sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 12 June 2016

KUEH LIMAS



Kueh limas xpress...resepi asal yng ori dalam daun pisang berbentuk sampan
Baru je borak2 pasal kueh ni kat group tadi terus pecut bancuh sbb telayor dik..bulan puasa ape2 pun teringin
Beze tau kueh limas, kueh tako dan kueh tepung pelita...rupa kueh memang hampir sama..
Kueh limas asal dari perak gune sepenuh nye tepung gandum..
MEH AKAK SHARE RESEPI

Lapisan bawah
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan + air daun pandan
Kaler hijau
Satukan kesemua bahan dan blender hingga halus...tapis
Lapisan atas
2 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
1/ 2 sudu kecil garam
Satukan dan tapis
1. Masukkan 2 sudu besar gula kasar dalam bekas nak di kukus ( kuantiti gula bergantung pada besar bekas )
2. Masukkan adunan hijau ...agak2 setengah bekas
3. Kukus selama 10 minit
4. Kemudian tuang bahgaian atas ( adunan putih ) dan kukus selama 7 minit dengan api sederhana
5. Angkat dan sejukkan

 ** dapat 4 empat bekas seperti dalam gambar
** gula kasar akan menjadi seperti air gula selepas di kukus

No comments:

Post a Comment