Resepi cheesecream
500 KRIMCHEESE
250 GM BUTTER ANCHOR
250 GM GULA ICING ~ AYAK
PUTAR SEBATI SAHAJA
Kesemua kek ini adelah bercheese cream dan ramai yang tanya bagaimana nak dapatkan toppping cheese yang kental macam ini.
Caranye adelah tidak membiarkan cheese terlalu lama di suhu bilik.
Selepas mengeluarkan cheese dari petisejuk terus potong dan cincang kecil kecil termasuk butter nye sekali.
Putar ke dua dua bahan ini sebati aje ~ tidak sampai kembang
Masukkan gula icing last sekali.
Jika masa memutar cheese terlalu keras akan merosakkan mixer, jadi agak agak lah kelembutan cheese yang sesuai .
Masa kite mencincang cheese kite dah boleh agak samada cheese tersebut terlalu keras @ tidak.Jika keras sangat boleh lah di biarkan sebentar di suhu bilik.
Tempat yang paling sesuai untuk meyimpan cheese adelah di bahagian bawah iaitu kesejukan bukan beku dan ketahanan bergantung pade isipadu petisejuk anda.Jika pertisejuk bercampur dengan barangan keperluan lain makanye ketahanan cheese tidak lama lerr jawapnye.
Kekadang kkzu pun blurr gak bile terputar menjadi krim cheese yang terlembik, kalau berlaku begitu masukkan sebentar krim cheese yang sudah diputar ke dalam petisejuk jap, agak agak dah mengeras jap baru lepe pada kek.
So selamat mencube ye memutar cheese.