sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 6 September 2012


Pasti ramai yang suka makan pizza kan, buat sendiri lebih menjimatkan tauuu dan boleh makan ulang ulang kali dan banyak kali.. Pastikan pizza tuu ade letak cheese mozarella, baru lerr  pizza tu betul betul power dan tarikkkkkkk nanti bile nak makannye.



Bahan-bahan: 



a) Untuk doh pizza ~ untuk 2 biji besar pizza size 10 inci

500 gm tepung gandum
1 peket yis segera
1/2 tsp garam
1 tbsp gula
1/2 cawan minyak masak
air suam secukupnye untuk menguli

b) sos pizza
3 biji tomato masak, dicincang
1/2 tin kecil pes tomato
2 biji bawang besar, dicincang halus
2 sudu besar gula merah
2 sudu makan minyak
1 sudu teh oregano atau basil

c) Untuk topping
2 keping dada ayam dan didadu ~ di goreng dengan sedikit minyak
100 g nenas dalam tin (ditapis daripada sirapnya), didadu
1/2 batang lobak merah, dikisar nipis
120 g keju mozzarella, diparut kasar
120 gm keju cheddar
5 batang sausage di potong kecil ~ pilihan
10 biji cendawan butang ~ hiris nipis
1/2 biji cili capsicum

Cara penyediaan

a) Membuat doh pizza
1. Campurkan tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak dalam mangkuk besar. Masukkan air suam.
2. Uli adunan tersebut sehingga ia menjadi satu doh yang lembut dan elastik.
3. Masukkan doh ke dalam bekas yang telah disapu minyak dan diletakkan di tempat yang panas selama 40 minit. Doh ini akan naik seganda.
4. Griskan acuan piza.
5. Canaikan kepada bentuk bulat dengan ketebalan 2 sm.
6. Masukkan ke dalam acuan yang telah digris kan dan tinggalkan selama 10 minit sebelum diletakkan topping.

Notes ~ boleh gunakan loyang nipis ukuran 12 inci

b) Membuat sos
1. Tumis bawang besar sehingga lembut. Kemudian masukkan tomato yang dicincang dan dikacau sehingga ia lembik.
2. Masukkan tomato paste, oregano serta gula merah dan masak di atas api yang perlahan selama beberapa minit sehingga pekat. Sejukkan.

ATURAN

1. CANAI DOH
2. SAPU SOS PIZZA
3.TABURKAN TOPPING
4. TABURKAN CHEESE
5.TABURKAN OREGANO

BAKAR DI DALAM OVEN SELAMA 30 MINIT PADA SUHU 200 c
 


1 comment: