sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 21 October 2019

PANGGILAN LABAIKALLAH ( UMRAH )

Alhamdulillah kakzu telah selamat sampai ke Tanah air dengan penerbangan dari Madinah ke Klia selama 8 jam
Alhamdulillah perjalanan yang Allah permudahkan dan ibadah umrah yang mudah mengikut kata Ustaz di kursus umrah di samping guide dari tuan ustaz mutawwif serta rakan jemaah 1 bas yang sangat sporting ( kami bas 9 ustaz naim )
Filght kami semua jemaah umrah 400+ jemaah ( 13 bas semuanya ) lain lain hotel di Mekah
Cuaca baik cuma ada sedikit gegaran gayat gayat manja kat udara bile kapai terbang langgar awan
Makan 2 kali dengan menu sedap sedap
Bab makan toksah risau dari mula naik kapal terbang hingga la sampai di Jeddah terus ke mekah makanan ontime je
Di Madinah semua menu atas travel so jemaah akan di sajikan menu malaysia , ikan patin masak asam pedas pun ado
hotel2 di mekah juga sajikan menu malaysia plus indonesia
Sampai sana jangan lepaskan peluang makan icecream, lain dari yang lain tau
Ambil peluang menghayati perjuangan Rasulullah bila ziarah luar. Jemaah akan di jamu dengan nasi arab nanti
.
Package kakzu dari KLIA > JEDDAH >MEKAH > MADINAH >KLIA
So kami buat umrah dulu baru landing ke Kota Madinah
Bergantung pada package yng jemaah pilih
Jenis hotel juga adalah pilihan jemaah ikut budget rm ye. Jarak 50 meter dari hotel ke masjidilharam ( anggaran harga rm7k ke atas )
Memang tidak di nafikan jika jarak hotel dekat dengan masjidilharam penat berjalan tu berkurang tetapi jika jemaah perlu berjalan kaki anggaran 300/350 meter mohon berdoa pada Allah permudahkan segalanye dan hilangkan rasa penat
Jika jemaah bermalam di hotel hotel di Jabal omar bas shutter di sediakan . Perjalanan hanya mengambil 3 minit sahaja dan berjalan sedikit sehingga ke dataran
InsyaAllah kene banyak berdoa dari tanah air lagi mintak Allah permudahkan ibadah umrah dan di kurniakan kesihatan yang baik . Ibadah umrah lebih kepada ibadah kerohanian dan tubuh badan
Di masjidilharam kakzu biase akan jalan sama2 dengan asben.Anak kkzu gerak sendiri . Masuk masjid kami berpecah cari pot solat masing2.Balik nanti janji tunggu di gate no 72. Bergantung hala hotel jemaah arah mana.Nak selesa datang se awal 1 ke 2 jam sebelom masuk waktu solat. Waktu subuh sebaiknya jam 2@3 pagi dah ada kat depan kaabah. Untuk jemaah wanita jangan duduk depan sangat @ belakang sangat nnti kene halau. Duduk agak2 barisan kelima dari belakang
Jaga pertuturan kata di dalam masjidilharam dan mekah ye.
Elakkan banyak bersembang takut terlepas cakap.
Hotel hotel di Madinan kebiasaan nya sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Boleh jalan sorang2 pun takpe sbb sepanjang perjalanan akan lalu di deretan kedai2 jual jubah dan gift. Sambil ke masjid tu jeling2 dulu .
Ada waktu nak melontar duit InsyaALLAH
Di madinah juga ada ziarah luar. Mutawwif akan bawak jemaah ke ladang kurma.
Berhati hati ckit ye sbb yang di beri rasa kurma yang lemak merdu, bila di packing yang keraih dan kering so jemaah mintak timbang kurma yang penjual dok pamerkan tu. Jangan biarkan penjual timbang kurma yng dalam simpanan.Hati2 tu. Kat sekitar madinah juga ada banyak kios jual kurma.Boleh rasa setiap jenis . HALAL HALAL
Cuaca bulan 10 memang panas tapi panas di Mekah berbeza di Malaysia. Di Malaysia kite panas lembab so banyak berpeluh.
Panas di Mekah adalah panas kering so badan tidak akan berpeluh dan bau badan serta baju tidak berbau. itulah kerahmatan Allah bagi dI Tanah suci
Baju , tudung labuh @ telekong masih boleh di pakai berhari hari sebab tiada bau
Kebiasaan jemaah tidak basuh baju baju di Mekah sebab ketiadaan masa. Baju di basuh apabila sampai di Madinah. Itu pun jika stok baju yang di bawa dah habis pakai
Apa yang kakzu tulis adalah mengikut pengalaman kakzu ye
Pengalaman jemaah lain mungkin berbeza ye
Pesanan dari ustaz dan para jemaah perlu hati hati ketika bawa beg ke Masjidilharam. Sentiasa letak beg di bahagian depan. Di mekah hanya bawa duit utk beli makanan luar ( kut teringin nasi arab mekah ) & di sedekah kan kepada para cleaner atau musafir khasnya musafir dari India . Jangan bawak duit berlebihan sangat. Jika nak lebih selamat tanpa ada gangguan fikiran takut duit atau phone di curi letakkan di poket hadapan di sebelah dalam jubah ( tshirt pagado berpoket )
so boleh tawaf kaabah dengan tenang
Lagi satu nak peringatkan ada sindikit yng menawarkan nak bawak jemaah ke hajarul aswad.Dua orang lelaki dan perempuan ni akan guide jemaah hingga dapat cium hajarul aswad , lepas tu mereka akan mintak bayaran tertentu
Ada jemaah yang takut terus bayar sekian sekian harga..hati2 tu
InsyaAllah jika Allah izinkan ada peluang dan laluan yang mudah. Jika tak dapat kucup pun takpa.Hanya perbuatan sunat
Dari airpot KLIA tidak di benarkan bawak air ke dalam kapal terbang
agak2 haus beli siap2 kat kedai runcit kat rumah baru rm1.Kat klia rm6
kene minum habis
Dari airport madinah jemaah boleh bawak air so boleh la isi air zam zam dan masukkan dalam plastik or beg yang sesuai
Travel akan bagi sorang 5 liter bile sampai klia
.
Barang barang keperluan yang perlu di bawa mengikut kacamata kakzu ialah
1. BEG KASUT
kantung kasut ni terpulang nak bawak apa2 kantung
Beg plastik pun boleh. Ibarat jantung hati kantung kasut ni. Di bawak ke mana mana dalam masjidilharam.Letak kasut di rak bermakna kalo hilang niatkan sedekah ye
.
2. STOKIN PANJANG
Bawak 5 ke 6 pasang sebab jika jemaah masuk ke toilet mana tau kene air perlu di ganti ketika solat
Bawak spare sepasang dalam beg galas
.
3. HAND SOCK
Bawak 3 pasang pun ok
.
4. JUBAH
5 pasang jubah
Jubah seluar juga sesuai. Ikut keselesaan
.
5. TELEKONG TANPA KAIN
3 helai
Jemaah lebih selesa pakai telekong dan jubah, stoking panjang dan handsock utk bersolat
.
6. TUDUNG LABUH SIZE XXL
Guna tudung labuh juga sesuai selain telekong jika nak bersolat, saei atau tawaf
Ikut keselesaan
Bawak 3 helai
.
7. SPEK HITAM
Perlu ketika perjalanan dari hotel ke masjid serta ketika ziarah luar
Boleh mengurangkan silau panas matahari
Pakai ketika luar syarat 13 ihram sahaja bagi wanita
.
8. UBAT
Basic ubat yang perlu ada
Di mekah dan Madinah ada farmasi tetapi harga mahal ye
untuk basic ubat boleh minta pada travel tetapi bawak sendiri lebih baik
*ubat postant @ panadol sorebel , demam, ubat sakit tekak , selsema dan ubat batuk pil
*Vitamin c perlu makan sebelom bertolak lagi ( rujuk farmasi )
*vicks jika hidung tersumbat
*minyak angin @ minyak bidara
*lip balm @ vaselin utk bibir pecah . Ada jemaah yang hadkan minum air sbb nak jaga wudhuk lama ( tak kencing kerap ) sebab nak ke toilet agak jauh ( bawah tanah )
*nivea cream ( utk tumit jika merekah )
*minyak agan jika kulit muka terbakar atau kering
.
