sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label makanan barat /ROTI. Show all posts
Showing posts with label makanan barat /ROTI. Show all posts

Monday, 1 August 2016

TUNA SANDWICH kkzu STYLE


Demam Sandwich ke tu !!!!!
Bukak wall sana sini bersepah gambar SANDWICH, macammana laaaa air liur tak meleleh di buat nya kan.
Kalau rajin buat sendiri, kalau malas boleh oder sebab ramai yang dah open oder...
Macam macam versi & style cara nak buat sandwich VIRAL ini..

Ni kkzu share resepi SANDWICH kkzu style ...

RUJUKAN DARI :AZLITA AZIZ

BAHAN BAHAN

1 buku roti gardenia @ whatever roti yng di sukai
1 tin tuna
3 sudu makan mayonese
3 sudu makan thousand ireland
1 labu kecil bawang holland ~ potong dadu
1 cili masak @ capsicum ~ potong dadu
1/2 tsp serbuk lada hitam
2 biji telur rebus ~ lecek bagi hancur ( penyedap dan melemak kan lagi sandwich )

KESEMUA BAHAN SI SATUKAN  & DI GAUL SEBATI

garam & air perahan lemon @ limau ~ pilihan jika suka
daun salad & tomato hiris ~ utk lapisan dalam

CARA CARA
Roti di buang kulit tepi kiri dan kanan
Sapu roti dengan sedikit mentega
Letak daun daun salad & tomato hiris
Letak adunan tuna
letak roti di atas nya

SELAMAT MENCUBA



Thursday, 22 November 2012

Berger Bako ~ bakar


Hai..
Assalamualaikum..!!

Waktu menyediakan berger  bako ni oleh anak kkzu Along, kkzu dok sebuk buat kek tempahan, makanye kan semuanye  along buat, bile dah siap penyediaannye , alamakkkkk besepah kau dapo kkzu, adooii, takpe along , yang penting ghajin ghajin masuk dapo dan masak macam macam  menu ye...mak ni dah laaa jarang jarang masak lauk pauk dah, bukannye malas tapi sangat kesuntukan masa...adooo mengalahkan menteri lagi tuu.......

Bile nak buat lagi tuuuuu along..!!


Sumber : Ridhwan

BAHAN BAHAN BERGER BAKO

2 peket daging cincang ~ ramly @ ape2 jenama pun boleh laaa.

1 labu bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih ~ tumbuk halus
1 sudu besar paprika ~ serbuk cili pun boleh laa
5 sudu besar sos blackpepper ~ beli jek jenama ' life '
Daun saderi @ daun sup ~ racik halus
Daun bawang ~ racik halus
5 keping biskut lemak ~ tumbuk halus
1sudu kecil rempah lima ~ alamak lupe  nak beli ~ letak mix herb
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur ~ supaya berger tuu melekat tak lerai wookey
garam dan gula secukup rasa.

Daging tuu lerai leraikan dalam mangkuk.

Satukan aje kesemua bahan dan bulat bulat dan leperkan sedikit membentuk seperti daging berger.
Perapkan selama 1 jam.
Bakar kat atas arang sehingga cukup masak.
Semasa membakar sapukan sedikit sos barbeque dan  letak sedikit cheese cheddar di atasnye.




Sediakan roti berger atas piring
Letak sos blackpeper dan sos thousand island
Letak salad @ tomato @ bawang besar hiris @ timun @  ape ape laaa nak tambah ye.
Letak daging berselang seli dengan cheese cheddar ~ sukahati nak letak berapa tingkat ye.
Tambah kan juga sos barbeque berselang seli dengan berger tuu .Nak sedap lagi tambah sos cheese.
Yang penting daging berger tuu di bako sendiri atas arang ye....
Yang paling penting lagi cucuk kat atas sekali ngan lidi sate, kalo tak pasti berger bako ni runtuh weeihhh.

