sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label cakes. Show all posts
Showing posts with label cakes. Show all posts

Friday, 21 October 2011

OPERA CAKE




OPERA CAKES..kek nye 6 lapis...ganage 4 lapis...gilerrr you makan kek nih...bile makan akan rase paste coffee dan coklat...dalam .keknye ade almond....gune whipping uht untuk mendapatkan kek kurang manis ye.Kakzu saje saje menerai kek yang lain dari yang lain ni...lepas tuu melobi kat anak anak suruh depe habiskan stok stok kek kat petisejuk.Kalau kek baru baru ngetest alhamdulillah makan habis lerr depe.Kadang kadang kkzu isi kat piring, boleh laaa jiran jiran meraese sorang sikit. Teringat juge kat adik adik kkzu kat kampung, kalau dekat boleh lerr depe merase.
Check out resepi kat link kat bawah ye...kkzu kesuntukan mase nak menyalin semula....resepi dari Kak Wan

ukuran kek..10 x 4...tinggi 4 "

recipenye sepenuh nye dari Kak Wan ( CITARASAWAN )

Monday, 10 October 2011

COCO MOUSSE a.k.a. COCO INDULGENT






Hari ni kkzu menambah kan berat badan lagi dengan menikmati kek yang lemak berkrim ni....heee...meh cobe..

RUJUKAN ; Puteri Manja


Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko ..larutkan dgn 120ml air suam ( gune susu segar lagi sedap )
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

***kene putar gune high speed baru kek akan naik tinggi

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara KAUP BALIK. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan..( KEK NI KKZU BELAH 2 AJE SBB UNTUK MAKAN2..KALO JUAL AKAN BELAH 3.. )

*********************************

• CHOCOLATE MOUSSE

200 GM COKLAT MASAKAN
1 1/2 SUDU BESAR GELATIN
100 ML AIR
3 BIJI TELUR PUTIH
3 BIJI TELUR KUNING
300 GM WHIPPING CREAM
60 GM GULA CASTOR

**SUKATAN INI UNTUK 2 LAPISAN KEK..KALO UNTUK 4 LAYER MOUSSE KENE TAMBAH SUKATAN YE )



1 . PENYEDIAAN MOUSSE. MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 100ML AIR. BIARKAN DALAM 5 MINIT HINGGE 10 MINIT.BILE DH KEMBANG CAIRKAN GELATIN GUNE KAEDAH DOUBLE BOILER...KACAU PERLAHAN.

2 . CAIRKAN COKLAT MASAKAN DENGAN KAEDAH 'DOUBLE BOWL' (GUNA 2 PERIUK, 1 PERIUK LETAK AIR DAN 1 PERIUK LETAK COKLAT. PERIUK YANG ADA COKLAT NI, LETAK PULAK KE DALAM PERIUK YG ADA AIR. KEMUDIAN PANASKAN SEHINGGA COKLAT CAIR).

3 . BILA COKLAT DAH CAIR, PADAMKAN API DAN KELUARKAN PERIUK
COKLAT DARI PERIUK YG ADA AIR TADI. MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT CAIR.MASUKKAN TELUR KUNING. KACAU SEHINGGE SEBATI DENGAN COKLAT TADI. BIARKAN SEKETIKE

4 . PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG ATAU SEHINGGA BERTANDUK.( KALAU DITERBALIKKAN BOWL, TELUR X JATUH). SAMBIL PUKUL TELUR TU, MASUKKAN GULA SIKIT DEMI SEDIKIT.

5. DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA JADI BTK KRIM.

6 . SATUKAN BAHAN 3,4 DAN 5....KAUP BALIK AJE ADUNAN NI....LAPISKAN PADE KEK IKUT KREATIVITI MASING2 YE....

******MASE NAK SUSUN KEK KKZU GUNE LOYANG BASE BOLE BUKAK.

Sunday, 8 May 2011

HAPPY MOTHERS DAY



KEK sempene hari IBU...INDULGENT CAKE


KKZU ucapkan SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUE....for my moms and my self also...

Wednesday, 13 April 2011

SPOUNGE CHOCOLATECAKE STRAWBERY



Topping nye sepenuhnye menggunakan freshcream.Rase nye tak muak dengan lapisan filling strawberry di dalamnye.
KKzu baking kek ini untuk jiran kkzu yang mahukan kek yang ade rase aiskrim sikit.

bahan2 untuk kek..

Bahan A
40gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
6 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
150gm gula kastor
195gm tepung naik sendiri
3/4 tsp baking powder
3/4 tsp soda bicarbonate
90ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
11/2 tsp esen vanila

Bahan B
6 biji putih telur
90gm gula kastor
3/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed. ( atau mix air, gula, minyak dan gula hingge kembang , baru masukkan tepung. )
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telangkupkan kek di atas redai

5. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 lapisan
  
TIPS ; selepas dikeluar dari oven terus masukkan dalam kotak bertutup, tujuannye untuk mengelakkan kek menjadik kering.


bahan2 topping..



1. 500 gm non dairy whipping cream
2. Putar non dairy whipping cream ( rich gold label ) hingge kental @ soft peak.
3. Potong kek kepade 3 bahagian dan lapiskan dengan freshcream dan filling straberry dan hias mengikut kreativiti masing masing.


Tips untuk menghasilkan coklat keping klik di sini .


Tuesday, 12 April 2011

CHOCOLATE INDULGENT



Kek coklat lagi versi indulgent...coklat indulgent...


DIADAPTASI DARI ; KAK WAN
RESEPI : GOBOK BURUK




CHOCLATE INDULGENT...