9. KASUT ( wanita )
2 pasang kasut bertutup ( croc style ) @ sandle
material plasik lebih baik . Senang basuh selepas keluar dari toilet
sepasang di pakai , sepasang lagi bawak spare
.
10. PANTY LINER
Untuk kebersihan tukar panty liner setiap kali lepas buang air kecil
.
11. SABUN BASUH BUKU
Basuh baju sendiri lebih jimat ye sebab perkhidmatan dobi hanya ada di Madinah ( rm15 sekilo )
Bukan kotor sangat , gosok2 dengan sabun dan bilas air dah memadai. Gantung la kat tingkap2 nanti
.
12. HANGER
Perlu utk gantung baju basah nanti
Bawak 5 hanger seorang
Hotel ada sediakan tapi tak cukup
.
13. PERALATAN MANDIAN
Ubat gigi, berus gigi, sabun mandi
Jika hotel 5 bintang di Mekah semua di sediakan termasuk tuala
Di Madinah ada hotel tak sediakan
.
14. SIMKAD
Sebaik sampai di Jeddah akan ada wakil2 dari syarikat telekomunikasi tahan jemaah
mereka akan akan cek status passport dan bagi simcard
Jemaah hanya perlu topup ikut keperluan
boleh tambah topup di jeddah @ mekkah.
Kat hotel biasanya ada wifi
.
15. PAYUNG KECIK
Jika perlu sebab kekdang hujan tetiba di tanah haram @ ziarah luar
Masa kzu pegi hujan sekali je
basah lenjun kami ( menikmati kesejukan dalam hujan ) sbb dah berhari2 panas
.
16. GUNTING
Bawak gunting kecik utk bertahlul. Masukkan dalam beg luggage besar. Jangan masukkan ke dalam beg sandang nanti kene tahan ngan imegresen. nanti tak pasal2 kene bebel
.
17. BAJU TEBAL
Cek dengan mutawwif keadaan suhu di Madinah
di khabarkan suhu di Madinah boleh cecah 8 degree
Masa kzu pegi bulan oktober cuaca panas suhu 38 degree
.
18. PLUG INTERNATIONAL
Jika hotel 5 bintang di Mekah bermakna hotel baru2 plug sama mcm malaysia lubang 3
Jika hotel lama lama masih guna 2 pin . so kene guna plug internatinal
beli siap2 bawak
.
19. DUIT RIYAL
Tukar duit kecil siap2 sebaik jemaah mula mendaftar umrah
Tukar ke 1 riyal, 5 riyal atau 10 riyal
Ikut keperluan masing2
Di sana kita akan rasa ringan tangan nak bersedekah kepada cleaner2 dan tukang cuci di Masjidilharam dan Masid nabawi
Bayar dam juga jika ada.. ustaz suruh bersedekah pada cleaner
Di khabarkan gaji cleaner sekitar 500 riyal sahaja
Untuk keperluan berbelanja ikut budget
Di madinah juga ada money changer . Ada juga kedai2 jubah terima duit malaysia
Malaysia boleh..tu la jemaah akan dengar nanti
Mereka kenal kite ni jemaah dari Malaysia
.
20. BISKUT @ KURMA
Bawak sentiasa dalam beg sandang ke mana sahaja jika jemaah ada gastrik
Air zam zam ada di sekitar dalam dan luar masjid
.
Senarai kat atas kkzu rasa agak penting dan perlu jemaah bawak , mungkin ada sahabat2 yang boleh tambah atau ada pendapat atau tips lain yang boleh kita kongsi untuk manfaat bersama
Kepada semua bakal jemaah.. Anda INSAN TERPILIH. Tumpukan pada Ibadah . Kita mungkin dapat pergi sekali sahaja atau mungkin Allah jemput lagi ke sana
Semoga Allah permudahkan urusan kita.. Diberi kesihatan yang baik dan kekuatan tubuh badan untuk menjalani ibadah Umrah
salam sayang
kkzu

No comments:

Post a comment