sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 27 April 2011

SWISS ROLL KEK GULUNG KASIH


Semangat  nak mencube walaupun  pun tak berape nak comel..


RUJUKAN : dayang jack


Kek Gulung Kasih 

bahan-bahan :

70 g tepung gandum (diayak) 
1 sudu besar susu tepung 
3 biji telur A 
60 g gula kastor 
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung 
1 sudu kecil esen vanilla 
2 sudu kecil ovalette 
Pewarna merah, hijau dan kuning 

cara-cara :


1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 

2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 

3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 

Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.

4. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. 
Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya 
Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga. 

5. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. 

6.Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 

7.Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 

8.Gulung kek dengan kemas. 
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment