sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts

Friday, 4 December 2020

NASI AYAM DAPURKAKZU


 

NASI AYAM KAKZU STYLE
Nampak je resepi panjang bejele tetapi mudah bebeno nak masak nasi ayam
Korang baca lerr resepi plan plan
Moh masak👨‍🍳

First sekali rebuskan seekor ayam ( belah 4 )
Rebus ayam hingga empuk
Nak tahu ayam tu dah masak @ belom lihat bahagian kaki peha ayam
Jika nampak dah pecah terbelah itu tandanya ayam dah cukup masak
Separuh air rebusan ayam di ambil utk di masak nasi dan separuh lagi untuk sup

BAHAN UNTUK NASI
4 tin susu beras
Air rebusan ayam secukupnye ~ sukat ikut 1 ruas jari ~ cara mak mak kite sukat air kan
Boleh tambah air biasa
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar butter @ planta
1 sudu besar garam ( secukup rasa )
2 helai daun pandan
4 biji bawang putih ~ cincang halus
Basuh beras hingga bersih
Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingge hancur
Campurkan kesemua bahan di atas dan butter kecuali bawang putih cincang ke dalam periuk ~ rice cooker
Tumis bawang putih cincang dengan sedikit minyak hingga garing dan masukkan ke dalam nasi
( ni rahsia nasi ayam jadi wangi )
Masukkan daun pandan
Masak nasi hingge masak ~ masak aje dalam rice cooker.
Sesuaikan rasa garam
Bila nasi dah masak karihkan dulu nasi dan tekan on skali lagi
Step ni supaya minyak dan bahan bahan terapung kat atas bersatu ke dalam nasi


BAHAN UNTUK AYAM
1 ekor ayam
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap manis
Setelah ayam di rebus toskan air nya
Perap ayam dengan sos tiram dan kicap selama setengah jam
Goreng ayam hingga keemasan dalam minyak panas ~ minyak penuh dalam kuali @ panggang dalam oven pada suhu 200 sehingga ayam nampak garing di luarnya


BAHAN SOS SPESEL DAPURKAKZU
1 cawan cili mesin
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan gula
1 cawan air
1 tbsp cuka makan
Blendkan bawang putih , bawang besar dan cili mesin
Campurkan kesemua bahan dan masak hingga kuah memekat dan hilang bau bawang
Sesuaikan rasa masin dan manis nya
Air boleh tambah ( adjust kepekatan )
Akhir sekali boleh masukkan cili api potong kecil


BAHAN KICAP SPESEL
1/2 cawan kicap manis
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 / 20 biji cili api
Goreng layu dahulu bawang putih , bawang besar & cili api
Satukan kesemua bahan dan blendkan
Tambah air dan adjust kepekatan kuah kicap
BAHAN SUP
Air rebusan ayam di rebus dengan kaki ayam
Tambah air ikut kesesuaian


BAHAN TUMIS SUP
3 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
10 biji cili api ( tumbuk halus )
3 bunga lawang
1 kulit kayu manis
4 buah pelaga
3 bunga cengkih
Tumiskan kesemua bahan hingga garing dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam air rebusan sup
Masukkan 2 helai daun pandan
( ni rahsia nak bagi sup wangi )
Sesuaikan rasa garam , asam keping dan lada sulah serta serbuk aji
Masa nak hidang sup boleh tapiskan segala rempah ratus
Biar sup tu nampak kosong & tabur daun sup/daun bawang





Notes
Sukatan bahan boleh ubah ikut tatabudibicara anda memasak ye👨‍🍳
Macam biasa nasi ayam harus ada salad , buah tomato & timun baru la ummpphh

Cili mesin ialah cili kering yng di masak @ rendam dalam air panas kemudian di blend


Friday, 27 April 2012

Nasi Beriani Melayu


KKzu tak nak ngomel ngomel hari ini..Street to the point kepade hidangan tengahari atau malam.Makan dengan ayam masak merah ke, ayam kurma ke, what ever laaa ya...Nasi beriani hidangan wajib seminggu sekali di dapurkakzu..

SUMBER ; DAPURKAKZU

BAHAN BAHAN

5 tin susu beras biase atau basmati
air secukupnye ~ untuk beras basmati air nye 6 tin susu ~ untuk beras biase sukat ikut satu setengah ruas jari.
1/2 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
3 sudu besar marjerin @ minyak sapi
1/2 cawan minyak
1 biji buah tomato ~ potong dadu
2 biji bawang besar ~ hiris kasar
5 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 inci halia ~ hiris nipis
2 ketul ayam ~ potong kecil
*4 kuntum bunga lawang
*1 batang kulit kayu manis
*4 kuntum bunga cengkih
*4 biji buah pelaga
* rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan ~ simpul
garam
pewarne kuning

* boleh tambah kismis @ buah gajus

CARE CARE

Basuh beras bersih.
Masukkan air secukupnye dan susu cair serta daun pandan
Masukkan minyak dan marjerin dalam kuali, tumis rempah 4 sekawan
Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia
Masukkan buah tomato , rempah beriani ~ tumis hingge naik bau
Masukkan ayam dan garam secukupnye.
Masukkan bahan tumis ke dalam nasi tadi dan masak hingge nasi masak ~ masak dalam rice cooker
Bile nasi telah kering renjiskan pewarne kuning dan bairkan seketike. Bile nak hidang baru di gaul nasi tersebut.
Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.






Wednesday, 25 April 2012

Nasi Ayam Sempoi


Nasi ayam sempoi

RUJUKAN ; Dapurkakzu

*Bahan untuk nasi
4 tin susu beras
air rebusan ayam secukupnye ~ sukat ikut 1 setengah ruas jari ~ care mak mak kite sukat air kan
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar planta / marjerin
1 sudu besar garam
2 helai daun pandan
2 biji bawang putih ~ cincang halus

Basuh beras hingge bersih
Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingge hancur
Campurkan kesemua bahan di atas kecuali bawang putih cincang ke dalam periuk ~ rice cooker
Tumis bawang putih cincang dengan sedikit minyak hingge garing dan masukkan ke dalam nasi
Masak nasi hingge masak ~ masak aje dalam rice cooker.

*Bahan ayam
1 ekor ayam
1/2 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap manis

Ayam di belah 4
Rebus ayam hingge empuk ~ lihat pade kaki paha ayam ~ jike bawahnye sudah pecah maknenye ayam sudah cukup masak ~ toskan ayam terlebih dahulu supaye apebile di goreng tidak memercik nanti.
Perap ayam dengan sos tiram dan kicap selame setengah jam
Goreng ayam hingge keemasan dalam minyak panas ~ minyak penuh dalam kuali

*Bahan sos
1 cawan cili mesin ~ mesin cili kering lebih kow
1/2 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan gula ~ boleh tambah kalau masih tak cukup manis
1 sudu besar garam
1/2 sudu kecil bahan perase
1 cawan air

Campurkan kesemua bahan dan masak hingge kuah memekat dan sos menjadi merah kehitaman
Sesuaikan rase masin dan manis nye.

*Bahan kicap
2 cawan air rebusan ayam
1/2 cawan kicap manis
1 biji bawang putih cincang

Tumis bawang putih cincang dengan sedikit minyak
Masukkan kicap dan air rebusan ayam
Masak hingge gelegak.

*Bahan sup

10 cawan air rebusan ayam
10 kaki ayam
1 sup bunjut ~ takde pun takpe
1 sudu besar lade putih berperise
garam
bahan perase

daun sup
daun bawang

Masak kesemua bahan dan sesuaikan rase nye

Wednesday, 18 January 2012

NASI LEMAK KAKZU



Nasi lemak kampung jadik pilihan menu hari ini. Nasib badan lerr menu tengahari sampai ke malam.Amik kau kalori tinggi hari ini.Esok pasti menu rebus rebus jadik pilihan sebab nak menstabilkan balik kalori yang masuk ke dalam badan hari ini.Sesekali pekena nasi lemak memang best, makan dulu baru diet eeeiihhhh...Kekadang heran jugak pade penjual nasi lemak kat bandaraya ni, gerainye depan pasar tapi sekor ikan bilis pun takde dalam pinggan, macam tak cukup sifat je nasi lemak kalau takde ikan bilis, kan kan...


SUMBER ; GOBOK BURUK


**RESEPI SAMBAL KAKZU


2 cawan cili mesin
3 ulas bawang putih tumbuk
1/2 cawan ikan bilis direndam dan tumbuk kasar
1/2 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar potong nipis
Sedikit belacan di tumbuk bersame ikan bilis
gula, garam dan serbuk perase
* boleh tambah air ikut kepekatan yang di sukai


CARE CARE
1. Tumis bawang putih dengan 1/2 cawan minyak hingge garing
2. Masukkan cili mesin dan tumis hingge cili garing
3 Masukkan gula dan sambal akan bertukar warne kehitaman
4. Masukkan air asam jawa, bawang besar , ikan bilis tumbuk dan sesuaikan garam dan gulanye.


**Resepi nasi lemak
3 put beras
santan ( sukatan agak2 )
gula 2 sudu besar
garam 1 sudu besar 
2 helai daun pandan
Campurkan kesemua bahan..masak sepeti biasa 







**Resepi ayam goreng berempah


1 /2 ekor ayam
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula


Gaul kesemua bahan dan perap 1 jam. Goreng hingge ayam kekuningan.

**Resepi ayam goreng cili
1/2 ekor ayam
2 sudu besar cili mesin
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula
Gaul, perap 1/2 jam....goreng hingga masak dan garing

Nasi lemak kampung jadik pilihan menu hari ini. Nasib badan lerr menu tengahari sampai ke malam.Amik kau kalori tinggi hari ini.Esok pasti menu rebus rebus jadik pilihan sebab nak menstabilkan balik kalori yang masuk ke dalam badan hari ini.Sesekali pekena nasi lemak memang best, makan dulu baru diet eeeiihhhh...Kekadang heran jugak pade penjual nasi lemak kat bandaraya ni, gerainye depan pasar tapi sekor ikan bilis pun takde dalam pinggan, macam tak cukup sifat je nasi lemak kalau takde ikan bilis, kan kan...


RESEPI SAMBAL KAKZU

2 cawan cili mesin
3 ulas bawang putih tumbuk
1/2 cawan ikan bilis direndam dan tumbuk kasar
1/2 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar potong nipis
Sedikit belacan di tumbuk bersame ikan bilis
gula, garam dan serbuk perase

CARE CARE
1. Tumis bawang putih dengan secawan minyak hingge garing
2. Masukkan cili mesin dan tumis hingge cili garing
3 Masukkan gula dan sambal akan bertukar warne kehitaman
4. Masukkan air asam jawa, bawang besar , ikan bilis tumbuk dan sesuaikan garam dan gulanye.



RESEPI NASI LEMAK

4 TIN SUSU BERAS
Santan secukupnye dari sebiji kelape
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
2 helai daun pandan

Basuh beras dan masukan kesemua bahan dan masak hingge nasi masak 


Resepi ayam goreng berempah

1 /2 ekor ayam
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Gaul kesemua bahan dan perap 1 jam. Goreng hingge ayam kekuningan.

Tuesday, 12 April 2011

NASI GORENG HOT MAMA



FUYOOOOO...hot mama eeeeihhhhh....Kalau malas nak masak  lauk pauk ,haaaaa inilah hidangan yang paling sesuai.Pedas pedas dan hot dek lade hitam dan cili api ketuk tuu.

bahan2

Semangkok nasi putih
2 sudu besar cili mesin
1 sudu kecil lade hitam
1 sudu kecil lade putih
4 ulas bawang putih ketuk
1 labu bawang besar hiris
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
Udang ,daging, isi ayam
1 biji telur

10 biji cili api di ketuk
Garam dan bahan perase

CARE CARE



1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingge naik bau.
2. Masukkan cili mesin dan masak hingge garing
3. Masukkan sos tiram,  rencah yng sepatutnye dan  masukkan telur, kacau sebati
4. Masukkan nasi putih,lade hitam,lade putih,bahan perase, garam dan akhir sekali masukkan kicap supaye nampak berkilat
5. Akhir sekali masukkan cili api ketuk.

NASI GORENG SERAI


Sekali cube pasti nak lagi .Ade kelainan dari segi rasenye.Zuriana latip yang ajar kkzu care care nak masak hidangan nasi goreng spesel ini.Ingat lagi mase kkzu dapat resepi ini, Kami same same aktif di wall kongsi resepi. Disitu lah kkzu bermula dan mengenali ramai kawan di situ dari seluruh pelusuk malaysia termasuk Singapore dan Brunei.


Rujukan ;  zuriana latip 

bahan2

Semangkok nasi putih
udang,sotong,isi ayam 
2 batang serai
1 inci belacan
10 biji cili padi
2 biji cili besar
2 sudu besar kicap
3 biji bawang kecil
1 biji telur

garam dan bahan perase


CARE CARE


1. Serai,belacan,cili,bawang kecik ditumbuk halus
2. Tumis bahan ni hingge garing
3. Masukan rencah,nasi dan  goreng hingge masak
4. Last sekali masukkan telur dan kicap.
5. Sesuaikan rase garam dan bahan perase.

NASI GORENG UDANG



Hidangan biase yang kalau tahap kemalasan melanda.Ape lagi kalau bukan hidangan nasi goreng.Bukan sembarangan tauu, kalau nak makan kat kedai dengan bilangan udang yang penuh pinggan macam ni mau berpuluh puluh ringgit sepinggan.Kalau tak percaye haaaa pegi oder nasi goreng udang memanjat nasi.Mesti kene cas lebey punye.Mari kite masuk dapor hari ini dengan hidangan nasi goreng sempoi.


RESEPI; GOBOK BURUK


Bahan bahan


semangkok nasi putih
2 sudu besar sos tiram
2 kiub ayam 
udang segar ( agak agak nak letak berape ekor, suke hati lah ye )
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar hiris
mix vegi @ karet dipotong dadu
10 biji cili api di ketuk
1 sudu kecil serbuk lade putih aji shio
1 sudu kecil serbuk lade hitam


care care


1. Tumis bawang dengan 1/4 cawan minyak, goreng hingge naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan kiub ayam.
3. Masukkan sayur mix vegi @ ape2 sayur yng anda suke.
4. Masukkan udang, gaul sekejapDAN masukkan nasi dan cili api.Goreng hingge masak.
5. Masukkan lade putih aji shio dan lade hitam.
6. Akhir sekali taburkan daun bawang dan bawang goreng.
7. Sesuaikan rase garamnye ( dah cukup masin nye sebab ade kandungan kiub ayam dan sos tiram )

NASI PAPRIK



Biase jumpe kat kedai kedai tomyam kan.Kalau kkzu makan kat kedai mule lah dok belek belek ape yang ade dalam hidangan ini dan bile balik rumah kkzu pun xperimen kat DAPURKAKZU.Bukan ape kalau masak sendiri boleh lah letak bahan rencah nye banyak sikit.Al maklum laaa, anak ramai kan, kuat makan pulak tu.Anak anak kkzu ade 4 orang semue nye dan semuenye lelaki.Mereke ini kalau keluar ke berjalan jalan ke mane mane, balik rumah tetap selongkar dapur jugak


RESEPI; GOBOK BURUK

bahan2

nasi putih

ayam,udang,sotong,daging..pilih jer ( kuantiti bergantung ye )
1 batang karet ( potong memanjang )
1 jambak bunge kobis
1 peket putik jagung
5 batang kacang panjang
10 biji cili api..ketuk
5 helai daun limau purut ( carik2 )
1 labu bawang besar holland ( hiris nipis  )
3 ulas bawang putih ( cincang )

sos
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos ikan ( kalau suke )

care2


1. Sayur di potong kecil kecil.

2. Tumis bawang putih dan masak hingge naik bau, masukkan sos satu persatu, masak kejap.Masukkan air secukup nye.
3. Masukkan sayuran dan ayam,udang dan sebagainye.
4. Sesuaikan rase garam dan gula nye.

5. Sukatan air ikut keperluan ye.