makan je..




Rujukan : azlita aziz

LIGHT CHEESE CAKE



Bahan-bahan

• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Friday, 17 June 2011

COTTON CHEESE CAKE WITH FRESHCREAM





Salam semua, lame kkzu tak masuk gambar baru kan, bukan tak masuk kedapor te tapi kkzu dok buat resepi ulangan, jadik takmo lerr dok tayang 2 kali kan...tapi kali ni kek ulang tayang jugak cume ade tambah topping, kkzu berani jamin kek ni memang sedap, insyaallah
Rase  cheese nye  tak lerr kejam sangat, ringan,soft dan tak muak, meh cube yek, kalau  rase malas nak begendang dengan mixer meh oder aje dengan kkzu ye.



Rujukan : Chef Zam
Rujukan : kongsiresepi

Gula Halus (140 gm)
Putih Telur (6 biji)
Cream of Tartar (1tsp )
Mentega (50 gm)
Krim Keju (250 gm)...cheese cream
Kuning Telur (6 biji)
Susu Segar (100 ml)
Jus Lemon (1 sudu besar) 
Tepung Kek (60 gm)
Tepung Jagung (20 gm)

Directions:

1. Cairkan krim keju, mentega dan susu di atas air (double boiler). Biarkan sejuk sedikit. Campurkan tepung jagung, tepung kek dan kacau sehingga ia sebati. Tambahkan kuning telur dan jus lemon.

2. Pukul putih telur dengan cream of tartar dan gula halus sehingga  kembang.Hingge jadik MERINGUE.

3. Campurkan 1 dan 2.Gune kaedah kaup balik aje.

4. Masukkan adunan ke dalam acuan yang disediakan dan ditabur tepung @ letak gris @ sedikit minyak dan lapik kertas.

5. bakar (steam bake) pada suhu 160'C selama 1 jam 10 minit.

TOPPING...
non dairy whipping cream 300 ml (putar di tempat yang sejuk ) putar hingge kental dan lepe (sapu ) aje pade kek.


*Kek dalam gambar gune loyang 9 sebeb nak letak topping.Kalau nak makan gitu2 aje sesuai loyang 7 @ 8.

Saturday, 28 May 2011

OREO CHEESECAKE



 Agak agak terliur tak nengok kek kek ini semua. Resepi dari KAK LIZA ini pastinye pilihan yang tepat untuk di cube. Kakzu sangat suke cheese cake yang satu ini sebab kek nye tinggi dan rase cheese nye yang ringan tetapi masih pio cheese.Tambah pulak rase oreo di dalamnye membuatkan kek ini sungguh istimewa.Di makan bersame blueberry filling @ strawberry filling menambah lagi keenakan kek ini.



 SUMBER : chef hanieliza

Bahan-bahan: 
200 gm biskut marie + 150 gm butter cair..@
200 gm biskut digestive + 100 gm butter

* Kisar kering biskut marie. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang. Sejukkan dalam petiais selama 20minit or so. 

Isian kek: 
500gm cream cheese 
80g gula halus 

60gm tepung gandum 
6 biji kuning telur 
200 gm whipping cream 

6 biji putih telur 
120gm gula halus 

250 gm pie blueberry filling (ade bijik2 skali )@ strawberi filling

Cara-cara: 
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati. 
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati. 
3. Masukkan 6 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati. 
4. Tambah WHIPPINGCREAM dan putar hingga licin. 
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang. Masukkan gula .dan putar lagi hingga kental
Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas.Kacau perlahan care kaedah kaup balik.Masukkan biskut oreo yang dibelah 4 dan dubuang intinye..
6. Sapukan inti strawberry (atau jem strawberry) ke atas dasar kek biskut marie tadi. 
Kemudian tuangkan adunan cream cheese. 
7. Bakar pada suhu 160 drj di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 60 minit atau sehingga kekuningan. 
8.Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau semalaman. 



notes : 1 peket oreo di belah 4 dan di buang krimnye di masukkan ke dalam adunan ini.
bagi pendapat kakzu, antare cheesekek PILIHAN...


Antare kek yang telah di tempah oleh costemer kkzu di kalangan rakan rakan facebook dan rakan setempat.


 Yang ini blueberry filling

Yang ini strawberry filling

Wednesday, 13 April 2011

CHILLED OREO CHESSECAKE




SUMBER ; kongsi resepi fb


chilled oreo cheesecake (unbaked )

dasar biskut
200 gm biskut digestive
100 gm butter
@
200 gm biskut marie
150 gm butter

cairkan butter dan gaul pde biskut yng telah dihancurkan.tekan kan keatas loyang size 7 @ 8...masukkan dalam petiais selame 20 minit.

bahan kek..

250 gm creamcheese
200 gm whipping cream
1 sudu kecil lemon emulco...sunquick pun bole...belasah je..kakzu tk letak sbb suke original.
11/2 sudu besar gelatin + 100 ml air panas...kacau hingge larut.
60 gm gula halus
biskut oreo 1 peket..hancurkan 3 suku peket je masukkan dalam adunan..buangkan krimnye....selebihnye buat deco2.
***care kakzu..masukkan dlm plastik n tumbuk ngan anak lesung...jdik hancurnye ade kasar2 skit...

care2...

putar whipping hingge jadik krim.
putar cis dngn gula hingge kembang..masukkan gelatin,lemon paste (kalo suke)..putar sebati.
campurkan whipping putar dan kaup balik perlahan..masukkan biskut oreo hancur tdi.
masukkan dlm loyang...8 inci
sejukkan dlm petiais hingge keras.

****bole hias ikut kreativiti...
****untuk rse yng lbih hebat bole lapiskan dngn strawbery @ blueberry filling n buah peach/strawberry/kiwi fruits

CHEESECAKE BLUEBERRY







SUMBER : mat gebu


BAHAN-BAHANNYA 

500 g cream cheese
50 g gula halus
200 g "whipping cream"
5 kuning telur
120 g tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
5 putih telur
100 g gula halus
Secubit cream of tartar (boleh ganti dengan 1 camca teh lemon jus)
1/2 cawan "blueberry segar"

BAHAN HIASAN 
200 g blueberry pie filling 

CARA MEMBUATNYA 


1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil .
2. Putar cream cheese bersama gula hingg lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga adunan licin dan tidak berbintil2. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. 3.Perlahankan speed, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
4. Dalam mangkuk yang bersih dan kering. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus (100g) dan cream of tartar atau jus lemon, terus memutar hingga adunan kental, tetapi tidak kejung .
5.Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik, hingga rata.  Tuang dalam tin dan bakar dengan kaedah "water bath" selama 90 minit.

6.  Biar kek sejuk dalam oven dengan cara merenggangkan pintu oven.
Simpan kek dalam peti sejuk 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Hias kek mengikut kreativiti anda. Simpan dalam peti sejuk.

Monday, 11 April 2011

UNBAKE STRAWBERY CHEESECAKE



Satu lagi resepi unbake cheesecake, sangat senang nak membuatnye, godek godek, dah siap.Cheese kek ini kalau tak masak @ istilah unbake rase keknye lebih kepade rase puding sikit berbanding cheese kek yang di masak.Oleh itu wajar kite menambah rase pade kek ini dengan meletakkan buah buahan segar atau filling yang di gemari.Menambah buah segar seperti strawberry atau buah peach akan membuat kan anda tak akan berhenti memakannye.Nak lagi nak lagi...nak lagi satu, tuuu diaaaaa 






BAHAN BAHAN



250 gram biskut marie 
125 gm butter
250 gram cream cheese

200 gram yogurt asli
200 gram whiping cream
50 gram gula halus
15 gram gelatin halal..1 tbsp
60 ml air panas
blueberry pie @ strawberry  filling

buah segar strawberry @ buah peach

cara:


1.Panaskan butter, hancurkan biskut kemudian gaulkan kedua2nya, masukan dlm loyang 8 cm , tekan2 biskut sampai padat, masuk dalam peti ais selame 30 mint.
2. Dalam bekas lain, putar cream cheese dengan gula sampai gebu, masukkan  whiping cream, putar lagi dan masuk kan yogurt

3. Masukkan gelatin yang telah dibancuh dengan air panas
dan  masuk kan ke dalam adunan cheese tadi.
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang ade base biskut tadi separuh dan susun buah segar dan fiiling.Tuang baki adunan hingge habis.
5.Sejukkan dalam petisejuk selame 4 jam dan boleh lah di hias mengikut kreativiti.

notes :jike filling terlalu pekat bole cairkan dengan sukatan ini.
250 gm filling
60 gm air panas
20 gm gula

kacau hingge sebati.( satukan air gula dahulu )

Saturday, 9 April 2011

STRAWBERY CHILLED CHEESECAKE

Anda suke cheese....lagi satu varisai cheesecake...unbake tak perlu dimasak...godak godak aje resepi ni...rase cheese nye tak la kejam sangat...ala ala rase icecrean skit...



STRAWBERY CHILLED CHEESECAKE

dasar biskut
200 gm biskut digestive
100 gm butter

cairkan butter dan gaul pde biskut yng telah dihancurkan.tekan kan keatas loyang size 9.masukkan dalam petiais selame 20 minit.

bahan kek..

250 gm ciskrim
200 gm whipping cream
1 sudu kecil lemon emulco...sunquick pun bole...belasah je
11/2 sudu besar gelatin + 100 ml air panas...kacau hingge larut.
60 gm gula halus
buah peach 1 tin
strawberry filling

putar whipping hingge jadik krim.
putar cis dngn gula hingge kembang..masukkan gelatin,lemon paste..putar sebati.
campurkan whipping putar dan kaup balik perlahan
masukkan dlm loyang...8 inci
sejukkan dlm petiais hingge keras.

****bole hias ikut kreativiti...
bole tambah buah lain2 jugak.


mule2 letak adunan..pastu letak filling ..tabur buah peach..letak adunan sampai abis..dalam adunan pun bole letak buah peach potong dadu.

Tuesday, 5 April 2011

BLUEBERRY CHEESE CAKES







Antare cheese cakes pilihan Kakzu...agak gebu dan lembut....

Bahan-bahan: 
200 gm biskut marie + 150 gm butter cair..@
200 gm biskut digestive + 100 gm butter

* Kisar kering biskut marie. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang. Sejukkan dalam petiais selama 20minit or so. 

Isian kek: 
250gm cream cheese 
40g gula halus 

30gm tepung gandum 
3 biji kuning telur 
150gm yogurt asli ...saye letak whipping cream 100 gm.

3 biji putih telur 
60gm gula halus 

250 gm pie blueberry filling (ade bijik2 skali )

Cara-cara: 
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati. 
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati. 
3. Masukkan 3 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati. 
4. Tambah yogurt asli dan putar hingga licin. 
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang. Masukkan gula 
dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas. 
6. Sapukan inti strawberry (atau jem strawberry) ke atas dasar kek biskut marie tadi. 
Kemudian tuangkan adunan cream cheese. 
7. Bakar pada suhu 160 drj di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 60 minit atau sehingga kekuningan. 
8.Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau semalaman. 

bgi pendapat kakzu..antare cheesekek pilihan.

STRAWBERY CHEESE CAKES...


Kakzu gelarkan kek ni pra pio cheese cake sebab rase cheesenye tk la kejam sangat....ade jugak penggemar kek yng tk sukakan bau cheese yng kuat kan...w/pun sebenarnye cheesecakes mempunyai rase yng unik..jom kite cube kek yng satu ni...


STRAWBERRY CHEESE CAKE ...resepi dari rakan KR...Annis Marianne

Bahan A -Base Biskut 
120 gm biskut chipsmore ...saye gune 200 gm oreo + 100 gm butter..( biskut marie n digestive pun bole)
2 s/b butter 

Cara 
1. Mesinkan halus biskut. 
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal. 
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak. 
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.... saye masuk dlm petiais je...20 minit

Bahan B - Filling 
250 gm krim keju 
70 gm butter 
120 gm fresh cream ..whipping cream
120 gm gula halus ..masukkan separuh pde putih telo..untuk meringue
50 gm tepung jagung 
30 gm tepung superfine 
1 s/teh esen vanilla 
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur] 
2 s/b blueberry filling ...strawberry pun bole

Topping: 
Filling blueberry.. saye gune strawberry
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek 
atau dalam tin dari supermarket. ] 

Cara: 
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ... 
2. Pukul putih telur sehingga naik gebu seperti buih sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyak atau air.] 
3. Pukulkan keju krim, butter, gula dan fresh cream/whipping cream sehingga gebu. 
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata. 
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung. 
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata. 
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan. 
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata. 
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base. 
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit 
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam. 
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi. 
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

****saye letak strawberry...
****untuk oven gas...letak air dibhgian bawah je..
**** bakar care double boiler
****dalam gamba loyang size 7.