sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 10 January 2015

Bergedil ayam & beehun sup

 Hai..
kkzu nak share resepi beehun sup home made yang tak seberapa ini..
Kzu hanya akan buat beehun sup jika ade permintaan dari anak anak bile mereka rasa nak makan .
Anak kkzu yng bongsu sangat suka makan sup..tambahan ada cili api kicap yang pedas berasap tu.
Kzu selalu dengar orang  kata pedas sampai telinga berdengung, mak aiii memang betul ungkapan tu bile akak tergigit cili api bila makan nasi goreng hari tu, memang sampai bisu suara .Sebab nya umur dan menginjak 40 an ni lidah dah tak tahan makan pedas2.
Sukatan bihun sup ini  kkzu tak berapa nak sukat, almaklumla kan masak di rumah, campak2 je bahan nya..ek elehhh..

BAHAN BAHAN KUAH


Kaki ayam
dada ayam ( 2 ketul besar )
* rebus hingga empuk dan lembut
sukatan air agak2 nak kuah banyak mana

2 labu bawang besar
5 biji bawang putih
2 inci halia
* blend halus

bahan A
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil lada putih
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
asam keping

2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah sup
* jadkan pest ~ bancuh  dengan air

garam
minyak menumis

cara cara
Keluarkan isi ayam .
Gaul dengan garam dan kunyit. goreng dan siat halus ( untuk di makan bersama bihun )
Masukkan bahan blender ke dalam  air rebusan tadi.
Masukkan paste rempah, bahan A, masak hingga gelegak.
Sesuaikan rasa garam dan bahan perasa nya.
Akhir sekali goreng bawang besar hiris hingga garing , masukkan ke dalam sup.

* bahan rencah
bihun siap rebus
daun sup
cili kicap
bawang goreng
begedil




BERGEDIL AYAM

BAHAN BAHAN

Isi ayam  secukupnya
blend hancur @ tumbuk hingga hancur

10 biji ubi kentang
buang kulit , potong nipis, gaul garam dan kunyit, goreng hingga empuk

1 labu bawang besar
cincang halus

daun sup & daun bawang
racik halus

2 keping biskut lemak
tumbuk hancur

1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil lada putih
minyak utk menggoreng
1 biji telur ~ kocok

Satukan kesemua bahan kecuali telur.
Gaul sebati , bulat bulat kan
Panaskan minyak, celup bergedil ke dalam telur dan goreng hingga kuning keemasan







1 comment: