Showing posts with label masakan daging. Show all posts
Showing posts with label masakan daging. Show all posts
Tuesday, 10 November 2015
DAGING DENDENG
HAI...
Salam buat semua...
Ade sedikit waktu terluang malam cenggini, kkzu nak share resepi DAGING DENDENG resepi dari kakak ipar kakzu , lebih di kenali dengan nama Mak Anjang.Sangat pandai memasak dan masakan dari air tangan nya memang superb, masak ape pun sedapppp power gitu.
Actually menu ni di masak oleh anak kkzu Along @ Muhammad Ridhwan sebab nya kkzu sangat busy hari ni menyiapkan tempahan kek..kzu hanya beri arahan pada along step by step nak buat nya..
Pepagi kkzu tertanya lak, nak masak ape hari ni eeeikkk, kan cuti umum so kene la ade menu spesel kan, konon laa kzu boleh masak kan, pastu terpacul laaa perkataan DAGING DENDENG.Mak eeeihhh angkat tangan siap2 serender sbb x cukup masa...Along kata no problem, along masak...hahaaaa ok jalannnnnn...kebetulan along memang dah lama teringin nak makan menu ni ..MEH NAK SHARE ..
Resepi ini tahan lama dan insyaallah sedap , sesuai di makan dengan nasi panas2, lemang, pulut, ketupat dan mcm2 laaa..
DAGING DENDENG
1 kilo daging @ 11/2 kilo daging ( rebus, hiris nipis dan tumbuk leper )
1 kilo bawang besar ( hiris nipis dan goreng sehingga menjadi bawang goreng rangup )
9 batang serai ( hiris nipis dan goreng hingga kekuningan
*6 ulas bawang putih
*2 inci halia
*1 labu bawang besar
* 2 inci lengkuas
BAHAN * di blender
1 botol kecil kicap MANIS kipas udang
1 cawan cili mesin
air asam jawa
CARA CARA
1 Goreng sebentar daging tadi dengan sedikit minyak ( pilihan ~ x goreng pun boleh )
2 Masukkan minyak, Tumis bahan blender dan cili mesin hingga naik bau dan garing ( jika ade minyak menakung boleh buangkan )
3 Setelah cili sudah cukup masak , masukkan air asam jawa dan kicap ( habis kan ) Pekat kan kuah dahulu
4 Setelah kuah pekat masukkan daging, bawang goreng, serai goreng. Gaul rata
5.Sesuaikan rasa nya ( manis dan masin sudah ade dalam kicap )
6 Siap utk di HIDANG
# Nak pedas boleh tambah kan cili padi dan tambahan sukatan cili mesin
Friday, 26 October 2012
Daging goreng manis
Hai..
Assalamualaikum..
Selamat hari raya aidil adha buat semua umat islam seluruh dunia.
Ape kata tambah 1 lagi hidangan atas meja dengan hidangan daging goreng manis ni disamping hidangan wajib rendang ayam @ daging.
Insyaallah di tempat kkzu di bandar bukit mahkota akan melakukan ibadah korban pada esok hari sabtu di perkarangan surau al mujahirin.Tahun ini kami para kumpulan muslimah di tugaskan untuk memasak sup tulang dan gulai kawah, manakala kaum lelaki di tugaskan untuk menyembelih dan memotong daging dan di agihkan kepada seluruh penduduk sekitar, Saban tahun bilangan lembu yang akan di korban kan bertambah nampaknye. Tahun ini adelah yang paling banyak iaitu sebanyak 8 ekor lembu.Alhamdulillah.
Daging goreng manis
800 gm daging ~ hiris nipis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/ 2 cawan kicap manis
1/2 cawan cili mesin
2 labu bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
2 inci halia ~ hiris
2 biji cili masak ~ hiris memanjang
minyak untuk menumis
Basuh dan hiris daging
Perap daging dengan garam, gula dan serbuk kunyit selama 1 jam @ lebih
Panaskan minyak dan tumis daging yang di perap tadi. Kecilkan API dan masak sehingga daging empuk. ~ tutup kuali supaya daging masak dengan cepat dan berjus , tidak perlu masukkan air.
Setelah daging empuk masukkan cili mesin, gaul beberape minit.
Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih, gaul rata.
Masukkan kicap manis dan cili masak.
Gaul sebati dan boleh laaa di hidang bersama nasi panas.
Friday, 22 April 2011
ASAM PEDAS DAGING KAKZU STYLE
RESEPI; GOBOK BURUK
Asam pedas yang popular pasti datang dari negeri melaka.Kalau jalan jalan ke Melaka tak pekene asam pasas kepala ikan rugi wooo.Kkzu pun ade asam pedas jugak.Asam pedas aloha namenye ...ngeeeeee..
bahan bahan
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang kecik
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
2 cawan cili mesin
1 sudu kecil kunyit hidup @ kunyit serbuk
*1 inci belacan
daun kesum
bunga kantan
2 batang serai
2 biji ubi kentang
air asam jawa secukup nye.
1. Blender semua bawang dan halia termasuk belacan.
2. Tumis bahan blender dengan 1 cawan minyak hingge naik bau, masukkan cili mesin dan tumis hingge garing dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan air.Masak hingge daging empuk.Semase daging separuh masak masukkan ubi kentang.
4. Masukkan serai, bunga kantan, daun kesum, air asam jawa , serbuk kunyit dan sesuaikan rase garam dan gula nye.
notes; sukatan air bergantung pade kepekatan yang anda suke.
