sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 12 August 2013

cakes ( oder RAYA )

 RVC

KLIK DI SINI UTK SENARAI HARGA KEK ODER.

 RVC


 ANEKA CAKES

KEK KARAMEL
BROWNIES, CCMC & KEK COKLAT

WALNUT CARROT CAKES

CCMC

BLACK WHITE RUSSIAN CAKES

RAINBOW CAKE

Saturday, 3 August 2013

Cakes ( ODER RAYA )

Rainbow cake ( oder bulan ramadhan )

 HAI..!!

Biasa lahh kan kkzu ni...orang lain dan tutup dapur,,kkzu lak baru nak berasapkan dapor,,,haaaa sedang menyiapkan kek kek oder raya.

Untuk senarai harga kek boleh  KLIK DI SINI..

Kebanyakan kek kek ini telah di delivery kan ke sekitar lemah kelang, ade juga yang pickup sendiri di rumah kkzu.

 CARROT CAKE

 kek coklat moist

 rainbow cake

 kek karamel

 kek coklat moist

 ccmc

 blueberry marble cheese brownies

 kek coklat moist

 carrot cake

rainbow cake

Wednesday, 31 July 2013

Mari BELAJAR buat cakes

Rohaya from Putrajaya
20 julai 2013
Rainbow cake & kek karamal


Hai..!!

Sebenarnye kelas dah berlalu hari tu,, baru nak upload ke blog.Di bulan ramadhan ni kkzu jarang main internet, tambahan pulak line telekom dah beberapa kali terputus, nak tunggu depe repair makan masa juga, Dah laaa beberapa keping gambar kek  hilang dalam memori,,hurrmm ape lagi kamera rosak la kan,,suruh ganti yang baru..haaaha, terpaksa beli sebab bagi kkzu kamera sangat penting untuk shoot gambar kek kek bagi tujuan mempromosikan kek kek yang telah di oder untuk di buat kenangan dan pasaran.

Esok khamis kkzu dah start baking kek untuk oder raya. Pastu cuti raya beberapa hari  dan start baking semula sebab oder selepas raya juga sudah di book oleh kengkawan.

Kelas di jangka bermula september tetapi jika nak datang bulan ogos boleh beritahu kkzu ya.

Ok laa ya,, selamat malam dan selamat menjalani ibadah berpuasa yang masih berbaki 7 hari.Semoga 10 malam terakhir menjadi malam yang paling bermakna buat semua .

Di sini kkzu juga mengucapkan takziah kepada keluarga 5 sahabat yang meniggal semalam di Johor akibat kemalangan jalan raya. Semuanya masih remaja. KKzu sangat sedih dan dapat merasai kesedihan ibu ibu kepada arwah. Semoga arwah arwah di tempatkan di kalangan orang orang beriman.Amin.





Friday, 26 July 2013

Media ( MAJALAH SAJI & kkzu )

hai..!!

Jumpa kkzu di majalah SAJI TERBARU raya BULAN OGOS 2013.
Terima kasih buat Rosparadila Abdul Rahman wartawan eksekutif dan jurufoto yang penuh semangat shoot photo2 di rumah kkzu, Encek Jasman Mat Noor.

Dok selak selak helaian majalah jumpa laa Azlita aziz, Peserta peserta Master Chef Malaysia dan ramai lagi.
Wokehhh, selamat menjamu mata dan selera ya.
Hahaaaa tiada deringan phone dari pembaca majalah SAJI sebab tiada no phone di sertakan...heee
Ni no kkzu ~ 017 6331252 ( untuk sebarang oder CAKE dan book Class lepas raya ya )






Tuesday, 23 July 2013

BISKUT almond COKLAT CHIPS



HAI..!!

Awal awal lagi kkzu dah tanam azam taknak buat koi raya yang takde potensi nak habis, sebabnya anak anak kkzu bukan lah pemakan koi raya yang tegar tapi kalau biskut CHIPs ni insyaallah depe suka dan kanak kanak juga akan suka.
Ada banyak versi coklat chips, ini salah satunye, sangat senang nak buat , ibarat macam buat koi cekodok.
Akhirnya dalam kemalasan dan ketaklaratan badan ni akhirnya terjadi juga 6 balang besar biskut almond coklat chips.Kkzu buat 2 versi..coklat pekat  ( KLIK DISINI UTK RESEPI LAIN ) dan coklat sederhana.Nak bawak balik rumah mak dan mertua juga.
Resepi ini juge ade di dalam MAJALAH SAJI keluaran terbaru bumper raya ogos 2013.
Nak simpan energy utk maraton kek minggu depan utk oder raya..alhamdulillah..

SUMBER : DAPURKAKZU

ALMOND COKLAT CHIPS COOKIES

180 gm mentega
30 gm shortening
1 kuning telur
50 gm gula perang
50 gm gula castor
180 gm tepung redrose
30 gm tepung  ubi
½  tsp soda bikabonate
½ tsp coklat emulco
100 gm coklat chips
60 gm almond nibs

CARA CARA
Satukan tepung redrose, tepung ubi dan soda bikabonate
Putar shortening, mentega, gula dan telur hingga sebati
Masukkan coklat emulco
Masukkan  almond nibs dan coklat chips
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh
Ambil sejemput adunan dan susun di dalam dulang pembakar dan tekan dengan garpu
Bakar biskut selama 20 minit  dengan suhu 180 C.

·         Tips : masukkan tepung sedikit sedikit untuk mendapat doh yang yang tidak keras.




Monday, 22 July 2013

Cakes di DAPUR KAKZU ( oder di bulan ramadhan )

 HAI..!!

Kebetulan di bulan ramadhan ini banyak oder kek karamel dan rainbow cake dan kebanyakkannye di delivery ke Putrajaya...Hahahaaa berjangkit , orang kate..

KLIK DI SINI UTK SENARAI HARGA KEK YA



 rainbow cake

 rvc


 rainbow cake

 walnut carrot cake

 kek karamel

 marble cheese brownies

rainbow cake

Friday, 19 July 2013

Mari BELAJAR

 Hai..!!

Kelas ini berlangsung pada beberapa hari yang  lalu. Insyaallah walaupun berpuasa  jika sudah minat tiada ape yang menghalang untuk kite memasak dan membaking ya..

 Ain. Arrifah dan Liza ~ Putrajaya
Double coklat indulgent , kek coklat & kek karamel
14 JULAI 2013


Klik  DI SINI untuk INFO LANJUT YA.

 Kak Mariam dari Gombak
Berusaha datang tauu dengan menaiki tren dan teksi.Terima kasih banyak ye kak kerana sudi menjengah ke DAPURKAKZU.
16 julai 2013
rvc & black white russian cake



Monday, 15 July 2013

Kek coklat Lapis cheese






Hai..!!

Selamat mencobe ya dari Kkzu..

KEK coklat  KUKUS CHEESE

BAHAN A


  • 250 gm cream cheese
  • 100  gm gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
  1. Putar cream cheese dengan  gula hingga lembut
  2. Masukkan telur dan tepung gandum. Ketepikan

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur size A
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 120 gm tepung superfine*
  • 50 gm serbuk koko*
  • 1 sudu kecil soda bikabonate*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan bertanda di ayak )
Cara-cara
  1. Putar telur dan gula hingga gebu
  2. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  3. Setelah itu masukkan tepung yang telah bercampur koko powder, baking powder dan soda bikabonate.Masukkan esen vanilla
  4. Bahagi kan kepada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dengan api sederhana besar
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling loyang  berukuran 8 inci  dan alas loyang dengan aluminium foil
  3. Tuang separuh adunan kek coklat, , tutup adunan dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese  dan kukus selama 15 minit.
  5. Masukkan adunan kek coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Biarkan kek sejuk dan barulah di hidangkan.

Sunday, 14 July 2013

Iftar ramadhan ( NASI AYAM IPOH MALI )

 hai..!!

Syukur alhamdulillah kita sebagai rakyat MALAYSIA boleh memilih apa saja makanan yang kita nak makan kan.Nak beli kat bazar ke, nak masak sendiri ke, nak berbuka puasa di surau atau masjid ke, sangat bertuah sebagai hamba nya di muka bumi ini.

Kkzu sebagai surirumah yang bekerja dalam rumah dengan pelbagai pekerjaan,memasak sendiri merupakan pilihan yang bijak,sebabnya modal utk hidangan dalam gambar hanya lah sekitar rm 20,boleh makan sampai sahur.Dah laa boleh di hidangkan panas panas lak tu. Ayam nya hanya menggunakan 3/4 ekor je dari sekor ayam.

Masa anak kkzu ke bazar ( jangan marah tau para peniaga sekalian sebab anda hanya mencari rezeki di bidang ini kan ) dok beli popia basah 6 ketol harganya rm 9 hingget, roti john ( tak tauu la pa yang john nya,, panjang nye kah ) RM 7,, Total dah rm 16..hahaaa agak mahal juga kan sebagai pembasah mulut je,,tetapi tak kata apalah kan , untuk para ibu yang bekerja mana ade cukup masa nak masak kan.Beli aje lah ya.
Kkzu  boleh la eksyen bulan ramadhan ni sebab tak banyak aktiviti,,kalau tak tu siang malan makan lauk kedai..hahaaaa..ni pun di jangka minggu terakhir ramadhan akan ke bazar juge sbb nak menyiapkan tempahan kek utk hari raya,,insyaallah.

layanssszz laaa photo photo ini ye,,mana tahu esok esok nak masak juge..!!

Klik sini untuk resepi NASI AYAM



 Untuk kuah cili ( sos ) boleh tambah kan hirisan cili padi di dalan nya.