sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 13 November 2012

Lasagnia kkzu style

 hai
Assalamualaikum,,

Lasagnia yang kkzu buat ni bersize 11 inci tau, memang besar sangat. Sebab nye anak anak kkzu memang suke laaaa sangat makan ape2 masakan yang ade letak  cis yang di bakar. Amik kau sekali hadap je dan ade lerrr lebih sesikit , simpan , panaskan semula dan makan belah pagi lak. Yang ni depe makan malam malam.


Jom semak resepinye...
Kkzu tak gune kepingan lasagnia tetapi  di gantikan dengan  macaroni berbentuk straw @ boleh je gune ape2 bentuk macaroni pun boleh . Kalau gune macaroni lebih cepat kenyang.





BAHAN BAHAN

 A ) 3/4 peket macaroni @ kepingan lasagnia

Rebus macaroni dengan air yang di campur 3 sudu besar minyak masak selama 10 minit.
Toskan airnye.




B) INTI  DAGING

1 tin sos  spagheti  ~ tradisional
1 peket daging cincang ~ RAMLY ~ atau ape2 jenama pun boleh ~ nak sedap letak laa daging lebih lebih sikit.
2 biji bawang holand ~ cincang dadu ~ kalau takde gune bawang besar biasa pun boleh
2 ulas bawang putih ~ cincang
1/2 batang karet ~ potong dadu
2 biji buah tomato ~ potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau dan merah
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil lada putih
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar  butter dan sedikit minyak
* boleh je kalau nak tambah cendawan butang.

Masukkan minyak dan butter ke dalam kuali. ~ sukatannnye agak2 untuk menumis sahaja
Tumiskan bawang putih dan bawang holand, kacau jap.
Masukkan cili mesin,  kacau kacau jap , pastu masukkan rempah kari, kacau hingga garing sedikit.
Pastu masukkan karet, lada benggala, tomata cincang dan daging kisar.Kacau sebati dan masak hingge daging tersebut masak secukupnye.
Akhir sekali masukkan garam, gula dan lada putih secukup rasa.



C) SOS PUTIH

500 ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk lada hitam
garam dan serbuk perasa secukupnye.

Masak kesemua  bahan ini diatas api yang perlahan hingge pekat menggunakan api sederhana.


D) 250 gm  Cheese mozarella
     125 gm cheese cheddar


JOM KITE MELAYER LASAGNIA.

1. Susun macaroni @ kepingan lasagnia
2. Letak inti daging
3. Letak sos putih
4. Taburkan sedikit cheese mozarella.
5. Ulang hingge habis dengan susunan di atas
6. Taburkan kedua dua jenis cheese sehingga menutupi keseluruhan permukaan.
7. Bakar selama 45 minit pada suhu 200 C menggunakan api atas bawah @ sehingga cheese menjadi garing keperangan.

** Alas loyang dengan aluminium foil @ sapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.


No comments:

Post a Comment