sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 4 December 2020

NASI AYAM DAPURKAKZU


 

NASI AYAM KAKZU STYLE
Nampak je resepi panjang bejele tetapi mudah bebeno nak masak nasi ayam
Korang baca lerr resepi plan plan
Moh masak👨‍🍳

First sekali rebuskan seekor ayam ( belah 4 )
Rebus ayam hingga empuk
Nak tahu ayam tu dah masak @ belom lihat bahagian kaki peha ayam
Jika nampak dah pecah terbelah itu tandanya ayam dah cukup masak
Separuh air rebusan ayam di ambil utk di masak nasi dan separuh lagi untuk sup

BAHAN UNTUK NASI
4 tin susu beras
Air rebusan ayam secukupnye ~ sukat ikut 1 ruas jari ~ cara mak mak kite sukat air kan
Boleh tambah air biasa
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar butter @ planta
1 sudu besar garam ( secukup rasa )
2 helai daun pandan
4 biji bawang putih ~ cincang halus
Basuh beras hingga bersih
Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingge hancur
Campurkan kesemua bahan di atas dan butter kecuali bawang putih cincang ke dalam periuk ~ rice cooker
Tumis bawang putih cincang dengan sedikit minyak hingga garing dan masukkan ke dalam nasi
( ni rahsia nasi ayam jadi wangi )
Masukkan daun pandan
Masak nasi hingge masak ~ masak aje dalam rice cooker.
Sesuaikan rasa garam
Bila nasi dah masak karihkan dulu nasi dan tekan on skali lagi
Step ni supaya minyak dan bahan bahan terapung kat atas bersatu ke dalam nasi


BAHAN UNTUK AYAM
1 ekor ayam
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap manis
Setelah ayam di rebus toskan air nya
Perap ayam dengan sos tiram dan kicap selama setengah jam
Goreng ayam hingga keemasan dalam minyak panas ~ minyak penuh dalam kuali @ panggang dalam oven pada suhu 200 sehingga ayam nampak garing di luarnya


BAHAN SOS SPESEL DAPURKAKZU
1 cawan cili mesin
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan gula
1 cawan air
1 tbsp cuka makan
Blendkan bawang putih , bawang besar dan cili mesin
Campurkan kesemua bahan dan masak hingga kuah memekat dan hilang bau bawang
Sesuaikan rasa masin dan manis nya
Air boleh tambah ( adjust kepekatan )
Akhir sekali boleh masukkan cili api potong kecil


BAHAN KICAP SPESEL
1/2 cawan kicap manis
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 / 20 biji cili api
Goreng layu dahulu bawang putih , bawang besar & cili api
Satukan kesemua bahan dan blendkan
Tambah air dan adjust kepekatan kuah kicap
BAHAN SUP
Air rebusan ayam di rebus dengan kaki ayam
Tambah air ikut kesesuaian


BAHAN TUMIS SUP
3 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
10 biji cili api ( tumbuk halus )
3 bunga lawang
1 kulit kayu manis
4 buah pelaga
3 bunga cengkih
Tumiskan kesemua bahan hingga garing dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam air rebusan sup
Masukkan 2 helai daun pandan
( ni rahsia nak bagi sup wangi )
Sesuaikan rasa garam , asam keping dan lada sulah serta serbuk aji
Masa nak hidang sup boleh tapiskan segala rempah ratus
Biar sup tu nampak kosong & tabur daun sup/daun bawang





Notes
Sukatan bahan boleh ubah ikut tatabudibicara anda memasak ye👨‍🍳
Macam biasa nasi ayam harus ada salad , buah tomato & timun baru la ummpphh

Cili mesin ialah cili kering yng di masak @ rendam dalam air panas kemudian di blend


No comments:

Post a Comment