sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label JEMPUT MAKAN. Show all posts
Showing posts with label JEMPUT MAKAN. Show all posts

Sunday, 11 September 2016

Jom MASAK !!

ikan merah masak lemak

 SAMBAL TEMPOYAK

 IKAN BAWAL MASAK KARI

 UDANG MASAK LEMAK CILI API

 BUBUR KACANG DURIAN

IKAN BELIS PETAI

IKAN SIAKAP MASAK TEMPOYAK

BIHUN SOTO

hAi
Jom masak !!
Jom makan...kkzu masak bile kkzu free..hidang dalam pinggan lama cenggini buat nostalgia masa kkzu kecik kecik menggamit semula
Jika tak masak nasi kukus ayam berempah @ nasi kerabu ayam percik menjadi peneman setia . Kedua dua menu ni di jual berdekatan dengan rumah kkzu yng mana harga nya berbaloi baloi...nasi kukus rm 4..nasi kerabu rm 5

Lepas raya haji kelas berjalan seperti biasa ( SABTU  & AHAD ) kelas berkumpulan
rm 250 seorang belajar  4 jenis kek
Nak hadir boleh WHATSAP KKZU 017 6331252
Kelas terdekat pada 18 hb september ( Ahad )




Friday, 24 June 2016

Thursday, 16 June 2016

JOM mASAK !!

 lemak nangka, kentang sambal, ikan cencaru sumbat & air asam

 ikan merah masak tempoyak, daging goreng, pucuk ubi goreng & sambal belacan

 lemak ketam, ikan goreng, ikan masin cili api & urap pegaga

 nasi lemak sambal sotong & ayam goreng

udang berempah, kailan goreng, ikan tenggiri goreng & air asam

Alhamdulillah syukur kite masih bernafas di saat ini. Dapat memasak dan mengerja kan ibadah berpuasa walaupun sedikit keletihan

Kakzu masak setiap hari sebab anak2 & suami suka berbuka makan nasi dan lauk2 yng masih panas dan fresh.Kami belom lagi ke bazaar sebab depa ni tak makan kueh2 masa berbuka. Tapi kkzu beli juga kueh sesekali layan tekak nak makan manis2.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa semua..

Saturday, 11 June 2016

IFTAR RAMADHAN KAMI

 lemak rebung
sambal totok jawa
ayam kampung goreng
ulaman
sambal belacan



Selamat berbuka puasa semua
menu kani..
kari ikan bawal
peria katak goreng rangup
ulaman
ikan bilis sambal
pucuk ubi goreng




 Menu kami pertama ramadhan
ikan merah masak sup
sambal ikan merah
sambal totok jawa
terung berlada
SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA







BADAK BERENDAM

RESEPI DARI RAKAN FB

Bahan Inti –

1/2 biji kelapa parut
2 sudu besar gula pasir
gula melaka secukupnya
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar tepung gandum
1 helai dauh pandan – ikat simpul

Bahan Kuih Badak –

2 cawan tepung pulut
1 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau

Bahan Kuah Santan –

3 cawan santan
3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, ikat simpul

Cara Membuat:

Inti Kelapa –

1. Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang manis, tambah lagi ketulan gula melaka.

2. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat, senang dibuat bulat.

1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.

2. uli bersama pewarna hijau

3. Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.

4. Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam mangkuk atau cawan.

Kuah Santan –

1. Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.

2. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.

Friday, 4 September 2015

Koleksi Putih ( pINGGAN pUTIH )









 Pinggan mcm sampan tu boleh di dapati di kedai SAKA di Nilai 3
Mugs itu high  quality boleh di beli di Parkson .

Hai...
Kegilaan apakah ini kome !!!!
Yeayyy ini ade lah hobi pada kome yang suka  pada makanan dan hidangan
Koleksi putih ni yang syok nya ade pelbagai bentuk dan size
Harga mampu milik dari rm 5 hingga lah puluhan ringgit dan  beratus ratus...bergantung pada kemampuan.
Kzu tidak la beli ber set set, memadai sebiji dua...harga ringgit2 jer
Laaaa ni kalo berjalan jalan window shopping, mata tak pandang bende lain melainkan pinggan putih..huhuhu
Selain dari pinggan putih kkzu juga adelah peminat pinggan lama bunga kangkong klik sini
Lokasi nak cari pinggan putih : AINO LIVING, GIANT, NILAI 3 ( SAKA ), INDEX LIVING, DAISO


Pinggan panjang berlengkok itu boleh di beli di Nilai 3 KEDAI saka
mangkuk bujur tajam itu di beli di DAISO

 kOLEKSI ini di beli di HOME LIVING di IOI MALL

Koleksi ini boleh di dapati di HOME LIVING, IOI

Mangkuk ni beli di  DAISO
Semue item rm 5.30 sebiji termasuk gst 3 kupang tu

Baru nak berjinak jinak menyimpan koleksi
Hari2 kena tukar pakai..
mesti guna pakai
 
 


Bekas sate itu boleh di beli Giant

Saturday, 11 July 2015

#MENU IFTAR







Menu yng sempat akak masak untuk berbuka puasa..
Yang pasti sambal belacan mesti mauuuu
Minggu depan isnin dah mula membaking utk oder kek raya,,pasti tak sempat masak..
Selamat berbuka puasa dari DAPURKAKZU

Sunday, 21 June 2015

Jom masak


Salam semua
Salam ramadhan yang ke empat berpuasa
Alhamdulillah dapat memasak utk berbuka puasa

Ayam masak lemak cili api
Sambal jawa ( KLIK RESEPI SAMBAL JAWA )
Ikan bilis petai cili api
Kerabu taugeh


KERABU TAUGEH

bahan bahan

500 gm taugeh ~ celur
10 batang kacang kelisa ~ potong halus
10 tangkai cili api ~ hiris
2 sudu besar udang kering ~ rendan & tumbuk halus
2 batang serai ~ hiris halus
1 labu bawang besar ~ hiris nipis
1/4 cawan air perahan asam jawa
2 sudu besar kerisik
1 batang bunga kantan ( pilihan )
300 gm kerang ~ rebus dan ambil isi nya
garam & gula secukup rasa

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati

Saturday, 20 June 2015

Jom MASAK !!

 Alhamdulillah..
menu ramadhan ke 3
45 minit boleh siap lauk2 simple mcm ni
kueh2 beli aje sbb nak makan seketol dua aje
Ikan tenggiri masak asam pedas
sambal belacan
bendi kicap
telur masin
keropok

Menu ramadhan ke 2
Alhamdulillah masak sendiri lebih puas hati sbb boleh makan fresh
Pada yng bekerje balik lewat ape kan daya terpaksa membeli di bazar ramdhan.
Ape yang penting pilih gerai makanan dan peniaga yng mementingkan kebersihan.

Nasi ayam

SELAMAT BERBUKA PUASA