** atau ikut aje citarasa nak melapiskan berger tuu ye,,yang penting semua sos tuu ade.

RESEPI SOS BARBEQUE


2 sudu besar butter ~ menumis

1/2 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
2 sudu besar cili mesin
kicap ~ sekadar warna sedikit kegelapan
1 labu bawang besar ~ dadu
1/2 biji bawang besar ~ tumbuk
4 ulas bawang putih ~ tumbuk
1 biji buah tomatao ~ potong dadu
2 sudu besar sos blackpepper
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa.

Tumis butter dalam kuali

Masukkan bawang putih dan bawang besar yang di tumbuk halus
Masukkan cili mesin, tomato sos, cili sos, sos blackpepper, kicap dan kiub ayam. Kacau sebati
Masukkan tomato dan bawang cincang
Sesuaikan rasa garam dan gulanye, ` GARAM TAKYAH LETAK PUN TKPE SEBAB SOS TU DAH MASIN KAN.
Masak laaaa hingga sos sesedap rasa ye kome..

** bahan tumbuk tuu boleh aje nak di blender kan ye **

** bahan bahan juge sesedap rasa **





sllluurrrppppp !!


yeaaahhhh kasi bako ..!!

Tuesday, 13 November 2012

Lasagnia kkzu style

 hai
Assalamualaikum,,

Lasagnia yang kkzu buat ni bersize 11 inci tau, memang besar sangat. Sebab nye anak anak kkzu memang suke laaaa sangat makan ape2 masakan yang ade letak  cis yang di bakar. Amik kau sekali hadap je dan ade lerrr lebih sesikit , simpan , panaskan semula dan makan belah pagi lak. Yang ni depe makan malam malam.


Jom semak resepinye...
Kkzu tak gune kepingan lasagnia tetapi  di gantikan dengan  macaroni berbentuk straw @ boleh je gune ape2 bentuk macaroni pun boleh . Kalau gune macaroni lebih cepat kenyang.





BAHAN BAHAN

 A ) 3/4 peket macaroni @ kepingan lasagnia

Rebus macaroni dengan air yang di campur 3 sudu besar minyak masak selama 10 minit.
Toskan airnye.




B) INTI  DAGING

1 tin sos  spagheti  ~ tradisional
1 peket daging cincang ~ RAMLY ~ atau ape2 jenama pun boleh ~ nak sedap letak laa daging lebih lebih sikit.
2 biji bawang holand ~ cincang dadu ~ kalau takde gune bawang besar biasa pun boleh
2 ulas bawang putih ~ cincang
1/2 batang karet ~ potong dadu
2 biji buah tomato ~ potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau dan merah
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil lada putih
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar  butter dan sedikit minyak
* boleh je kalau nak tambah cendawan butang.

Masukkan minyak dan butter ke dalam kuali. ~ sukatannnye agak2 untuk menumis sahaja
Tumiskan bawang putih dan bawang holand, kacau jap.
Masukkan cili mesin,  kacau kacau jap , pastu masukkan rempah kari, kacau hingga garing sedikit.
Pastu masukkan karet, lada benggala, tomata cincang dan daging kisar.Kacau sebati dan masak hingge daging tersebut masak secukupnye.
Akhir sekali masukkan garam, gula dan lada putih secukup rasa.



C) SOS PUTIH

500 ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk lada hitam
garam dan serbuk perasa secukupnye.

Masak kesemua  bahan ini diatas api yang perlahan hingge pekat menggunakan api sederhana.


D) 250 gm  Cheese mozarella
     125 gm cheese cheddar


JOM KITE MELAYER LASAGNIA.

1. Susun macaroni @ kepingan lasagnia
2. Letak inti daging
3. Letak sos putih
4. Taburkan sedikit cheese mozarella.
5. Ulang hingge habis dengan susunan di atas
6. Taburkan kedua dua jenis cheese sehingga menutupi keseluruhan permukaan.
7. Bakar selama 45 minit pada suhu 200 C menggunakan api atas bawah @ sehingga cheese menjadi garing keperangan.

** Alas loyang dengan aluminium foil @ sapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.


Wednesday, 20 April 2011

ROTI BAI...



Jadi juga roti ni, teringin jugak la nak menguli roti sebab tergoda juge ape bile melihat   ramai member member KR dok menguli roti, geramm lerrr jugak rasenye..
Resepi di cedok dari  buku masak lame yang memang tersimpan lame dahhhh tetapi tak pernah buat pun, inilah  sekali seumor hidup buat roti tauu...

bahan2

500 gm tepung gandum
1 peket mauripan
3/4 cawan gula
air suam 1 1/4 cawan (bancuh dengan gula tu...jadikan air gula untuk membancuh roti nanti )
garam 1 sudu kecil
telur 1 biji
marjerin 2 sudu besar
shortening/lemak sayur 2 sudu besar
3 sudu besar susu tepung


CARE CARE

1. Gaul tepung dengan mauripan,garam dan susu tepung, masukkan telur dan air gula suam tadi..Masukkan air sedikit demi sedikit.
2. Uli hingge sebati baru masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingge lembut dan sebati.
3. Biarkan doh naik sekali ganda, tutup dengan kain basah
4. Bulat bulat kan ikut nak besar mane dan susun dalam loyang, biarkan naik lagi sekali ganda .
5. Bakar suhu 180 selama mane roti tu masak. ( gune api atas bawah ) ,untuk roti bai ni masaknye agak lame sikit berbanding dengn roti sausage tuu, bile bhgian atas dah keperangan tutup api atas, teruskan membakar gune api bawah je sampai roti masak.

notes ;sapu loyang dengan marjerin 
           sebelum bakar sapu roti dengan telur kuning + 1 sudu                     
           besar susu cair, selepas dibakar sapu dengan marjerin                   .




KENTANG PUTAR



BAHAN BAHAN


10 BIJI UBI KENTANG
250 ML SUSU SEGAR ( MASUKKAN SEDIKIT2 )
1 SUDU BESAR  LADE PUTIH
2 SUDU BESAR BUTTER
GARAM SECUKUP RASE


1. REBUS KENTANG HINGGE EMPUK, TOSKAN AIRNYE  DAN LECEK HINGGE HANCUR DAN HALUS
2. MASUKKAN BUTTER, GARAM, LADA PUTIH DAN SUSU SEGAR, KACAU SAMPAI NAMPAK BERKILAT.
3. JIKE KENTANG NAMPAK TAK MELEKAT BOLEH TAMBAHKAN SEDIKIR BUTTER LAGI.

GRAVY:
2 SUDU SOS TIRAM
2 SUDU STOK AYAM/ KIUB AYAM
2 SUDU TEPUNG GANDUM (BANCUH DENGAN AIR)
1 SUDU KECIL LADA PUTIH
1 SUDU BESAR  KICAP PEKAT


MASAK SEMUA BAHAN DGN 3 GELAS AIR @ IKUT KEPEKATAN YANG SESUAI
MASAK HINGGE KUAH MEMEKAT DAN MENDIDIH


LASAGNIA...







bahan bahan

bahan A
Kepingan lasagnia direbus dalam air yng dicampur sedikit minyak..angkat dan toskan

bahan B
inti daging...
daging kisar
2 biji labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
2 sudu kecil lade hitam
1 tin sos spagheti( tin kecil)
2 sudu besar rempah kari
1 tin cendawan butang hiris nipis
gula dan garam

care2 nyer
1.Tumis bawang, masukkan cili mesin,rempah kari,sos spagheti, kacau sebati dan masak sebentar

2. Masukkan daging kisar,lade hitam cendawan,gula dan garam, kacau  hingge masak.Sesuaikan rase garamnye.

bahan C
sos putih...
600 ml susu segar
3 camce besar tepung gandum
1 sudu kecil black pepper

masak atas api hingge pekat.

bahan D
250 gm cheese mozarella.

CARE CARE...

1. Sapu minyak dalam loyang @ ape ape bekas foil
 
2. Lapisan pertame letak kepingan lasagnia...lapisan kedue inti daging...lapisan ketiga sos
putih.Ulang proses hingge habis.
3. Akhir sekali letakkan cheese mozarella di atasnye.
4. Bakar di dalam oven suhu 180 C selame 1 jam @ hingge cheese nye keperangan.