DAGING MASAK LEMAK CILI API
Ade aje masakan bercili api, haaa itulah kegemaran kami sekeluarge
bahan bahan
800 gm daging lembu
3 cawan santan cair
1 cwan santan pekat
3 biji ubi kentang di belah 4
2 batang serai dititk
1 ikat daun kesum
*20 biji cili api
*5 biji bawang kecil
1 sudu kecil lade putih
2 keping asam keping
care2
1. Rebus ubi kentang dan daging bersame santan cair hingge empuk.
2. Bahan * ditumbuk hancur
3. Bile daging telah empuk,,masukkan kesemua bahan dan sesuaikan rase masin, masam dan manisnye.
4.Akhir sekali masukkan daun kesum.
DAGING CILIAPI PETAI
Resepi ini di ajar oleh mak mertua kkzu dan menjadi antare lauk kegemaran anak anak kkzu.Lagi pedas lagi kow kow.
resepi; gobok buruk
BAHAN BAHAN
800 gm daging lembu
4 papan isi petai
30 biji cili api
1 biji bawang besar
5 biji bawang kecil
1 keping asam keping
1 inci belacan
5 batang kacang panjang
CARE CARE
1.Tumbuk cili api, bawang besar , belacan dan bawang putih hingge hancur.
2. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bahan tumbuk hingge garing.
3.Masukkan daging dan masak hingge daging empuk ( kalau daging masih liat boleh masukkan sedikit air )
5. Masukkan asam keping, petai dan kacang panjang.
6. Sesuaikan rase garam dan gula nye.
SUP TULANG
SUP TULANG
bahan2
tulang lembu..pelakon utame tuu
bawang besar
bawang kecik
halia
bawang putih
ubi kentang ( untuk memekatkan kuah )
***smue bahan2 ni blend
serbuk lade hitam
kulit kayu manis
bunge lawang
buah pelage
sup bunjut
**sukatannye agak2 je ye...
care
rebus tulang sampai empuk dlu...pastu masukkan kesemua bahan yng di blend tadi...bile dah gelegak..masukkn rempah empat sekawan tu...sup bunjut .serbuk lade hitam...asam keping..aji..garam.
last sekali gorengkan bawang kecik..masukkan panas2 ngan minyaknye sekali..jngn lupe daun sup dan daun bawang
*** petua nak mengempukkan daging...masukkan sudu makan kedalam rebusan...@ ade petue lain ..meh meh kongsi...
Thursday, 21 April 2011
DALCA KARI SAMBA
va va va kari india yang mabeles.Kakzu suke kari samba ni sebab rasenye ade ciri2 kari india.Kite panggil kari dalca lerrr, sungguh mudah nak masaknye.Tidak perlu menumis, care memasak nye ialah kaedah merebus.
RESEPI ; GOBOK BURUK
BAHAN BAHAN
1 bungkus rempah kari sambar cap babas..bancuh ngan air
2 biji ubi kentang ( belah 2 )
1 biji karet ( potong memanjang )
2 biji terung bulat (belah 4 )
2 biji buah tomato ( belah 4 )
10 batang kacang panjang ( potong2 )
5 biji pisang minyak ( potong2 )
daun kari
2 biji bawang besar ( belah 4 )
500 gm daging cincang ( rebus hingge lembut )@ 5 kepak ayam
1/2 cawan kacang dal ( rebus hingge empuk )
2 cawan santan
air
2 sudu besar serbuk cili
bunge lawang
kulit kayu manis
buah pelage
bunge cengkih
bahan hiris
5 biji bawang kecil
2 inci halia
5 biji bawang putih
care2
1. Rebus kacang dal hingge empuk dan tapiskan. Dalam periuk rebuskan juga ubi kentang dan karet hingge empuk.
2. Campurkan daging dan kesemua sayuran kecuali kacang panjang dan tomato.
3. Masukkan air (secukupnye untuk kuah ), serbuk kari,serbuk cili dan masak hingge gelegak.Masukkan bawang besar, daun kari,santan,asam keping,kacang panjang,buah tomato,kulit kayu manis,buah pelage,bunge lawang,bunge cengkeh.
4. Sesuaikan rase garamnye.
5. Akhir sekali gorengkan bahan hiris hingge kekuningan DAN masukkan panas2 kedalam gulai tadi termasuk minyaknye sekali.Akhir sekali masukkan daun pudina @ daun saderi.
DAGING RENDANG HITAM

Ini adelah resepi sepesel kkzu yang menjadi feveret kami sekeluarge.Ade seakan akan rase seperti rendang tok dari negeri Perak.Rasenye yang manis manis pedas dan sangat sesuai kalau di makan dengan nasi panas @ pulut kuning
bahan2
daging 800 gm @ sekilo
1/2 cawan kicap manis
3 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar gula
2 helai daun kunyit ( carikkan )
bahan kisar
2 biji bawang besar
5 biji bawang kecil
2 inci halia
2 sudu besar jintan halus
2 sudu besar jintan kasar
kerisik 3/4 cawan
care2
1. Perap daging bersame bahan kisar dan kicap manis selame 4 jam
2. Panaskan 1/2 cawan minyak.Tumis daging dan masak daging dengan api perlahan tanpe memasukkan air. Masak hingge daging lembut.
3. Masukkan daun kunyit dan kerisik
4. Sesuaikan rase garam nye.
Subscribe to:
Posts (Atom)