Chocolate Chiffon

Bahan A
45gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
6 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
150gm gula kastor
195gm tepung naik sendiri
3/4 tsp baking powder
3/4 tsp soda bicarbonate
90ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
11/2 tsp esen vanila

Bahan B
6 biji putih telur
90gm gula kastor
3/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.







Filling : Mousse Coklat Hitam :
300gm chocolate masakan hitam
3 kuning telur (di pukul dahulu)
3 putih telur (di putar hingga kembang)
90gm gula kastor
3/4 tbsp mentega
370ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp + 1/4 tsp gelatin
70ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.







Topping Coklat Ganache
250 ml Anchor whipping cream (tawar)
300gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). 
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, 
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.



~~  SELAMAT MENCUBE ~~

























Wednesday, 6 April 2011

ORANGES CAKES




Oranges cakes .Sedap di makan dan rase nye masam dan manis.Boleh di juga di letak buah buah limau segar di dalam nye.


spounge kek


Bahan kek:
(A)
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila 

2 tbsp oren paste dan 1 tbsp sunquick

(B) (untuk meringue)

5 biji putih telur
70 gm gula kastor

Cara buat kek:

1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.Akhir sekali masukkan paste oren.

2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.

4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.

5. Setelah masak, biarkan kek seketika di dalam oven. Sejuk sebelum terbalikkan. Setelah sejuk, bolehlah dipotong lintang 2-3 lapisan.




KTOPPING

1.500 gm WHIPPING CREAM RICH'S GOLD LABEL

2. Putar whipping hingge menjadik soft peak dan kental
3. Potong  kek kepade 3 bahagian
4. Lapiskan dengan whipping dan orange filling dan hias lah ikut care anda.

COCO MOUSSE BROWNIES

Nengok pun dah tahu coco mousse brownies lemak berkrim.Ade rase macam kek asikrim  .Harus di masukkan dalam petisejuk dan sedap di jadikan sebagai desert.


RUJUKAN : puteri manja


BAHAN BAHAN


KEK


• 90G BUTTER
• 130G GULA HALUS
• 2 BIJI TELUR
• 100G TEPUNG GANDUM
• 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
• 2 SUDU BESAR SERBUK KOKO

CARA-CARA

1.  PUKUL BUTTER DENGAN GULA SEHINGGA KEMBANG/PUTIH.
2. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR. PUKUL LAGI DALAM 3-4 MINIT.
3. AYAK TEPUNG, BAKING POWDER DAN SERBUK KOKO KE DALAM NO.2 TADI. KACAU RATA.
4. MASUKKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG. KEMUDIAN BAKAR DENGAN SUHU 190 DEGREE SELAMA 12-15 MINIT.
5. BILA DAH MASAK, KELUARKAN DARI OVEN DAN BIARKAN SEJUK.



ATAU


Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.




 CHOCOLATE MOUSSE

• 140G COKLAT MASAKAN
• 1 SUDU BESAR GELATIN
• 100ML AIR
• 2 BIJI TELUR PUTIH
• 200G WHIPPING CREAM
• 40G GULA HALUS
 * double kan adunan untuk mousse yang lebih tebal
CARA-CARA



 PENYEDIAAN MOUSSE


1.  MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 100ML AIR. BIARKAN DALAM 5 MINIT HINGGE 10 MINIT.BILE DH KEMBANG CAIRKAN GELATIN GUNE KAEDAH DOUBLE BOILER...KACAU PERLAHAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN DENGAN KAEDAH 'DOUBLE BOWL' (GUNA 2 PERIUK, 1 PERIUK LETAK AIR DAN 1 PERIUK LETAK COKLAT. PERIUK YANG ADA COKLAT NI, LETAK PULAK KE DALAM PERIUK YG ADA AIR. KEMUDIAN PANASKAN SEHINGGA COKLAT CAIR).
3. BILA COKLAT DAH CAIR, PADAMKAN API DAN KELUARKAN PERIUK COKLAT DARI PERIUK YG ADA AIR TADI. MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT CAIR. KACAU SEHINGGA GELATIN SEBATI DENGAN COKLAT TADI. BIARKAN SEHINGGA SEJUKKAN.
4 . PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG ATAU SEHINGGA BERTANDUK.( KALAU DITERBALIKKAN BOWL, TELUR X JATUH). SAMBIL PUKUL TELUR TU, MASUKKAN GULA SIKIT DEMI SEDIKIT.
5 . DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA JADI  KRIM.
6 . SATUKAN KESEMUA BAHAN DENGAN KAEDAH KAUP BALIK. KACAU PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA SEBATI. TUANGKAN ADUNAN INI KE DALAM LOYANG BROWNIES. SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEHINGGA MOUSSE KERAS DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN.
7 . SEBELUM DIHIDANGKAN TU, BOLEH DIHIAS DENGAN SERBUK KOKO DIPERMUKAAN MOUSSE



Tuesday, 5 April 2011

SPOUNGE CAKES STRAWBERRY



Kek yang sangat soft dan rase filling nye masam manis.Penambahan buah buah segar seperti strawberry dan buah peach akan membuat kan anda makan tak cukup sepotong.


SPOUNGE KEK
Bahan kek:



(A)
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila

(B) (untuk meringue)
5 biji putih telur
70 gm gula kastor

Cara buat kek:

1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.

2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.

4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.

5.  Setelah sejuk, bolehlah dipotong lintang 2-3 lapisan.

TOPPING..


1.500 gm WHIPPING CREAM RICH'S GOLD LABEL

2. Putar whipping hingge kental
3. Kek di potong 3 lapis.Layer kan kek dengan whipping dan filling.Hias lah ikut citarase anda.