ROTI KOPI



roti kopi, kate name lain mexico bun....

bahan2 untuk krim kopi

100 gm mentega
80 gm gula icing
100 gm tepung gandum
2 bij telur
1 1/2 sudu kecil nescafee campur dengan 1 sudu besar air panas
1 sudu besar coffe paste @ choc emulco
1 peket coffe 3 in one 

Pukul mentega dengan gula icing hingge kembang

Masukkan kesemua bahan dan kacau hingge sebati
Masukkan dalam piping plastik dan simpan dalam petiais sebelum digunekan.
Picit lah seperti dalam gambar ye dan bakar roti seperti biase.

bahan-bahan roti naik..


bahan A
yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar

***satukan bahan A dan biarkan yis naik

bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega dicairkan

bahan C
1 cwn gula dilarutkan dengan 1/2 cwn air panas untuk dijadikan sirap gula (KALAU RASA MACAM KURANG CECAIR BOLEH TAMBAH 1/4 CUP LAGI AIR)

bahan D
3 cwn tepung gandum + 1 cawan tepung gandum

cara2 nya


Mula2 buat dulu air sirap sebab  kita nak gunakan air tu untuk membancuh roti nanti dengan suhunya suam.
Masukkan 3 cawan tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditengah tepung
Tambah bahan A,bahan B dan  C dan uli tepung.
Baki tepung yang 1 cawan tadi boleh digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti, buat hingga adunan tak melekat di tangan.
Biarkan adunan naik
Bila adunan dah naik uli ikut suka dan susun di loyang (TAK PERLU TUMBUK..HANY CUIL DAN BULATKAN JADIK DOH KECIK2)...susun setiap doh rapat2 antara 1 sama lain..bila naik kali ke2 dia akan naik tinggi
Susun di dalam loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)

Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
Keluarkan dari oven dan boleh sapu marjerin diatas roti

CHICKEN CHOPS...


RESEPI yang serba ringkas dan mudah tapi pasti anak2 suke...mak ayah pun pasti suke. kkzu lagi suke..






bahan2


beberape keping isi ayam
1 biji telur
1 sudu besar lade putih @ lade sulah
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
serbuk roti @ breadcrums kuning secukupnye.
minyak untuk menggoreng

1. Isi ayam dibelah nipis

2. Perap dengan lade sulah dan garam lebih kurang 1/2 jam 
3. Tepek kan kepingan ayam tadi pade tepung gandum
4. Celup kan pule didalam telur
5. Akhir sekali  gelek gelek kan pade serbuk roti.
6. Goreng sehingge ayam kekuningan.


RESEPI SOS BLACKPEPER


bahan bahannye


2 tbsp butter
1 tbsp tepung gandum
1 kiub ayam maggi
air2 cawan @ ikut  nak pekat mane
1 tbsp lade hitam
1 tbsp sos cili
1 tbsp sos tomato
1 tbsp kicap 
1 tbsp sos blacpepper..optional


**semue bahan bole ditambah @ kurangkan ikut kesesuain rase.


care2


1.Panaskan butter hingge cair, masukkan tepung gandum, bile tepung dah berketul masukkan air dan kiub ayam
2. Masukkan kesemua bahan2 diatas dan masak hingge kuah pekat
3. Sesuaikan rase masin dan manisnye.

Tuesday, 19 April 2011

SOS BLACKPEPPER

..




Antare sos blackpepper kegemaran anak2 kakzu...resepi dari azie mazidah rakan facebook kkzu , walla serupe macam kedai punye tauu.


bahan bahannye


2 tbsp butter
1 tbsp tepung gandum
1 kiub ayam maggi
air2 cawan @ ikut  nak pekat mane
1 tbsp lade hitam
1 tbsp sos cili
1 tbsp sos tomato
1 tbsp kicap 
1 tbsp sos blacpepper..optional


**semue bahan bole ditambah @ kurangkan ikut kesesuain rase.


care2


1.Panaskan butter hingge cair, masukkan tepung gandum, bile tepung dah berketul masukkan air dan kiub ayam
2. Masukkan kesemua bahan2 diatas dan masak hingge kuah pekat
3. Sesuaikan rase masin dan manisnye.


ROTI SAUSAGE





Mari mari  buat roti, makan pulak mase baru keluar oven, pergghhh, lembut dan gebu tau rasenye....





RESEPI ; sasha rahmat 


bahan A
yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar

***satukan bahan A dan biarkan yis naik

bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega dicairkan

bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula (KLU RASA MCM KURANG CECAIR BOLE TMBH 1/4 CUP LG AIR)

bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum

cara2nya

1  -Mula2 buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, dgn suhunya suam.
2 - Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
3 - Tambah  bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
5 - Biarkan adunan naik
6 - Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang...(TAK PERLU TUMBUK..HNY CUIL DAN BULATKAN JADIK DOH KECIK2)...susun setiap doh rapat2 antara 1 sama lain..bila naik kali ke2 dia akan naik tinggi
7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 ke 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan dari oven dan bole sapu marjerin diatas roti

PIZZA HOT'S AYAM MASSALA....



pizza hot's....ayam massala

bahan2 tepung

tepung gandum setengah kilo
yis mauripan 1 peket
air suam secukupnye
gula 1 sudu besar
shortening 2 sudu besar
mix herb 1 sudu besar

1.Gaul tepung dengan yis mauripan dan mix herbs hingge sebati

2. Masukkan shortening, gaul dulu, kemudian masukkan air suam dan uli hingge lembut
3. Canai doh nipis dalam loyang dan biarkan  naik 2 kali ganda
4. Cucuk2 dengan garpu supaye pizza masak dengan sempurna
5. Sapukan dengan sos tomato @ sos spaghetti.
6. Letak inti dan letak mozarella cheese di atasnye.
7. Bakar menggunakan api atas dan bawah...kak zu gune api bawah 20 minit KEMUDIAN  api atas 10 minit lagi pade suhu 180 C.



*intinye (ayam massala )
2 keping dada ayam ( potong kecil kecil ) @ daging hancur  
2 ulas bawang putih ( cincang )
2 sudu besar rempah kari 
1 labu bawang besar ( potong dadu )
1 sudu kecil lade hitam
sedikit air, garam dan gula


1 Tumis bawang putih cincang dengan sedikit minyak, masukkan rempah kari dan kacau sebati 
2. Masukkan ayam , bawang besar dadu,  lade hitam , masukkan sedikit air dan sesuaikan rase masin dan manisnye.


@

Intinye

10 batang sausage
cili benggala
bawang besar hiris bulat 
buah tomato hiris 
mozarella cheese
sedikit serbuk oregano






PIZZA HOT...


Waaaaa PIZZA HOTS laaaa, BUKAN pizza hut tauuu...


bahan2 tepung

tepung gandum setengah kilo
yis mauripan 1 peket
air suam secukupnye
gula 1 sudu besar
shortening 2 sudu besar
mix herb 1 sudu besar

1.Gaul tepung dengan yis mauripan dan mix herbs hingge sebati

2. Masukkan shortening, gaul dulu, kemudian masukkan air suam dan uli hingge lembut
3. Canai doh nipis dalam loyang dan biarkan  naik 2 kali ganda
4. Cucuk2 dengan garpu supaye pizza masak dengan sempurna
5. Sapukan dengan sos tomato @ sos spaghetti.
6. Letak inti dan letak mozarella cheese di atasnye.
7. Bakar menggunakan api atas dan bawah...kak zu gune api bawah 20 minit KEMUDIAN  api atas 10 minit lagi pade suhu 180 C.



*intinye (ayam massala )
2 keping dada ayam ( potong kecil kecil ) @ daging hancur  
2 ulas bawang putih ( cincang )
2 sudu besar rempah kari 
1 labu bawang besar ( potong dadu )
1 sudu kecil lade hitam
sedikit air, garam dan gula


1 Tumis bawang putih cincang dengan sedikit minyak, masukkan rempah kari dan kacau sebati 
2. Masukkan ayam , bawang besar dadu,  lade hitam , masukkan sedikit air dan sesuaikan rase masin dan manisnye.


@

Intinye

10 batang sausage
cili benggala
bawang besar hiris bulat 
buah tomato hiris 
mozarella cheese
sedikit serbuk oregano